Wednesday, October 03, 2007

Meor Kena Rejam

Sebut pasal mior dobi, teringat insiden kat New Hostel. Satu pagi tu sebelum inspection, dorm 10 dengan interior decorator cik KNO memang selalu sibuk la nak dapat first Dorm Terchantek New Hostel... Itulapun nak wakil rumah mohd shah, nak harapkan Dorm 4 memang agakla payah. Mungkin sebab ada Noradli Persuade kat situ..

Usaha kecantikan ni pun hampir meragut nyawa ahli dorm. Nasib baik Allah lebih sayangkan nyawa awi. Eh! Berbalik pada cerita tadi. Masa tu, dah dekat pukul 8, lagi 2-3 minit fect Rudy & the gang akan mula meround. Cermin tingkap semua dah bersilau, lantai ok, vacuum cleaned muahaha.. Sudu garpu, sikat sabun semua dah tiptop, complete set. So, semua dah amik posisi tepi katil la macam BDK. Sambil2 berdiri, buat lawak2 new hostel sikit sementara menunggu turn, confidentla kali ni boleh top three nya. Dorm 10 jek yang ada sign board bienvenu dgn selamat datang yang dihiasi bunga-bunga hidup.

Entah macamana, sambil2 berdiri tu, ternampak lak setongkol plastisin putih terlepek kat tepi tingkap. Aku tak ingat la pulak sapa punya, so nak menghilangkan kebuhsanan menunggu kitorang pakat lambung2 la plastisin tu, orang katil belah koridor pas dekat orang yang katil belah pokok berhantu tu ( memang mengerikan pokok tu, dahan dia melempai, sikit lagi nak masuk dorm,kena katil kno dgn zadin). Lambung, gelak, lambung, gelak. Time form 2, bebudak lagi, plastisin pun boleh jadik main. Nak jadik cerita, lambungan2 nakal tadi dah bertukar menjadi rejaman ganas, tapi masih dalam kawalan.. Semua dah semakin ghairah, dan tiba lak kat tangan Butcher Bob the Builder plastisin tu, dia aim baeekk kat gadap yang katil betul sebelah pintu masuk, 1... 2... Zupp berdesupp plastisin tu membelah udara menuju ke gadap dan gadap mengelak.....

KLEPEKKK!!!! ADOIIIII!!!!

Rejaman plastisin tu landing betul2 kat muka Mior dobi, kebetulan la, memang dah malang, nak buat cemana. Enggang lalu ranting patah.. Muahaha!! Hilang dua batang gigi mior di pagi yang bening tu, darah berceceran.. Nak gelak tak sampai ati lak, tengok mata mior dobi dah merah.. Yang dia pegi lalu kutip baju time tu sebab apa hahaha!

- boshasha

BEDMATES PART DEUX

THE QUESTION

Apa yang menyebabkan seseorang dapat katil di atas atau bawah? adakah faktor berat, jambu, nombor dobi, spec power atau banyak grub? - Syed Khalid, Sulaiman House

THE ANSWERS

Time prep school, awal-awalnya kena ikut no. dobi. Ada tag kuning pada katil (aku ada simpan lagi tag tu rasanya muahaha). pastu, lepas raya/second semester, time ikut house, pilihan atas bawah lebih kepada siapa bedmate kau.

Masa aku dulu, pak tuan asruru seorang yang pembersih, dia tak nak katil dia jadik tempat budaya lepak abe loh dan buce (diorang jiran kami masa kat Dorm C) so dia pilih katil atas. Time kat New Hostel pun sama. Takde penentuan ceteris paribus semua tu... grub, kejambuan rasanya tak di ambil kira.

Hj. BoChubby, E84 Mohd. Shah

The other reason orang nak katil atas adalah sebab kurang kena stretch katil. Orang katil bawah mesti stretch selalu sebab godaan untuk baring after class, baring after solat, baring sebelum games hours sangatlah tinggi.

Jita (Azrul Roshazli E13, Ahmad House) dulu selalu memaki herdik orang orang yang duduk atas katilnya sambil memakai kasut.

Aku pulak, sebab malas nak stretch katil sendiri, berkongsi baring atas katil Aiwa. Itulah yang dinamakan bed'mate'. Aiwa tak pernah marah aku melanyak katilnya lepas prep petang and sebelum start games hours.

Actually masa F2 in Dorm 5 dulu, bukan setakat kongsi katil, kongsi LOCKER sekali. Korang ingat tak LOCKER BESI yang besar gila tu. Kunci dia macam kunci basikal kat tepi jalan tu. So aku ambik first top 2 tiers (sebab aku tinggi) and aiwa ambik the bottom tiers.

