Tuesday, January 29, 2008

RUMBLE IN 7 KNIGHTS' COURT

Cerita ini memang ada kena-mengena dengan karakter-karakter yang masih hidup.

"The day began like any other day. Hahaha. Aku bangun dan menyalak kat budak F2. By 10 am lebih kurang, anjeng semua kena panggil untuk buat spotcheck kat Big School. Aku being the biggest bastard time tu (to Class of 93, second only to sharap kot), kena cover Overfloor. Then kena la selongkar semua. In actual fact, it was the wardens who did the rancsacking. By lunch, F5 93 dah tak puas hati sbb locker diorang kena selongkar. Honque paling tak puas hati. So depa panggil aku lepas lunch ke 7 Knights' Court. Ron tak bagi aku pegi. Tapi aku degil. Jadi aku pun pi sorang-sorang. (Kesilapan Pertama)

Sampai kat sana, Honque tanya aku ke selongkar locker dia. Aku cakap bukan sebab sabre yang selongkar, aku tengok je. Then dia suruh aku kemas locker dia. Aku cakap apa hal, kalau ko nak suruh kemas, ko suruh la Sabre. Angkuh sungguh.

The conversation went back and forth. By that time, dah ramai dah berkumpul kat situ. Kalau imaginasi aku tak liar, ada la dalam 20-30 F5 93 kat situ. Dia jerit, aku jerit, dia jerit, aku jerit. Lepas tu dia suruh aku mintak maaf, lagi lah dak. Kalau minta maaf, sama la macam ambil pisau, potong kote dan baling kat anjing (time itu la....)(Kesilapan Kedua)

So, dah takde kesudahan, aku pun angkat kaki belah. Bila aku paling belakang nak belah je, aku dengar ayat, "KURANG AJAR". Aku kena tolak dengan Yazeed. Spec aku tercampak. Aku pun pusing, tarik baju Yazeed, koyak la baju hamba Allah tu. Then bedebik aku bagi sebiji kat muka dia. Pecah bibir dia. Lepas tu Honque debik aku sebijik daripada belakang. By then it was blurry. Aku pun tak ingat apa jadi.

Yang aku ingat after a while, Yazeed & Honque pinned aku atas katil takde tilam sebelah pintu masuk. I was about to be 'debiked' by both of them. I thought, abis la pecah muka aku ni. Then Reza (Presiden KPKM 1993) & Ron (Headboy 1993) selamatkan aku & tarik depa dua daripada aku. Pergh, selamat, kalau tak abis muka aku kena reconstruct, hahahaha...

Bila aku bangun, aku cuma nampak RudiCop je duduk kat katil opposite aku. Mattop tak nampak pulak. Haram tak tolong member. Tapi to be fair to them, kalau depa tolong time tu, mungkin juga akan tertiup sangkakala pulak (ni aku assume korang semua sayang kat aku la).

Reza minta baik2 supaya aku kemas locker Honque. kira settle la. aku pun kemas la. Tapi sempat lagi aku cakap, "aku kemas ni bukan makna aku kalah!!!"

Lepas tu it was long walk to Prefects' Room. Then Ron mengamuk. Sampai itu saja memori aku..."

Note :

This posting is not meant to stir up strife or anything like that. I was acting in the heat of the moment and the prevailing sentiment at that particular time. Them too, I believe. So, peace!!!

13 comments:

Pewaris Reformasi said...

Reza Presiden KPKM 1993 tu bukan budak Perlis ke?

Jiran aku tu kalau tak silap..

Mohd Reza Hatta kan?

abah said...

betul la tu.

Anonymous said...

Haha..banyak gak dia cerita mcm2 kat aku dulu..

Adik dia lawa siot..hehe. Tapi untuk budak2 BRU jerla kot..hahaha

cikun96 チクォン said...

whoa.. nasib baik tak pecah muka. kat bigschool pun cari gaduh? :P kalau time tuh, your absence (due to any reasons) is a bliss. tak habis2 kene common room la.. apa la.

abah said...

cikun,

aku hanya menunaikan amanah.

harapnya takde yang berdendam dengan aku.

cikun チクォン said...

