Sunday, January 07, 2007
NH LATE NIGHT BORAK SESSION - CERITA PORON
Below is one of the stories that still come to mind every now & then :
Misteri Palang Basikal
Ada satu malam ni, ada sorang awek ni tengah tunggu nak balik rumah daripada kerja. Waktu dah malam & public transport semua dah abis. Awek ni pun dok la melangut sorang2 dok pikir macam mana nak balik.
Tiba-tiba, lalu seorang pakcik dengan basikal tua beliau. Dia pun berhenti & tanya awek ni mana nak pegi. Awek tu pun bagitau dia nak balik rumah tapi bas, teksi semua dah abis. Pakcik tu pun offer untuk hantar. Masalahnya cuma basikal pakcik tu tak berpelantar. Yang ada cuma palang. Pakcik tu kata, kalau nak duduk atas palang boleh la. Memikirkan dia dah tak de pilihan, dia pun setuju. Pendekkan cerita, selamat la awek tu balik rumah malam tu.
Esoknya, masa awek tu tengah tunggu nak pegi kerja, pakcik tu lalu depan dia sambil tersengih2 atas basikal dia. Perati punya perati, awek tu baru perasan, basikal tua tu TAKDE PALANG sebenarnya. Abis tu, semalam dia duduk atas apa???
There are many more, that's for sure. Just not very sure whether those stories are appropriate to be posted here or not.
Note 1 : Cerita Poron = Porn Stories
Saturday, January 06, 2007
17 Tahun
Penghuni katil di sebelah bawah ialah bedmate pertama saya iaitu saudara shamsul akmal muzeni aka champ (e7). Beliau rumah merah - sulaiman. Saya rumah kuning - mohd shah. Di sebelah kanan katil saya ialah saudara amer azraen rosman aka amoeba (e3) - sulaiman & saudara mohd hazri rusli aka hazerk (e4) - mohd shah. Di sebelah kiri katil saya ialah saudara mutanizam abdul mubin aka muta (e11) - sulaiman & saudara imran hazimin othman aka bunjet (e12) - mohd shah. Di depan katil saya pula ialah saudara faidzal haslah hasan aka pejal (e6) - idris & saudara mohd iskandar abdul wahab aka kandaq (e5) - ahmad. Di bahagian timur laut katil saya ditempatkan saudara wan yusrol rizal aka yoe (e1) - ahmad & saudara jasman hassan aka mang (e2) - idris. Di sebelah barat laut saya ialah saudara mohd shafie aka pie (e9) - ahmad & ahmad faizuddin amiruddin aka codak (e10) - idris. Mereka semua adalah di antara dorm mates saya yang berjumlah 24 orang kesemuanya.
Almari atau locker yang diperuntukkan kepada saya agak kecil. Sehingga ke hari ini saya masih tertanya2 bagaimana saya boleh survive dengan locker sekecil itu dahulu. Mungkin barangan saya tidak banyak, atau mungkin saya pandai melipat baju dan menyusunnya supaya nampak kemas. Locker tersebut berwarna merah, sama seperti lantai dorm a (dorm saya) yang berwarna merah darah juga. Locker inilah yang telah berkhidmat kepada saya selama satu tahun di prep school. Terima kasih loker!
Kami memasangkan cadar yang baru dibeli, cadar berwara putih bersih berbelang warna hitam, kuning dan merah dan juga selimut berwarna biru muda pada tilam yang tertulis "hak kerajaan". Saya pastikan katil distretch dengan begitu kemas. Keluarga saya menolong mengemaskan locker saya. Cermin, sikat, songkok dan sudu garfu diletakkan di atas locker. Beberapa barang diletakkan di sebelah tingkap. Setelah selesai menguruskan perihal pendaftaram dan katil, kami bergegas ke dewan makan di big school.