Fadli Riza Ramli, E53 Ahmad House

BEDMATES

THE QUESTION

So, dalam kehidupan setiap thoroughbred, dia akan ada 2 bedmate? F1 dan F2? (Syed Khalid)

THE ANSWERS

General rule camtu la...tapi in our case minimum 3 sebab masa mula2 masuk, susunan ikut no dobi, lepas tu pecah ikut house.dah 2 bedmate.naik f2 dapat lagi sorang bedmate. untuk kengkawan yg jadi f3 NH dapat lagi sorang bedmate masa F3. Tapi sapa yg jadi bedmate kadaq waktu f3 kat NH tak merasa sangat ada bedmate sebab kadaqqqggghhh memanjang ada kat big school. jadi mungkin beliau hanya akan declare 3 shj bedmates dia...(Epit)

Bedmates aku : Dorm C - Jali, Dorm D - Sumali Basuri Dorm 5 - Aiwa (Fadli)

Bedmate aku : shamsul akmal muzeni (dorm a ps), mohd hazli rusli (dorm c ps), zahadin omar (dorm 10 nh) then shamsul akmal muzeni balik (dorm 5 nh) (KNO)

Aku pun ada 3: sheppe, haris mukhri n wawan (Chamat)

Aku ada 4 bedmates: toje, faz, muta, tank (radin)

Aku ada 3: vincent, kalai, esatusatuenam (Ruff )

Aku ada 2 bedmate saja… rosdan dan hj gabye (Mpro)

Bedmate aku pun 3 - Faz - Dorm D; Syed Asruru Pak Tuan-Dorm C; Chic Wan Mohd Hairi-Dorm 10 (Bochap)

SOALAN KILLER HJ BOCHAP

Tapi time F5 aku perati ramai member-member kita ada bedmate walaupun single bed, camana tu?

JAWAPAN KILLER TMP

Ehh tu tak kira bedmate la... tu kira bed-"inti"-mate.

Epit : sesiapa yang berkenaan sila jawab...jawab... kalau tak nak jawab, sila taubat...muahahahah

Berbuka Puasa Bersama Gedebe

Semalam, aku telah dipertemukan dengan Gedebe untuk julung-julung kalinya.

Office aku ada function berbuka kat Grand Continental, Melaka. Sesampai aje aku kat tempat kejadian, aku nampak satu kelibat yang sangat aku kenali…. Cikgu Gedebe. Sebagai satu2nya pelajar f5’94 yang dapat sejarah P8, aku pun pegi la tegur dia… Nampaknya beliau sungguh gembira dapat jumpa student dia….aku pun berborak la dengan dia, citer pasal ruff datang Melaka nak jumpa dia, tapi tak kesampaian…. Dia pun Tanya pasal fakharuddin, rudi dan taufik ali (hehehehe… dia ingat taufik ali tu batch kita)..

Sambil2 berborak tu, Gedebe sedang mengambil daging kambing golek serta mushroom sos untuk juadah berbuka beliau…. Tiba-tiba, dalam keasyikkan beliau berbual dengan aku, beliau pun mengambil sekeping daging kambing tersebut, lalu dicicahnya bersama sos mushroom tadi dan dimasukkan kedalam mulut serta mengunyah dengan enaknya….ALAMAK, apa cikgu aku buat ni, aku tengok jam, baru pukul 6.55 dan waktu berbuka bagi kawasan Melaka adalah 7.04… nak sound, kesian la pulak… takut dia malu nanti…. Jadi sambil tersipu2 malu, aku pun diri sekejap sebab nak gi ambik teh tarik dangdut yang member aku dah order…

Itulah dia cikgu kesayangan kita…Aku pun tak sure sama ada dia tak sengaja ataupun dia tak posa….

MPRO

Tuesday, October 02, 2007

Historical Answer

Paper exam sejarah form 2:

Mengapakah kerajaan acheh tidak dapat mengalahkan kerajaan johor walaupun sudah berulang kali menyerang? (lebih kurang gitu la soklan die)

aweng jawab - sebab johor mempunyai tiga orang penyerang yang handal - ervin boban, abbas saad dan alistair edwards (skuad semi-pro johor - mmg tera masa tuh double champion wooo)

tak sure plak jakman marah ke dak pastu....

written by bobo

Thursday, September 13, 2007

MEMORI RAMADHAN - ORDER NASI

Menu biasa untuk order nasi sahur di bulan puasa - NG, NGA, NG+TA, NGA+TA.

Jarak antara NG (nasi goreng )dengan TA(teh ais) terlampau dekat, membuatkan rosdan bertanya.

rosdan :NGA apa ?

aiwa : NGA tu nasik goreng ayam la.

rosdan : NGTA ni apa ?

aiwa : huh?

rosdan : Aku tau, NGTA NI. Nasik goreng taknak ayam kan ?

aiwa : (dalam hati) bengong mung!

-koleksi memori rapu aiwa-

*nota editor - cerita di atas sesuai dibaca bersekali dengan cerita ini

Wednesday, September 12, 2007

PETUA BERSAHABAT


Syed Khalid to koleq9094

Seorang tokoh ilmuan Islam, Ibnu Maskawaih, pernah berpesan:"Ketahuilah bahawa sekalipun bersahabat dengan teman-teman anda di sa'at-sa'at kelapangan itu diwajibkan, namun bersahabat dengan mereka di waktu susah lebih diwajibkan lagi kerana manfa'atnya bagi sahabat-sahabat anda itu jauh lebih besar."

so...siapa yang perlukan bantuan........let us lend them a hand.