Thursday, October 04, 2007

MEMORI RAMADHAN 3 - KFC DI CUBE DORM 10,OVERFLOOR

Ramadhan 1415 Hijrah /1994

Aku baru balik dari kelas dan dalam keadaan letih. Niat aku satu, nak masuk kiub, pasang kipas dan tidur.

Sesampainya aku kat depan pintu kiub, aku dapati, kiub aku berkunci dari dalam. Pelik dan ajaib sebab mana mungkin aku kunci kiub aku dari dalam. Tapi nasib baiklah, aku ada skill buka kiub ikut tingkap.

Maka aku pun melompat masuk kiub ikut tingkap. Dan dalam keadaan letih itu, aku terbau KFC yang begitu menggiurkan, dimana ayam2 KFC tersebut sedang diratah oleh ahli2 penghuni Haluan Kiri daripada Sayap Timur (nama dirahsiakan).

Dengan muka yang serba salah, mereka pun dengan sopan santunnya mempelawa," Mpro, ko nak sikit? Ada lagi ni…" Sambil menggelengkan kepala, aku pun meneruskan niat asal aku tadi.

Sesungguhnya, tidur adalah lebih baik.

-koleksi ceritera Maharaja Cina-

5 comments:

abang berdarah said...

maharaja cina memang kuat tido

awi said...

ramadhan 1414 kut....1425 baru 3 tahun lepas

e27 said...

a'ah la...aku edit nanti...

awi said...

aku try convert, ramadhan 1414 = februari 1994. try la.

e27 said...

mana boleh...bukan kah mesti lebih awal sikit?

takkah?

aku edit lagi lah kalau camtu...