Thursday, November 13, 2008

AMUKAN MPRO DI SATU MALAM TAHUN 1994 KERANA JAMBUNYA BERTENET DENGAN ORANG LAIN

Siapa yang tak kenal Mpro kiranya orang itu berada di koleq circa 1990-1994? Orangnya berkulit putih dan memakai kaca mata berbingkai bulat macam Emperor Pu Yi dalam filem 'The Last Emperor'. Tapi posting ini bukan pasal itu. Posting ini pasal cerita amuk Mpro pada suatu malam dingin tahun 1994.

Satu ketika dalam tahun 1994, bertiup desas-desus ada budak batch kita jugak nak tackle brader Mpro yang berkulit hitam manis.Korang tau la sapa dia (sapa tak tau ye dak???) Kira nak jadi perampas la. Orang ketiga ni satu dorm & satu house dengan Mpro. Jadi Mpro memang panas memanjang la waktu tu. Sheppe pulak tiap-tiap hari dok bakaq Mpro. Lagi terbakaq la Mpro.

Satu malam, lepas lights off, Mpro balik rounding Big School sebab dia on duty hari tu. Angin pun tak berapa bagus malam tu agaknya. Sampai Dorm 10, tup-tup, terus nampak brader dia dok bertenet baik punya kat katil orang ketiga tu. Dah la lepas lights off.

Perghhh, angin satu badan la Mpro. Dengan gerakan sepantas kilat, terus Mpro meluru ke cube dan terus 'PANGGGGGGGG' tendang pintu cube dia. Terkejut beruk semua orang kat dalam cube Mpro time tu. Aku la salah sorang.

Lepas tu dia jerit, "WOIIIIIIIIII !!!!! TUTUP LAMPU LA. TAK RETI2 LIGHTS OFF KAAA???".

Aku yang dok sengih terkerisin kat cube dia, hilang semangat. Malam tu terus tak jadi study sebab dok ketaq tengok Mpro mengamuk.

Menurut kata Mpro, Loque pun ada time tu (korang mesti tau sebab apa Loque ada kat Dorm 10 lepas lights off kan ?). Nasib baik tak jadi apa-apa kat Loque, kalau tak, maka tiadalah 'KEMBALIIIII'.

Wednesday, November 12, 2008

Karnival Sukan SBP Zon Utara U-14 -Johan Hoki

Back(L-R):Fariz Shahfizal (Class of 95), Izhar Hadafi (Class of 95), Joe
Front(L-R):Azwan Hamzah,KNO,Chibix,Mr. Thaman Singh,Badut, Mpro, MY Lutfi
pic by KNO

Our batch was the champions of hockey at the sports carnival held at Sem. Men. Sains Syed Putra, Kangar, Perlis in 1991.

The final game, to say the least, was dramatic. It was down to the wire and Mpro saved a penalty flick en route to victory. The carnival also gave birth to one of the most formidable strike partnership in Koleq's history - "THE TWIN TERROR" - made up of Badut & Chibix.

Tuesday, November 11, 2008

CUBAAN LARI DARIPADA NEW HOSTEL

Pengakuan E67 (nama sebenar dirahsiakan)...

"The first was when I was in my first year in Koleq. I was known among my batch mates as being one of the most, if not the most, miserable of all during my first couple of years there. I hated my first couple of years. It was my first time living on my own, doing my own laundry, staying in a huge dorm with old, rusty bunk beds. And I was missing home badly. Getting bullied by the anjings didn’t help either. I think neither one of them ever realized that I actually did ran away once when I was in form 2. Took a bus lompat from KK to KL, via Ipoh and Teluk Intan because the express bus tickets were sold out. Made friends with someone en route to Teluk Intan (whom I believe to a God-given angel sent to protect me for being so stupid and naive). Stayed overnight before catching the next bus to KL. Only to be met with a stern and loud telling off by my parents, and a swift kick on the legs by my dad. They really made sure I was on the next day train to KK, following me all the way from KL to the dorm. That sure made me think hard about what I was doing, and I never regretted staying on."

