Sunday, December 17, 2006

confessions of pem'bataque' (dengan izin) dining hall

Aku ingat lagi malam pertama 'kudapan malam' aka supper pertama masa 1993, roti krim masa tu. aku dengan bangganya menjadi sepuluh yang pertama tiba di dewan makan. tunggu punya tunggu, pintu tak buka lagi.tunggu lagi sepuluh minit, batch 8993 (dengan izin) pun sampai, amhari pun ada, salleh mohd shah pun ada. tiba-tiba, muncul belahan cahaya daripada pintu belakang dewan makan, menandakan telah masuk waktu makan. dengan keyakinan jitu, semua yang ada telah ku 'hands-off' (dengan izin, untuk menambahkan kesan khas pada pembacaan), masa tu kelihatan dua bakul rotan roti krim berlabel 'roti kangsar'. Dua tangan ku hulur untuk ku ambil roti tersebut sebanyak mungkin, sebelah tangan ku rebut lima roti, dan sebelah pun ku hitung ada lima juga. dengan cetusan hati yang bongkak, aku yakin malam ini aku pasti tidur kekenyangan...

Malang tiba-tiba menimpa... serbuan demi serbuan dari warga kolej yang baru tiba. roti ditangan ku dirampas, lepas satu, satu. ku cuba menepis, menangkis serangan dan terjahan dan rempuhan keras dari segala arah. ketika ku hampir berjaya mempertahan dua ketul roti terakhir di tangan, ada satu tangan (aku tak tau tangan siapa) merampas roti kangsar yang ada dalam genggaman aku, kilas punya kilas, kain pelekat lalalala aku nyaris tertanggal. memandangkan maruah lebih penting dari perut, dan ke'kalifornia'an (dengan izin) aku malam tu, aku sekadar menyerah pada takdir..

Malam tu aku dapat minum air jek.... Kimak korang!!!! ( kataku dalam hati, ada ubi ada batass.....). dah la balik dengan tangan dan hati yang terluka

l/s sejak hari itu, aku tidak pernah menoleh kebelakang lagi... kau senior ke, junior ke... mahu makan kalu, datang awall....

cabutan daripada diari seorang bekas pembatak...

Nota editor : Ini adalah kisah benar. Tidak lama selepas SPM, pembataque ini telah terpaksa mnjalani pembedahan kerana usus terburai. Usus beliau telah pendek 2 inci akibat pembedahan tersebut. Sekarang beliau telah bergelar haji dan menumpukan seluruh tenaga beliau dalam melaksanakan RMK 9...

Wednesday, December 13, 2006

SANG JUARA

Sang Juara menulis sejarah
Setelah menang perang berdarah
Dengan strategi mahupun tuah
Atau cuma menabur dakyah

Sang Juara mengubah fakta
Habis kebenaran diputarkannya
Hanya untuk meninggikan hidungnya
Sebagai tokoh, pahlawan, dan wira

Sang Juara memadamkan bukti
Kitab Tuhan langsung tak dipeduli
Apatah lagi keterangan saksi
Dibuatnya seperti mematahkan lidi

Sang Juara terus menipu
Kita pun jadi mata kelabu
Tak kenal isi dari kuku
Siapa tersedar dikata merapu

Sang Juara membina sangkar
Untuk menghukum siapa yang engkar
Dihina, direjam, diletup, dibakar
Baru kau tau siapa yang besar

Sang Juara menjadi kaya
Dengan wang ringgit dan kuasa
Rumah dan surau habis disita
Supaya tanah dapai digadainya

Tapi ingatlah Sang Juara!
Sungguhpun keris engkau yang punya! (ceh, macam aku takut)
Kan kutentang kau setiap masa!
Selagi badanku mengandung nyawa!

Sekarang masa untuk kau panik!
Tahap kemarahanku sudah kronik!
Tak terkawal dengan ta'kulan mantik!
Akan kuhumban kau ke tangki septik!!!
nukilan : AJ OF AHMAD HOUSE, GRAND HAVEN 2006

Friday, December 08, 2006

As remembered by Noni Kapet...

"...slogan mengenai clifford di tandas sebelah kantin...

today is monday
tomorrow is tuesday
but tuesday is not everyday
the ship is more than the crew


(to the uniniated, and those with short term memory, the last line being the motto for Koleq's neighbouring school)

Thursday, December 07, 2006

Chikendoi, Cavalera Dan Sebagainya

Sumbangan EZ, Che Mad dan rakan-rakan

1) Bermula dengan soalan EZ yang dijawab oleh Che Mad:

Kawan-kawan

Ni aku betul-betul nak tanya. Betul-betul literally nak tanya.