Saya masih ingat lagi pada ketika itu kami bergerak ke dewan makan di bangunan utama (kemudian dikenali sebagai big school). Sesi makan tengah hari memang dinanti2kan. Almaklumlah saya memang kelaparan semenjak pagi tadi lagi. Menu yang disediakan juga lazat2 belaka. Ada nasi dan ayam masak merah. Kami makan dengan berselera sekali. Saya menjangkakan santapan sebegitu akan berkekalan sepanjang tahun, namun....sangkaan saya meleset. Santapan istimewa pada hari tersebut hanyalah untuk mengalu2kan kedatangan saya dan keluarga sahaja. Hehehehe…
Setelah selesai makan. Keluarga saya pergi meninggalkan saya di prep school maktab melayu kuala kangsar. Semakin lama, semakin hilang pandangan kenderaan keluarga saya dari pandangan. Bermulalah kehidupan saya sebagai seorang murid maktab melayu kuala kangsar atau budak koleq pada hari tersebut....
Sekian sahaja kenangan semasa hari pendaftaran saya di sebuah maktab di kuale. :-)
Nampak macam smooth sailing je kan.....ke tidak?
pyan wrote :
E8, ko tak tulis di barat daya ko sapa...
itulah tempat kak ramlah.... sebab tempat tu selatan aku masa aku pindah dorm A IDRIS....
seperkara lagi,
aku cuma ingat 5 perkara major....
- major capoe pakai full dress uniform..buat aku cuak jugak sekejap...
- kiub tu aku ingat toilet, lega pada awalnye memikirkan tandas dalam dorm
- eksyennye budak omputih ni (e54). dah la dia kelentong aku pasal cerita kawan dia..lola lah, apa lah(kalau dia ingat la...dia kan suka kismis basi)
- hebat sungguh lakonan hari pertama dari pengawas dan warden
- bedmate aku ni (e69) apsal tak nak cakap ngan aku?
Kau ok lagi pyan…. Dapat jumpa orang puteh…. Sebelah katil aku negro…. Berbibir tebal lagi…. Che Mad Jembari.... hahahahaha… pun cuak jugak aku masa tu….. budak depan katil aku, (e43) buat vision statement kat aku, "saya besar nanti nak jadi perdana menteri…" alamak aii… yang aku ni nak jadi penyanyi....... terasa sungguh gayat masa tu…
La'ba wrote :
dlm memori aku first day tu, yang paling utama ialah aku nampak syed mote kuar dari keta, aku terperanjat tgk ader org ala arab, punya lah tinggi, sekali dpt tau dia adalah student jugak, baru register cam aku...mpro wrote :
tapi yang lain aku rasa mmg smooth sailing je...
kenapa ko gayat pyan, biasanya orang rasa gayat bila dia ada kat tmpt tinggi... ko berasa tinggi diri ke masa ko dgr cite cite mamat E43 nak jadi PM tu.. hehehehe
Bukan gayat la actually, terkasima aje...…. Aku tak pernah lagi la dgr member2 aku punya cita2 nak jadi PM masa sekolah rendahrough wrote :
woi mpro ni tipu ni.rough wrote :
aku masa tu tak habis nangis teresak2 lagi laaaa...
pandai laaa kau.
woi tipu laaa mpro.ikram wrote :
aku vehemently deny this.
aku ingat early conversations aku ngan chamat je, sbb dia duduk tepi padang prep school ngan aku ha ha ha (future sailors).
aku x ingat pun conversations ngn kau sebb masa mula2 masuk kau nampak glamour, kepoh dan popular (mcm jugak fadli sorang tu).
haha, perkataan tu keluar lagi... "reminisce".. aku still ingat kau suka guna word ni masa nak buat koleq mag during F5. Masa tu kau suka studo the dictionary words, tak silap aku kau rajin practise buat sentences from the words ( kan?). Betapa sudah improve your BI since then. Worth the effort huh ruf?mpro wrote :
Aku tak tipu ruff.... even aku ada citer kat orang cuma aku tak ingat aku citer kat sapa ntah.....mpro wrote :
Aku tak tipu ruff.... ingatan aku begitu kuat sekali pasal bab ko nak jadi PM tu... sebab aku memang terkasima sebentar selepas dengar statement ko tu..... tu yang aku ingat sampai sekarang tu.... dan ia memang dari mulut kau, bukan mulut sharin jaminan....edzam wrote :
tapi kan mpro, walaupun aku masuk f4... aku pun sgt maklum yang sdr ruff bercita-cita nak jadi pm.mpro wrote :
aku tak ingat la sape yang bagitau... tapi memang dah register dalam kepala otak aku ni
Kan aku dah cakap…. Dia yang lupa kata aku tipu pulak…..kno wrote :
bukan kak ramlah selalu berlegar di koridor dorm c ke?epit wrote :
apa nama koridor tu eh? lupa plak la......
aku pun mula2 ingatkan cube tu tandas, tapi sangkaanku meleset bila aku nampak puyeng keluar dari cube tu.
lupa nak add kenangan di prep school......
bebudak dorm A yg asal (sebelum kita berpindah dorm mengikut rumah sukan) mesti ingat lagi masa puyeng mengajar cara2 untuk mengikat tie. itulah pertama kali saya mengikat tie sendiri. puyeng suruh buat bulatan depan cube dia then ajar saya dan dorm mates saya sorang2. sampai sekarang saya tahu mengiikat tie, dan melucutkan tie dengan bergaya sekali. :-)
dan sebab puyeng menggoreng (dribble) bola hoki dengan begitu laju macam peluru dari katil ke katil, dari pintu masuk dorm A ke cubenya di hujunglah, menyebabkan saya tertarik untuk beli kayu hoki chakravati di kedai menjual alat2 sukan di deretan kedai di pekan kuale dan mula bermain hoki di padang prep school. pada masa tu saya belum mengetahui yang puyeng sebenarnya memang berbakat besar sebagai pemain hoki, jika tidak masakan dia terpilih sebagai kapten pasukan hoki bawah 18 tahun ketika itu.
huh, bebudak dorm a drp dulu sampai sekarang memuja2 puyeng...nyampah...bochap wrote :
try la dapatkan ID as dorm prefect, baru korang tau langit tinggi rendah...
tapi original dorm B paling best, heaven, takde anjing...tiap2 malam aku, zahir, wawa, dll merapu...wawa tukang gelak...
fly seperti biasa, memasang muka serius...
original dorm c pun sama, heaven gak...epit wrote :
ada sekali tu, masa minggu2 awal kat prepskool, few minutes sblm liteoff, dengar ada orang bukak grub dalam kelambu. tengok punya tengok rupa2nya pokpek tengah nak mula makan oreo. oleh kerana kengkawan dah terperasan, pokpek dengan hati yang berat pun offer, "Sapa nak oreo???" Dengan kepantasan gaban 0.001saat, oreo pokpek dicapai dari semua arah. fitt pun aku rasa terlibat masa ni. pintar aku tak ingat la pulak. chibix pun turut sama join(t) walaupun katil dia nun jauh di pintu. putih mata pokpek tengok kengkawan baham oreo dia, dia baru makan satu jek..
start dari ari tu, pokpek dah tak offer lagi grub dia....
dorm c ke dorm d ni??? aku rasa dorm d kot...mpro wrote :
Aku pun rasa dorm d jugak…. Tak ingat pulak aku, nama2 yang disebut berada di dorm c.....chamat wrote :
But I thot that cita2 hanya when he started debating for PPM?mpro wrote :
Form 3 maybe?
But then again, I didn't meet him the first day of form 1 registration kan...
Betul… aku tak tipu…. Masa ruff cakap tu, kat dorm sebelum lights off.....rough wrote :
takkan aku giler kuasa macam tu kot?mpro wrote :
tipu laaaa mpro.
subliminal kah?
aku ingat aku nak jadi chomang je masa tu ha ha ha (nampak sngt menipu)
Betul ruff... memang aku terkasima sebentar masa tu.... dalam hati aku berkata,"Patutlah MCKK ni melahirkan pemimpin2 sebab dari kecik lagi dah bercita2 nak jadi PM.... aku tak bolehla jadi penyanyi... aku kena tukar cita2 aku lah..."... itu adalah sedutan kata2 hati aku masa aku terkasima dengar statement kau....
Thursday, January 04, 2007
MLM - Makan Larut Malam

Antara menu yang disajikan,
- N.G - nasi goreng (menu paling biasa, paling murah)
- N.G.A - nasi goreng ayam (spesel sket, slalunya wat belanja 'adik??')
- N.P - nasi paprik (hanya terdapat di pavilion)
- T.A / T.O.A - teh ais / teh 'o' ais (ada juga air gas kat gajah nyusur pavi, ada sekali tu mesin tu rosak, siap ada yg bawak baldi lagi pegi tadah)
- Marlboro / Dunhill 19 - termasuk cukai tembakau oleh tokey
- kadak - kadangkala mengambil pesanan dgn berkata, "hei, kalau kau tanak order, aku rogol kau"
- aiwa - mengejut jambu utk makan nasi order dgn manja dan penuh belaian, padahal org tu tak order pun
- toje - tido, tak amik nasi yg dihantar. org kedai tu tunggu kat tepi jalan depan pavi sampai kul 4 pagi dgn berpuluh2 nasi bungkus
- wong & gadap - pasaran dikatakan meluas sehingga ke prep school
- ajisodeng & kandaq - watatau la apa crita... haha tokey big school buleh komen ya
- ajak - byk betul dia order, tapi satu pun dia tak makan
- butcher - bekalan main declare
- loque - membuat bayaran dgn meletak duit atas locker beliau, tapi adala 2-3 posen je atas tu, pastu dia menghilang ke overfloor dan kembali utk mengambil nasi bersama 'seseorang'

Suasana sgt meriah apabila menikmati nasi beramai2. Silatulrahim antara big school dan pavi pada dinihari dihubungkan dgn mengantar salam melalui junior. Pavi berasa hampa setelah mengantar jambu utk menyampai salam, tapi dibalas big school dgn mengirim chacha shj.
Ada juga skali tu pavi & big school bergabung tenaga membuat order ketika hari hujan lebat dan perhubungan antara koleq & stesen terputus. Maka dgn semangat muhibbah, aku dan ja meredah belantara kat sekolah rendah belakang pavi tu dlm hujan lebat utk membeli nasi. On de way balik kami diekori anjing tp tak de apa2 berlaku. Hantu jepun sumali kat pokok2 tu pun tidak kelihatan.
Lapar la pulak...
Sunday, December 17, 2006
confessions of pem'bataque' (dengan izin) dining hall
Malang tiba-tiba menimpa... serbuan demi serbuan dari warga kolej yang baru tiba. roti ditangan ku dirampas, lepas satu, satu. ku cuba menepis, menangkis serangan dan terjahan dan rempuhan keras dari segala arah. ketika ku hampir berjaya mempertahan dua ketul roti terakhir di tangan, ada satu tangan (aku tak tau tangan siapa) merampas roti kangsar yang ada dalam genggaman aku, kilas punya kilas, kain pelekat lalalala aku nyaris tertanggal. memandangkan maruah lebih penting dari perut, dan ke'kalifornia'an (dengan izin) aku malam tu, aku sekadar menyerah pada takdir..
Malam tu aku dapat minum air jek.... Kimak korang!!!! ( kataku dalam hati, ada ubi ada batass.....). dah la balik dengan tangan dan hati yang terluka
l/s sejak hari itu, aku tidak pernah menoleh kebelakang lagi... kau senior ke, junior ke... mahu makan kalu, datang awall....
cabutan daripada diari seorang bekas pembatak...