*dicedok tanpa malu daripada blog ini.

Thursday, September 18, 2008

AJAK HALAU HANTU

"...YAASINN...YAASINN...YAASINN..."

Ajak, screaming at the top of his lungs to chase off Kak Ramlah during one of her attacks. Needless to say, Kak Ramlah was not at all impressed and least of all deterred by the recital as evident from her regular visits to Prep School & NH in many more moons to come.



Monday, June 30, 2008

PAST & PRESENT

1994 - "DON'T MAKE ME ANGRY!!!"


2004 - "...DON'T MAKE ME HUNGRY..."


Wednesday, May 07, 2008

AKU KEBAS AYAM TORA

Ini cerita bosan. Anti-klimaks pun ada.

Begini ceritanya :

Cerita berlaku tahun 1992. Time kita F3. Ia berlaku di Dining Hall.

Susunan meja makan ketika menetapkan bahawa dalam setiap meja tu memang akan ada kombinasi pelajar F3,F4 dan F5. Tapi dek F5 ketika itu nak duduk satu meja ramai-ramai, depa buat reshuffle sendiri. Hasilnya, aku, aiwa,aleng & muta terkumpul di satu meja di bahagian kepala meja berhampiran tempat duduk prefect. Prefect bertuah yang duduk di kerusi itu adalah Prefect Ajmel Shariff a.k.a Tora, Class of 93. Macam yg korang tau, Tora ni orang utagha kata "keramat hidup" i.e. memang contoh sebaik-baik manusia, cakap lemah lembut, pandai, beriman dan banyak lagi kualiti positif beliau.

Oleh kerana Tora ni alim, acapkali dia masuk lambat ke dining hall time makan. Sebabnya : samada dia puasa (siang) atau wirid panjang (malam). Kalau lunch time, selalunya dia tak makan. Dinner pun macam tu jugak. Jadi selalunya ration dia akan terbiar tak dijamah. Setelah tak berapa lama keadaan ini berlaku, kitorang pun dah kenalpasti pattern iaitu kalau dah about 10 mins into mealtime & Tora still tak muncul, maknanya dia skip meal itu.

So kepada pelahap2 bernafsu yakni aku, aiwa, aleng dan MUTA (pembatak lagenda Class of 94), peluang ini tak kami sia2kan begitu saja. Jadi, bila Tora tak muncul dalam 10 mins, maka ration dia akan kami langsaikan. Untuk mengelakkan pertumpahan darah antara kami, sistem penggiliran digunapakai. Jadi kitorang bergilir-gilir la ambik ration Tora - talk about honour among thieves, hahahahah...

Satu malam, tibalah giliran aku. Ration malam itu memang best; antara menu yang dinanti-nanti - AYAM GORENG SIRAM KUAH MASAK LEMAK CILI API!!! Heaven gua cakap lu.

Loceng bunyi. Kami melangkah masuk. Doa dibaca oleh prefect bertugas (aku doa lebih sikit, doa supaya Tora tak makan malam ni). 5 minit, Tora tak muncul. 7,8,9,10 minit - kelibat Tora masih tak kelihatan. Hah, ini rezeki aku...kenyang la aku malam ni. Aiwa bengkek je, Muta tak payah cerita la, memang angin dengan tuah aku malam tu.

Aku pun sinsing lengan baju melayu aku. Kuhulur tangan ke tray Tora, dan mencekup ayam goreng itu. Dalam satu gerakan yang sama, mata aku pandang ke depan. Ya Allah, Tora dok berjalan lembut ke arah tempat duduk dia. Jarak antara kami ada la dalam selang dua meja. Bila dia nampak aku dok pegang ayam dia, terus dia pusing balik & berjalan keluar. Macam tu je...

Aku start gelabah. Sat-sat sejuk, sat-sat panas. Suap nasi pun rasa kelat je. Macam mana nak buat ni??? Comrade-in -arms aku semua ambik kesempatan la - gelak, gelak dan gelak lagi sambil mengeluar dialog2 seperti,"...abis la ko, kena DC...","...masuk neraka la ko...".Ciss, haram jadah...That dinner I can say was the longest dinner in my whole life (muahahaha, dramatik sikit).

Prep malam tu memang membazir gitu je. Aku cuak gila. Mau kena belasah dengan prefects malam ni. So, I did what a man should do - mintak ampun dan maaf la, apa lagi. Own up your mistake. So aku jumpa Tora lepas prep. "Saya minta maaf, fect. Tadi "terambil" ration."Dia jawab, "OK. Takpa..."

Tu yang aku cakap anti klimaksnya. Maunya aku kena DC ka, kena belasah ka - barulah sensasi!!! Ini dia main maaf macam tu je. Korang boleh bayangkan kalau aku terambik ration Lewon (Class of 93) ke, ration Irwan Matsusah (Class of 92) ke. Mungkin aku kan bermalam di hospital malam itu agaknya.

Kalau korang dapat tengok muka Tora time dia nampak aku, the brief moment before dia pusing & keluar tu, memang korang tak lena tidor la...

For the record, bila aku join prefects board 93, aku tanya dia pasal incident ni. Jawapan dia - "Eh??!!! Ada ka? Tak ingat la..."..Chehhh....

Friday, April 25, 2008

XPDC GUNUNG BUBU, EPISOD 2

...if people have any doubts with practicality of penaakulan mantik,
think and think again.

..selepas beberapa jam mendaki, semua pendaki bersetuju untuk berhenti dan menghilangkan lelah di sebatang sungai. pemandangan ke arah ulu sungai menyamankan..ada yg berkeputusan utk mandi, haji (botchap) kalau tak silap aku attempted to masak nasi ( aku ingat sebab aku duduk sebelah dia dan TENGOK) kalau tak silap aku ada involve daun daun kononnya utk cover periuk...

namun apa yg terjadi berikutnya....

proses penaklukan mantik

1. mendaki dah beberapa jam
2. semua org letih
3. semua org pakai boot kadet
4. boot kadet crap!
5. semua org kaki melecet
6. rules of the jungle? org yg bijaksana seboleh boleh tak bukak boot
7. ein ikut skali xpdc ari tu
8. ein bijak sana? ( seingat aku mmg ein, kalau org lain sorry ahh. just tukar nama org lain ganti nama ein..tapi aku rasa mmg ein..sebab semasa kejadian first time aku tgk ein putih...)
9. ein bukak boot!
10. ein bijaksana?
11. ein bukak boot letak atas batu tepi sungai and went somewhere to chill out
12. went back, kasut tinggal sebelah!
13. satu kasut hilang, tinggal lagi satu kasut atas batu (penaklukan mantik dupp!!!)

at this point, seluruh pendaki heboh mencari kasut yg lagi sebelah, sehinggalah SMASH dgn hebatnya mempraktikan penaakulan mantik versi beliau sendiri.

14. by gravitational rules, kasut tu tak jatuh kat atas darat ( higher river level)
15. so, kasut tu jatuh dalam sungai and telah di bawa arus
16.since kasut tu cuma ada sebelah je , pun takde gunanya..pemilik masih lagi tidak boleh meneruskan pendakian dgn tak cukup kasut.

So SMASH setelah memikir secara sendiri dan senyap dan cuba mengingatkan semula apa jua intellectual discussion dgn SABER mengenai penaakulan mantik.....dia pun melakukan move yg mengejutkan seluruh anggota XPDC dgn menguit (gentle tap) the remaining boot ke dalam sungai sambil tersengih. ein hanya mampu melihat..org lain hanya mampu ternganga.

Namun smash tidak hanya berhenti di situ...dia terus terjun ke dalam sungai dan dgn sepenuh perhatian beliau mengekori kasut yg tenggelam timbul..sambil mengekori dia pun berkata, "patutnya kasut yg ni pun akan hanyut ke tempat yg sama dgn kasut tadi."

sambil megekori dia pun berkata..patutnya kasut yg ni pun akan hanyut ke tempat yg sama dgn kasut tadi setelah bberapa meter kasut tersebut hilang dibawah batu besar - PENAAKULAN MANTIK.

SMASH MENYELAM DAN MENYELUK TANGAN UTK MENGAMBIL SEMULA BOOT YANG DIA BUANG. suasana sungguh menggetirkan walaupun burung berkicauan dgn nada yg riang. Beberapa saat kemudian SMASH menjelma di balik batu sambil tersengih dia menjulang boot yang dia buang ditangan kanan...dan...MENJULANG BOOT YG LAGI SEBELAH DI TANGAN KIRI!!!

XPDC GUNUNG BUBU


Masa cuti hujung tahun 1993, ada satu kelas drp Class 0f 94 buat ekspedisi panjat Gunung Bubu. Ekspedisi ekslusif katanya, pelajar kelas lain tidak dijemput. Mereka didiringi oleh seorang cikgu 'senior' di koleq yang cukup popular dengan panggilan SMASH dan seorang cikgu 'segar dari ladang' (maksudnya baru keluar maktab perguruan) iaitu En.Fairuz Leman.


Ekspedisi ini dirancang begitu teliti. Bila balik selepas cuti, semua peserta ekspedisi ini cukup ceria. Namun di balik keceriaan mereka itu tersimpan RAHSIA rupanya. IBU SEGALA RAHSIA. Tapi wajah-wajah mereka selamba bersahaja.

Namun setelah beberapa tahun, RAHSIA itu telah terbongkar. Sungguh licik sekali mereka ini. RAHSIA ini telah dipecahkan oleh seorang 'deepthroat' yang tidak tertanggung lagi bebanan kerahsiaan ini. Atau mungkin juga baru kini terasa BERDOSA menipu kawan-kawan.Atau mungkin penulis telah menghampiri 'deepthroat' ketika beliau dalam keadaan lemah.

Kepada penulis, RAHSIA itu diberitahu. RAHSIA itu adalah - DEPA TAK SAMPAI PUN KE PUNCAK GUNUNG BUBU, DEPA SILAP JALAN & DEK SEBAB DAH LETIH DEPA AMBIK KEPUTUSAN UNTUK BALIK...

(*gambar diambil drp site flickr MIB tanpa meminta izin)

Wednesday, January 30, 2008

KR : How I Met HER

This is a recollection of KR's former friend. What follows are his own words. He agreed to declassify his memories only recently.

Brace yourself.

"The first moment before I met "HER" I had fever. Aku dan R_______n masa tu.

Aku ingat R_____n sebab dia yang tengok aku berganjak ke beranda, tetiba aku dah berada di depan bilik mandi tu. Aku tak ingat the lapse, tapi aku ingat "SHE" told me that she would move me to anywhere if I was willing to "help" HER.

I was on my bed, next thing I realised I was in front of the shower room. Before that happened, she came to me, and said, aku masih ingat, "Jom!.." aku hanya angguk.

Yup, I had fever. And it started from there.

The night before that I met her, and said I was willing to "help" her.
"

Tuesday, January 29, 2008

RUMBLE IN 7 KNIGHTS' COURT

Cerita ini memang ada kena-mengena dengan karakter-karakter yang masih hidup.