Dulu masa aku form four, aku nampak batch 93 ada gelaran-gelaran masing-masing seperti Chikendoi, Cavalera, Luciano dan sebagainya.

Soalan 1: Apaka sejarah disebalik nama-nama ini ?
[Ahmad Jembari] 'Just to be cool' nicknames je - ada sejarah ke? Rasanya diorang pick out of thin air, mana-mana yang rasa bunyi best. Tapi bila dah tua ni kalau kau tanya sekor-sekor tak nak mengaku.

Soalan 2: Apakah maksud dan tujuan mereka ? Is there a club kah ?
[Ahmad Jembari] Saja-saja. Zaman mencari identiti sendiri. Mungkin juga ada sedikit tujuan untuk riak, ataupun sengaja nak merasa pakai nama kafir.

Soalan 3: Apakah itu Downstaze ?
[Ahmad Jembari] Ni aku tak tau. Macam nak bagi cool the word for downstairs je. Downstairs from where? Bawah kolong? Rasanya aku pernah nampak Luciano & Chaie, among many others, pakai t-shirt downstaze ni dulu. Cuba kau suruh Mtop tanya Chaie.

Soalan 4: Apakah beza Downstaze dan Babi ?
[Ahmad Jembari] Downstaze aku tak tau. Babi tu simbol untuk kutu batch tahun ganjil. Kutu2 batch tahun genap pakai simbol primates (macam beruk, baboon, etc.) Ni abang aku lah cakap. Aku sendiri orang panggil gorilla dulu (tapi on the basketball court je lah, bukannya aku sendiri yang mengaku). Bebudak Cagers siap tampal sign "DO NOT FEED" masa aku tengah tido lagi.

2) Kemudian bersambung-sambung dan meleret2 sehinggalah subjek sudah tak kena mengena dengan mesej:

Jawapan 1:

chet che mad, terlampau pantas kau hari ni. ha ha downstair/-staze tu sebenornya dorm 21 and 22 ha ha (dorm aku laa 21, yg amat disayangi sebb 3 tahun aku duduk kat dorm tengok2 budak main tennis di depan ehem ehem).

sebb dulu lepas lunch, budak2 93 akan beramai2 datang dorm aku or 22 and menari2 dengan satu mini hifi....

cuma masa tu nafsu ammarah aku kurang, tak pulak aku rasa tersinggung atau apa-apa. aku kan sayap kiri dari dulu, kalau lah marhaen biasa yang buat hal, tak pulak aku rasa marah sangat sebab prinsipnya memang ada undang-undang yang akan menghukum mereka..

sebab tu lah di kolej dulu tahun sehingga 1993 "perang" aku selalu dengan pengawas, sebab sebagai penguasa dan yang berkuasa, mereka perlu bertanggungjawab melaksanakan amanah dengan adil. kalau dirasa tidak adil, maka nafsu ammarah mula membuak2.

aku tak berubah sampai sekarang ha ha ha

* berpeluh nak sudahkan satu e-mel dalam bahasa melayu ni.... bukan mudah nak mengharungi cabaran Minggu Bahasa Melayu

Jawapan 2:

downstaize itu kerana mereka duduk ditingkat bawah west wing....dan menari 4u2c adalah kegemaran mereka.."kami rappers yo" kata mereka.

cikendoi tu mamaq 1993 tak silap aku... luciano tu mohayazid yang dilaporkan jauh kurus dari duolu dan dari aku skang..

Jawapan 3:

Kau memang pemberontak legenda. Aku teringat masa kursus pengawas 1993 aku kena kejut tengah malam buta dengan "para pelatih" and diberi amaran pasal kecenderungan subversif kau. Sebab tu aku pulak ikut memberontak tak pergi kursus tahun 1994.

AJ.

p/s Minggu Bahasa Melayu dah start ke? Kalau begitu "Rough" kena tukar "Kasar", and Mat "Top" kena tukar jadi Mat "Atas" la kot.

Jawapan 4:

mohayazid ikut diet esatusatuenam kot...