Nota editor : Ini adalah kisah benar. Tidak lama selepas SPM, pembataque ini telah terpaksa mnjalani pembedahan kerana usus terburai. Usus beliau telah pendek 2 inci akibat pembedahan tersebut. Sekarang beliau telah bergelar haji dan menumpukan seluruh tenaga beliau dalam melaksanakan RMK 9...
Wednesday, December 13, 2006
SANG JUARA
Setelah menang perang berdarah
Dengan strategi mahupun tuah
Atau cuma menabur dakyah
Sang Juara mengubah fakta
Habis kebenaran diputarkannya
Hanya untuk meninggikan hidungnya
Sebagai tokoh, pahlawan, dan wira
Sang Juara memadamkan bukti
Kitab Tuhan langsung tak dipeduli
Apatah lagi keterangan saksi
Dibuatnya seperti mematahkan lidi
Sang Juara terus menipu
Kita pun jadi mata kelabu
Tak kenal isi dari kuku
Siapa tersedar dikata merapu
Sang Juara membina sangkar
Untuk menghukum siapa yang engkar
Dihina, direjam, diletup, dibakar
Baru kau tau siapa yang besar
Sang Juara menjadi kaya
Dengan wang ringgit dan kuasa
Rumah dan surau habis disita
Supaya tanah dapai digadainya
Tapi ingatlah Sang Juara!
Sungguhpun keris engkau yang punya! (ceh, macam aku takut)
Kan kutentang kau setiap masa!
Selagi badanku mengandung nyawa!
Sekarang masa untuk kau panik!
Tahap kemarahanku sudah kronik!
Tak terkawal dengan ta'kulan mantik!
Akan kuhumban kau ke tangki septik!!!
Friday, December 08, 2006
Thursday, December 07, 2006
Chikendoi, Cavalera Dan Sebagainya
1) Bermula dengan soalan EZ yang dijawab oleh Che Mad:
Kawan-kawan
Ni aku betul-betul nak tanya. Betul-betul literally nak tanya.
Dulu masa aku form four, aku nampak batch 93 ada gelaran-gelaran masing-masing seperti Chikendoi, Cavalera, Luciano dan sebagainya.
Soalan 1: Apaka sejarah disebalik nama-nama ini ?
[Ahmad Jembari] 'Just to be cool' nicknames je - ada sejarah ke? Rasanya diorang pick out of thin air, mana-mana yang rasa bunyi best. Tapi bila dah tua ni kalau kau tanya sekor-sekor tak nak mengaku.
Soalan 2: Apakah maksud dan tujuan mereka ? Is there a club kah ?
[Ahmad Jembari] Saja-saja. Zaman mencari identiti sendiri. Mungkin juga ada sedikit tujuan untuk riak, ataupun sengaja nak merasa pakai nama kafir.
Soalan 3: Apakah itu Downstaze ?
[Ahmad Jembari] Ni aku tak tau. Macam nak bagi cool the word for downstairs je. Downstairs from where? Bawah kolong? Rasanya aku pernah nampak Luciano & Chaie, among many others, pakai t-shirt downstaze ni dulu. Cuba kau suruh Mtop tanya Chaie.
Soalan 4: Apakah beza Downstaze dan Babi ?
[Ahmad Jembari] Downstaze aku tak tau. Babi tu simbol untuk kutu batch tahun ganjil. Kutu2 batch tahun genap pakai simbol primates (macam beruk, baboon, etc.) Ni abang aku lah cakap. Aku sendiri orang panggil gorilla dulu (tapi on the basketball court je lah, bukannya aku sendiri yang mengaku). Bebudak Cagers siap tampal sign "DO NOT FEED" masa aku tengah tido lagi.