"The day began like any other day. Hahaha. Aku bangun dan menyalak kat budak F2. By 10 am lebih kurang, anjeng semua kena panggil untuk buat spotcheck kat Big School. Aku being the biggest bastard time tu (to Class of 93, second only to sharap kot), kena cover Overfloor. Then kena la selongkar semua. In actual fact, it was the wardens who did the rancsacking. By lunch, F5 93 dah tak puas hati sbb locker diorang kena selongkar. Honque paling tak puas hati. So depa panggil aku lepas lunch ke 7 Knights' Court. Ron tak bagi aku pegi. Tapi aku degil. Jadi aku pun pi sorang-sorang. (Kesilapan Pertama)

Sampai kat sana, Honque tanya aku ke selongkar locker dia. Aku cakap bukan sebab sabre yang selongkar, aku tengok je. Then dia suruh aku kemas locker dia. Aku cakap apa hal, kalau ko nak suruh kemas, ko suruh la Sabre. Angkuh sungguh.

The conversation went back and forth. By that time, dah ramai dah berkumpul kat situ. Kalau imaginasi aku tak liar, ada la dalam 20-30 F5 93 kat situ. Dia jerit, aku jerit, dia jerit, aku jerit. Lepas tu dia suruh aku mintak maaf, lagi lah dak. Kalau minta maaf, sama la macam ambil pisau, potong kote dan baling kat anjing (time itu la....)(Kesilapan Kedua)

So, dah takde kesudahan, aku pun angkat kaki belah. Bila aku paling belakang nak belah je, aku dengar ayat, "KURANG AJAR". Aku kena tolak dengan Yazeed. Spec aku tercampak. Aku pun pusing, tarik baju Yazeed, koyak la baju hamba Allah tu. Then bedebik aku bagi sebiji kat muka dia. Pecah bibir dia. Lepas tu Honque debik aku sebijik daripada belakang. By then it was blurry. Aku pun tak ingat apa jadi.

Yang aku ingat after a while, Yazeed & Honque pinned aku atas katil takde tilam sebelah pintu masuk. I was about to be 'debiked' by both of them. I thought, abis la pecah muka aku ni. Then Reza (Presiden KPKM 1993) & Ron (Headboy 1993) selamatkan aku & tarik depa dua daripada aku. Pergh, selamat, kalau tak abis muka aku kena reconstruct, hahahaha...

Bila aku bangun, aku cuma nampak RudiCop je duduk kat katil opposite aku. Mattop tak nampak pulak. Haram tak tolong member. Tapi to be fair to them, kalau depa tolong time tu, mungkin juga akan tertiup sangkakala pulak (ni aku assume korang semua sayang kat aku la).

Reza minta baik2 supaya aku kemas locker Honque. kira settle la. aku pun kemas la. Tapi sempat lagi aku cakap, "aku kemas ni bukan makna aku kalah!!!"

Lepas tu it was long walk to Prefects' Room. Then Ron mengamuk. Sampai itu saja memori aku..."

Note :

This posting is not meant to stir up strife or anything like that. I was acting in the heat of the moment and the prevailing sentiment at that particular time. Them too, I believe. So, peace!!!

Tuesday, January 22, 2008

SUCI DALAM DEBU

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Lagu "SUCI DALAM DEBU" ini selalu dinyanyikan oleh Pak Tuan Syed Asruru waktu di Prep School.

Monday, January 21, 2008

TAPAK TANGAN JASMAN DI'STAPLE'

Tempat : Dorm A, Prep School

Tahun : 1990

Masa Kejadian : Inspection Pagi Sabtu

Perangai para pengawas Prep School time Inspection memang macam sesumpah (chameleon like). Sukar dijangka. Norma kebiasaan, ganas habis. Bila ini berlaku, para pengawas akan cuba sehabis ganas untuk menakut-nakutkan orang. Kalau mood diorang baik, diorang akan buat lawak yang mana kita akan jadi buntut jenaka mereka (the butt of their jokes). Kalau diorang dalam mood membuli, maka semua pun dibuli mereka.

Satu pagi Sabtu, entah apa mood diorang waktu, Puyeng (salah seorang pengawas Prep School) ambik stapler dan main acah-acah dengan Jasman. "Saya staple aa, saya staple aaa...", acah si Puyeng. Ja pun layan la, ye lah...tak layan karang kena lagi teruk. Mungkin jauh di sudut hati Ja, beliau rasa takkanlah Puyeng sanggup nak staple tangan dia. Ngilu tu kalau kena!!!