Abah,
no hal.. no hard feelings.. tapi biasa la kan?.. ungkit mengungkit ni.

Pewaris Reformasi said...

ala..history can't fully dictate the future..

Aku
yang enjoy kenal dan kawan dgn budak koleq

Noni Kapet said...

the best decision aku buat in my life - TAK JADI ANJING

kalau tak jadi hate figure mcm Abah Emil.

(not that i am not a hate figure now la)

or ntah2 satu hal aku kena kemas locker mobster 93 ha ha ha

buih said...

Sungguh jahat Encik Honque itu ....

Anonymous said...

ala bro..Honque bukan mobster.. pembetulan fakta.. Mobster/Babi 93 were Parjo n the gang , so called rival to downstaze gang by the Honque..Anyway, Honque pun da lain gua jumpa kat oldboys weekend bebaru ni. sempoy je mamat tu..

Ilusi Dalang said...

meh aku sambung sikit citer. Lepas aku tgk locker aku kena selongkar (kot ye pun ko masukkan la balik barang aku dlm locker, jgn tinggal je kat luar tu hehehe) Aku tanya wady masa lunch sapa yg check locker aku. Dia cakap Epit.. so aku panggil la brader tu. Aku punya alasan masa tu simple je. Kalau nak selongkar pun masukkan balik barang kang kena cilok. Pasal locker aku selalu kena target cilok barang (cibai sungguh). Seingat aku bukan reza yg dtg, yg dtg tu Ron dgn Anwar ZA. sebab aku ada sound dia ko form 4 baru aku tak nak tgk muka ko kat sini hahaha (gengster ye aku dulu heheheh) dan mamat tu pun blah. Sorry la epit aku suruh ko kemas balik, jatuh pride prefect kena kemas locker F5 hahaha (mmg itu pun sebab aku panggil ko)

Anyway lepas hari spot check tu, lepas inspection sabtu tu gedebe panggil aku jumpa kat store sukan. Aku sampai paling awal tapi dia cakap kat aku 'Awak last sekali' Yazeed pun ada dgn aku masa tu. Budak budak lain yg barang kena confiscate masuk dulu sebelum aku. Semua kena belasah dgn gedebe. Aku kat luar dah cuak 'mampus la kita yazeed'. Bila aku masuk dgn yazeed, gedebe cakap 'Awak ni barang byk kena confiscate ni, dah la pukul prefect, boleh kena buang sekolah ni'. Aku pun buat la muka sedih+confident (sebab aku mmg baik dgn gedebe) aku citer la kat dia alasan kata barang aku ada kat luar so nanti kena curi. Dia pun cakap, 'betul jugak awak cakap ni, lain kali kalau prefect tu buat lagi awak panggil saya, saya pukul dia dulu pastu awak sambung' hahahah pastu dia cakap kat yazeed, 'Kamu ni yazeed ini bukan hal awak yg awak masuk campur tu apahal' ntah apa yazeed kasi alasan bodoh, lepas gak dia. So aku tak kena la apa apa pasal tu. Sekian

Oh ya aku ingat lagi Cop buat buat tido masa aku tgh nak swing muka Epit tu hahaha

Oh ya... aku bukan mobster dan bukan jugak downstaze crew... aku hanya hakim besar di corridor 7 hahahaha

Peace Yo!

-Honque-

Anonymous said...

Tapi sempat lagi aku cakap, "aku kemas ni bukan makna aku kalah!!!"

- so ape maknanya ko kemas locker En. Honque itu, Abah?

Anonymous said...

"Yang aku ingat after a while, Yazeed & Honque pinned aku atas katil takde tilam sebelah pintu masuk"

En. Abah,

- Tak runtuh kah katil itu dinaiki anda bertiga i.e. bersama-sama En. Honque dan En. Yazeed (versi 90-an, bukan versin alaf baru)?

- Mengapa frasa "takde tilam" ditekankan disini? adakah untuk mengelakkan pembaca berfikir yang ini bukannya satu "act of violence" tapi aksi berteraskan menage a trois?

JKK