Jawapan 5:

Itulah pasal Chikendoi ni, saya memang tahu bahawa orangnya ialah Syed Mamaq. Dia memang baik, sebab kami budak-budak Form Four Baru selalu dipanggil oleh kumpulan Downstaze ini dan dimaki hamun atau diugut. Tetapi Syed Mamaq tu tak pernah marah kami. Dia baik.

Itulah saya nak tahu: Apakah itu Chikendoi ? Perkataan bahasa Pulau Pinang kah? Mungkin Syed Khalid boleh beri penerangan inti bahasa.

Satu lagi ada seorang senior kami bernama Latoq. Adakah itu pendekan telor bagi perkataan - Datuk? Dia orang Cina kah ? Saya masih ingat dia panggil semua Form Four baru berbaris di overfloor punya verandah tu dan dia pun menjerit menggunakan Hailer. Mengapakah dia marah? Saya memang nak tahu.

Kami form four baru juga ada yang disuruh untuk mempolish kasut. Saya dulu juga di Dorm 22 disuruh polish kasut Form Five 93. Kadang-kadang kawan-kawan Thoroughbred '94 saya - kata "Jangaan". "Itu Jamban laa. Ko jangan layan." Maka saya pun tak polish lah. (Ingatan saya samar dalam cerita ini.)

Itulah saya nak tahu - dalam batch senior saya setahun tu ramai yang orang panggil Jamban. Tetapi dalam batch saya sendiri tak ramai pula.

Mengapakah Jamban dikaitkan dengan 1993. Adakah disebabkan Guru Besar Hassan Hashim banyak melaksanakan baik pulih dan renevasi kemudahan awam di kolej tahun itu? Saya tak tahu dan nak tahu.


3) Tetapi soalan itu tidak berjawab dan mereka mula melalut ke benda-benda lain, termasuklah hubungan mesra Chaie dan Mat Gasing yang dicemburui isterinya (ha ha ha).

Thursday, November 30, 2006

Memori Training Ragbi Bersama Munizam

Bochap

aku dulu, sebab datang training ragbi lambat, munizam suruh round padang ragbi dengan padang bola big school sepuluh kali, matahari terpacak,pukul 3 petang masa tu...

member2 lain, tank, coppo, epit semua tengok je dari jauh.

abis je sepuluh, aku lari dapatkan kan dia, ingatkan dah lega, deraan dah abis, belakang dia cakap, 'Sepuluh Lagi!!!!"

Cis!!! satu round lebih kurang 400m, 20 round=8km.. tengah panas lagi tu...

EPIT

Preeeeeeeetttt....*bunyi wisel*...semua orang berdiri kaku seperti arahan Munizam.

Kedudukan aku ketika betul-betul di belakang bontot RudiCop (daripada satu angle, ia seolah-olah menampakkan aku ingin menyontot Scoppo).

Munizam (dengan nada paling keras) : Hafiz, awak bodoh ke gila???

Epit : Emmmm...errrrr...saya bodoh cikgu....

"ADIK BELLY" (Batch 95, Ahmad House)

Mamat ni pun datang lambat jugak. Seperti biasa, hukumannya apa lagi, keliling padang la. 5 round, biasa. Masuk 8 round, budak tu dah jeling-jeling munizam. Munizam buat derk je. Masuk round keberapa belas ntah (mungkin lebih sebab kitorang dah nak abih training time tu), Munizam masih buat tak reti lagi. Atas dasar perikemanusiaan, kitorang ramai-ramai memberanikan diri peringatkan Munizam. Salah cakap nanti, kitorang puak lari padang...

Sekali Munizam tepuk dahi sambil tersengih dan berkata,

"ALLAH, SAYA LUPA!!!!!!!!......"...


Sunday, November 26, 2006

Ladang Tebu di Bibir Mulut

Ada sekali tu fect adri '92 injured terkena bola kriket kat bibir. Abih bengkak bibirnya.

Pada mlm itu dia lalu kat kelas, aiwa & ja gi bantai gelak. Tak lama pastu beruk 2 ekor ni pun kena panggil.

"Korang tahu apa kesalahan korang? "

Mereka tunduk membisu. Dlm hati masih berdekah2 lagi.

"Tadi masa semayang korang wat bising kat belakang....bla bla bla"

Fuh... nasib baik tak jawab tadi... kalu tak sure kena cium.