TAPI...

Dengan tak semena-mena, datang si ID (anjing PS paling LIAR time tu) entah dari mana, sekonyong-konyong menerpa dan terus tekan...PANGGG...menusuk bullet tu dalam tapak tangan Ja...

NOTA : Aku tak tengok kejadian ni dengan mata kepala aku sendiri. Cuma berdasarkan cerita daripada ahli Dorm A ketika itu. Apa jadi seterusnya kepada Ja tak aku tau sebab tak pernah diceritakan.

BEAUTIFUL GIRL

Beautiful girl,
wherever you are
I knew when I saw you,
you had opened the door
I knew that I'd love again
after a long, long while
I'd love again

you said 'hello'
and I turned to go
but something in your eyes
left my heart beating so
I just knew that I'd love again
after a long, long while
I'd love again

c/o

It was destiny's game,
for when love finally came on
I rushed in line only to fine that you were gone
wherever you are i fear that i might have lost you forever,
like a song in the night
now that I've loved again,
after a long, long while I've loved again*

repeat c/o

beautiful girl,
I'll search on for you
till all of your loveliness in my arms come true
you've made me in love again, after a long, long while
in love again and I'm glad that is you
...hmmmmm... beautiful girl..

Lagu yang Hairul paling minat waktu F2 dan pernah dinyanyikan secara solo oleh beliau waktu Annual Dinner F2 di New Hostel.

Thursday, January 17, 2008

BADUT JATUH LONGKANG -VERSI MANGSA

BADUT - "Biar aku ceritakan. Masa tu nak prep malam. Ramai yang tengah lepak kat luar. Keadaan memang hingar-bingar. Lepas tue yang aku ingat ada orang panggil aku (aku lupa sapa malaun nie) suruh cepat. Sambil melambai tangan aku menuju ke arah budak malaun tue, tanpa aku sedari aku telah melalui perangkap samar yang ada sekian lama (nie kes tak ambik pengajaran nie. Untuk rekod diaorang kata cikgu saber pernah jatuh dalam lubang misteri ini).

Tetiba aku rasa aku terus masuk dalam perangkap lubang misteri. Yang menakjubkan, tangan yang melambai telah menyebabkan aku tersangkut daripada disedut oleh lubang misteri. Jadi aku sebenarnya tak terjatuh masuk dalam. Cuma tersangkut.

Jadi aku sebenarnya tidak termasuk dalam statistik termasuk dalam longkang. Tapi tersangkut dekat longkang. Pada esoknya aku pun melihat apa yang di dalam longkang dan lubang tersebut. Didapati kayu buruk yangberpaku-paku menanti.!!!

Alhamdullilah. Nasib aku masih baik. Kepada malaun yang panggil aku tue, cubalah identify siapa anda sebab aku nak mengucapkan terima kasih kerana dikau telah menyelamatkan aku.

Sekian. Nukilan saya . Epit gantikan dgn yg nie. Pandai kau buat cerita yer"

BADUT JATUH LONGKANG

Badut pernah jatuh dalam longkang besar antara Hargreaves Hall dan Blok F3. Kejadian berlaku tahun 1992.

Konon cerita, ada salah seorang kawan kita (identiti tidak dapat dipastikan, mungkin boleh buat pengakuan dalam ruangan komentar pembaca) tengah jalan bersaing dengan badut setelah selesai prep malam. Tiba-tiba rakan kita ini merasakan beliau bercakap sorang-sorang. Ditoleh ke tepi dengan sudut pandangan sedikit ke bawah (waktu tahun 1992 badut masih vertically challenged - ini fakta ya, bukan dibuat-buat), badut dah "tiada".

Jadi, beliau 'trace' perjalanan tadi. Terkasima sebentar kawan kita ini bila ternampak jemari mulus si badut tengah menengadah ke atas dari dalam longkang yang menelan badut secara total.

Seperti yang aku katakan tadi, sanad dan perawi cerita ini tidak dapat aku pastikan. Samada kisah ini benar berlaku pun samar statusnya.

nota - longkang itu memang dalam!!!

Wednesday, January 16, 2008

Kisah Sembilan Pengakap - Siri Kem Mengembara "SURVIVOR BOTA"



Batch kitorang merupakan second batch (first batch, batch 93, ainan, neno, amirul dgn sape lagi sorang ek, aku lupa) koleq yang setelah sekian lama ketandusan King Scout, at last dapat gak wakil koleq untuk meneruskan tradisi King Scout Kumpulan Pertama Kuala Kangsar. Time tu katanya, (perawi : Cikgu Yatex Scout.. budak scout mesti kenal dia ni, diva scout kuale) last koleq dapat produce King Scout masa 80's.. so, dengan semangat once a scout, always a scout, kitorang pun bertekad, apa pun terjadi, mesti gak dapat king scout ni..


Sebelum pentarafan, time tu kena pergi kem mengembara kat bota selama tiga hari dua malam. Camping tepi sungai, bukan dengan ponco atau tent macam sekarang ni. ini macam jungle survival laa.. buat khemah dengan bahan hutan.. Selalu diorang pakai daun keladi macam gambar yang sebelah ni, atau anyam daun kelapa atau nipah buat atap.

Atas kecerdikan budak koleq yang selalu eksen tak nak sama dengan lelain, kitorang (fudul, wong, ja, kno, aku, rembelta, jita, mattop dan awie) memilih untuk menggunakan buluh yang dibelah dua dan disusun bertangkup antara satu sama lain untuk dibuat atap khemah. Akan ada ujian nanti sama ada atap tu kalis air atau tak. kalau bocor, consider gagal dan terpaksa la amik test next year nanti. rupa-rupanya, bila buluh tu kering, dia akan mengecut, dan akan ada rongga di antara buluh-buluh tu.. Awal-awal tu memang gelabah puyuh gak la.. tapi, dengan kepakaran wong yang panjang tangan dan jari, daun-daun keladi lebihan sekolah-sekolah lain kitorang recycle secara sistematik.. siap passing-passing antara khemah masa nak test malam tu hahaha!

next post : ja & awie nyaris terbunuh...

Siri Penyiksaan Unaitfek

Entah apa nasib malang, time common room mesti kena berdiri rapat2 bagai nak gila tu dekat belakang member2, kena make sure bedmate selamat dari terbakar dan queue ikut dorm, aku time tu dorm c. dorm yang paling besar dan ramai.pong duh aroma korang rakan sedorm time tu..toksah cakap la, semua bau ada, bau air beras ada,air liur basi ada,air mas***basi pun ada.. dah la kena dok rerapat, pakai lak singlet pendidikan jasmani kelabu. memang bau paing tak ingat laa.. tambah lagi kalau ada malaun yang tidur time tengah berdiri tu, sesia jek kena halfway up/down.menjejes peluh.. berceceran menitis ke member sebelah muahaha.siapa yang dok kat depan sekali or kat tepi, for sure dapat sepakan percuma ID nak suh rapat lagi antara satu sama lain.bila dapat jek keluar dari common room untuk menghirup udara dinihari kuala, perghh.. lega.... amci oh amci..

p/s kalau sekarang kena kumpul reramai kat common room prep school, takpastila sama ada kitorang muat lagi tak seramai 116 orang kat situ..maklumlah, ukurlilit masing-masing pun dah bertambah.. cuma yang kekal saiznya dalam batch kitorang dulu, kini dan selamanya mungkin fudul dan pejal sahaja muahaha


yg aku bengang, ingatkan wawu datang, boleh la kita balik tidur....rupanya, dia dok perati ajer...brengsek sungguh...-mangsa penyiksaan 1