Monday, October 22, 2007

Wong 'the Jadi' Azmang

masa awal2 masuk koleq dulu, ramai minat gusti. siap ada yg beli majalah gusti, tak silap aku nama majalah tu ialah 'majalah gusti' (MG). duh. btul la kan? bagaimanapun, nama2 org gusti ni mmg menjadi sebutan la. hulk hogan, ultimate warrior, rick rude (yg suka kemut buntut), koko beware....wah layan lak wat list nih....ok sambung lagi, apanama superfly snuka (?), brutus the barber beefcake, junk yard dog, andre the giant, macho man (org ni cakap sampai keluar urat merih), million dollar man, honky tonk man, hacksaw jim duggan, pastu ada brother love, dia tak gusti kut tapi kalu cakap tu sampai merah2 muka. aku rasa butcher dapat nick pun masa bergusti dlm dorm c, tak sure self-proclaim atau dianugerahkan oleh org lain.

okeh, aku cerita yg tadi semua tu sbb nak sampaikan yg ni, 'JADI' pada suatu hari ada sekumpulan peminat gusti ni borak2 pasal gusti, keluar la nama2 kat atas tu. pastu datang wong nak bagitau ahli gusti yg dia minat iaitu.....

jake and the rattle snake.....

hoih.... jake 'the snake' robert la....bila pulok dia bela rattle snake? abih la mati kena ketik (sengat/patuk) org maing wrestling... sahut sidang peminat gusti yg terdiri dari clique trg juga adanya.



wong 'the jadi' azmang (not setawar's jedi) - ada satu iklan keselamatan jalanraya masa kecik2 dulu berkenaan jangan memotong ikut sebelah kiri. dlm iklan tu, mamat ni kena sound ngan polis sbb potong sebelah kiri, dgn muka sekupang dia pun berkata, "abis tu, kena saman ke ni?"

wong mengulas dgn tegasnya yg mamat tu cakap "abis, kena saman JADI?"

pengajaran : jgn cuba betulkan wong, nanti dia makin 'sure' yg statement dia lg betul, kalu teruskan jugak ending dia mungkin ada pergocohan.

ps : wong the rattle snake jadian...

No comments: