Thursday, January 17, 2008

BADUT JATUH LONGKANG

Badut pernah jatuh dalam longkang besar antara Hargreaves Hall dan Blok F3. Kejadian berlaku tahun 1992.

Konon cerita, ada salah seorang kawan kita (identiti tidak dapat dipastikan, mungkin boleh buat pengakuan dalam ruangan komentar pembaca) tengah jalan bersaing dengan badut setelah selesai prep malam. Tiba-tiba rakan kita ini merasakan beliau bercakap sorang-sorang. Ditoleh ke tepi dengan sudut pandangan sedikit ke bawah (waktu tahun 1992 badut masih vertically challenged - ini fakta ya, bukan dibuat-buat), badut dah "tiada".

Jadi, beliau 'trace' perjalanan tadi. Terkasima sebentar kawan kita ini bila ternampak jemari mulus si badut tengah menengadah ke atas dari dalam longkang yang menelan badut secara total.

Seperti yang aku katakan tadi, sanad dan perawi cerita ini tidak dapat aku pastikan. Samada kisah ini benar berlaku pun samar statusnya.

nota - longkang itu memang dalam!!!

2 comments:

Anonymous said...

aku rasa betul citer ni...

sebb masa aku dgr pasal citer dulu.. aku ada tanya badut sambil gelak.. dia tak de plak kata tipu masa tu...

aku tak ingat dgn sapa dia borak.. mungkin azwan hamzah kot...

@HHH said...

badut dah buat pembetulan kepada cerita ni. teks beladir beliau boleh dibaca dalam entry selepas entry ni.