Wednesday, October 03, 2007

Berbuka Puasa Bersama Gedebe

Semalam, aku telah dipertemukan dengan Gedebe untuk julung-julung kalinya.

Office aku ada function berbuka kat Grand Continental, Melaka. Sesampai aje aku kat tempat kejadian, aku nampak satu kelibat yang sangat aku kenali…. Cikgu Gedebe. Sebagai satu2nya pelajar f5’94 yang dapat sejarah P8, aku pun pegi la tegur dia… Nampaknya beliau sungguh gembira dapat jumpa student dia….aku pun berborak la dengan dia, citer pasal ruff datang Melaka nak jumpa dia, tapi tak kesampaian…. Dia pun Tanya pasal fakharuddin, rudi dan taufik ali (hehehehe… dia ingat taufik ali tu batch kita)..

Sambil2 berborak tu, Gedebe sedang mengambil daging kambing golek serta mushroom sos untuk juadah berbuka beliau…. Tiba-tiba, dalam keasyikkan beliau berbual dengan aku, beliau pun mengambil sekeping daging kambing tersebut, lalu dicicahnya bersama sos mushroom tadi dan dimasukkan kedalam mulut serta mengunyah dengan enaknya….ALAMAK, apa cikgu aku buat ni, aku tengok jam, baru pukul 6.55 dan waktu berbuka bagi kawasan Melaka adalah 7.04… nak sound, kesian la pulak… takut dia malu nanti…. Jadi sambil tersipu2 malu, aku pun diri sekejap sebab nak gi ambik teh tarik dangdut yang member aku dah order…

Itulah dia cikgu kesayangan kita…Aku pun tak sure sama ada dia tak sengaja ataupun dia tak posa….

MPRO

3 comments:

gedebe said...

aku peghah (frust) beto...

Noni Kapet said...

Laaa cikgu selalu je buat comment kat sini?

gedebe said...

kenape? tak boleh ke?