2) Kemudian bersambung-sambung dan meleret2 sehinggalah subjek sudah tak kena mengena dengan mesej:
Jawapan 1:
chet che mad, terlampau pantas kau hari ni. ha ha downstair/-staze tu sebenornya dorm 21 and 22 ha ha (dorm aku laa 21, yg amat disayangi sebb 3 tahun aku duduk kat dorm tengok2 budak main tennis di depan ehem ehem).
sebb dulu lepas lunch, budak2 93 akan beramai2 datang dorm aku or 22 and menari2 dengan satu mini hifi....
cuma masa tu nafsu ammarah aku kurang, tak pulak aku rasa tersinggung atau apa-apa. aku kan sayap kiri dari dulu, kalau lah marhaen biasa yang buat hal, tak pulak aku rasa marah sangat sebab prinsipnya memang ada undang-undang yang akan menghukum mereka..
sebab tu lah di kolej dulu tahun sehingga 1993 "perang" aku selalu dengan pengawas, sebab sebagai penguasa dan yang berkuasa, mereka perlu bertanggungjawab melaksanakan amanah dengan adil. kalau dirasa tidak adil, maka nafsu ammarah mula membuak2.
aku tak berubah sampai sekarang ha ha ha
* berpeluh nak sudahkan satu e-mel dalam bahasa melayu ni.... bukan mudah nak mengharungi cabaran Minggu Bahasa Melayu
Jawapan 2:downstaize itu kerana mereka duduk ditingkat bawah west wing....dan menari 4u2c adalah kegemaran mereka.."kami rappers yo" kata mereka.
cikendoi tu mamaq 1993 tak silap aku... luciano tu mohayazid yang dilaporkan jauh kurus dari duolu dan dari aku skang..
Jawapan 3:
Kau memang pemberontak legenda. Aku teringat masa kursus pengawas 1993 aku kena kejut tengah malam buta dengan "para pelatih" and diberi amaran pasal kecenderungan subversif kau. Sebab tu aku pulak ikut memberontak tak pergi kursus tahun 1994.
AJ.
p/s Minggu Bahasa Melayu dah start ke? Kalau begitu "Rough" kena tukar "Kasar", and Mat "Top" kena tukar jadi Mat "Atas" la kot.
Jawapan 4:mohayazid ikut diet esatusatuenam kot...
Jawapan 5:
Itulah pasal Chikendoi ni, saya memang tahu bahawa orangnya ialah Syed Mamaq. Dia memang baik, sebab kami budak-budak Form Four Baru selalu dipanggil oleh kumpulan Downstaze ini dan dimaki hamun atau diugut. Tetapi Syed Mamaq tu tak pernah marah kami. Dia baik.
Itulah saya nak tahu: Apakah itu Chikendoi ? Perkataan bahasa Pulau Pinang kah? Mungkin Syed Khalid boleh beri penerangan inti bahasa.
Satu lagi ada seorang senior kami bernama Latoq. Adakah itu pendekan telor bagi perkataan - Datuk? Dia orang Cina kah ? Saya masih ingat dia panggil semua Form Four baru berbaris di overfloor punya verandah tu dan dia pun menjerit menggunakan Hailer. Mengapakah dia marah? Saya memang nak tahu.
Kami form four baru juga ada yang disuruh untuk mempolish kasut. Saya dulu juga di Dorm 22 disuruh polish kasut Form Five 93. Kadang-kadang kawan-kawan Thoroughbred '94 saya - kata "Jangaan". "Itu Jamban laa. Ko jangan layan." Maka saya pun tak polish lah. (Ingatan saya samar dalam cerita ini.)
Itulah saya nak tahu - dalam batch senior saya setahun tu ramai yang orang panggil Jamban. Tetapi dalam batch saya sendiri tak ramai pula.
Mengapakah Jamban dikaitkan dengan 1993. Adakah disebabkan Guru Besar Hassan Hashim banyak melaksanakan baik pulih dan renevasi kemudahan awam di kolej tahun itu? Saya tak tahu dan nak tahu.
3) Tetapi soalan itu tidak berjawab dan mereka mula melalut ke benda-benda lain, termasuklah hubungan mesra Chaie dan Mat Gasing yang dicemburui isterinya (ha ha ha).