Saturday, November 25, 2006

Report Con

Oleh kerana jarak pavi & big school agak la jauh, aku slalu mengabiskan weekend di sekitar overfloor. Puncanya sebab aku kedekut nak beli pad lock locker. Jadi tak abih2 kena con sbb tak kunci locker. Sebagai kemudahan, aku, aiwa dan beberapa muka wajib lain menggunakan teknik berikut ketika report con.

Tak tau la sekarang ada lagi ke tak, boleh lah dijadikan rujukan. Tapi tak digalakkan meniru. Pakailah pakaian yg betul ketika report con. Bagaimanapun teknik ini adalah teknik turun temurun.
  1. Sila bawa baju sekolah yg kemas, make sure ada badge ngan name tag
  2. Tie optional, boleh pinjam budak overfloor atau gilir2 ngan con man lain
  3. Bawa juga t-shirt atau baju checkered takde lengan supaya baju sekolah tidak keronyok akibat tido
  4. Dapatkan jam loceng, kalu miss report, kena dc
  5. atau dapatkan rakan yg boleh diharap utk mengingatkan waktu report con
    1. cth nya rakan yg sama2 kena con
    2. cth tidak boleh diharap - aiwa, dia akan melupakan aku bila berada disamping adiknya, atau adik2 lain, atau dia juga tido mati
    3. beliau juga tidak mengejutkan aku utk study kimia pada mlm sblm paper kimia masa spm
    4. akibatnya aku P8 (sebnarnya dah mmg otak udang pong)
  6. Sewaktu report, datang awal atau pun lambat supaya tidak perlu beratur
  7. Ini kerana anda perlu berada rapat dgn tingkap supaya tidak terpampang pakaian tidak rasmi di bawah paras pinggang (rujuk gambarajah)
  8. Controlkan riak muka seolah2 anda menyesal dgn confinement yg telah diberi tanpa memberi petunjuk keadaan bawah paras pinggang anda
  9. Kawasan dlm lingkungan garisan biru adalah penting (rujuk gambarajah)
  10. Pakaian bawah paras pinggang itu adalah mengikut selera & citarasa anda
  11. Sebagai contoh aiwa akan menggunakan uniform rasminya seluar kadet yg dipenuhi sperma2 kering
  12. Pakaian lain mengikut kesesuaian spt kain utk semayang, atau seluar bermuda ala2 old boy supaya nampak cool
  13. Berhati2 apabila beredar dari tingkap, maintain sorok bahagian bawah pinggang
  14. Akhir sekali kalu boleh mintak fect tu tlg tick-kan utk waktu report seterusnya atas budi bicara beliau
  15. Kpd fect2 yg telah berbuat begitu padaku, tq
  16. Ada juga yg bermurah ati menutup sebelah mata bagi aku keluar town tgk wayang, tq lagi



Kpd yg tak paham, (ada org lain jugak masuk blog ni)

confinement adalah hukuman bagi kesalahan2 ringan seperti
  • tak stretch katil waktu sekolah (tilam dah berbenjol2 camne nak stretch)
  • tak kunci locker (termasuk kunci tipu - nampak cam berkunci tapi engsel dah tanggal)
  • tak gantung kelambu (mana aci - angin tiup la)
  • spender bawah katil (fakaruddin)
  • meminta confinement kerana tak pernah kena (kno)
mereka ini tidak dibenarkan keluar ke bandar dan dikehendaki report dgn berpakaian sekolah kpd prefect pada pukul 11 pg , 1 tgh & 3 ptg. mcm parol.

dc pula adalah detention class bagi kesalahan agak berat seperti
  • keluar town sesuka ati
  • tak report con (langgar parol)
  • cabut masjid awal hari jumaat (ja)
  • melebihi 3 con dlm satu minggu
  • tidak berada dikatil sendiri selepas lights off (keluar gi stesen atau "tertido" di katil org lain yg (selalunya) comel2)
  • cross quadrangle atau pijak green
mereka ini kena report pakai baju melayu penuh dan bawak steamroll keliling padang. mereka juga dikenakan berdiri waktu assembly hari isnin di hadapan cikgu

amaran - jangan bertepuk tangan apabila org dc dipanggil berdiri kat assembly. akibatnya dapat sajian breakfast percuma berupa satu das lempang spesel drpd gedebe

bagi kesalahan berat, hukuman mengikut budi bicara pihak sekolah.
  • keluar town waktu mlm beramai2 (16 org) - hukuman khidmat masyarakat <---cerita ni coming soon aahaahaha (sedutan cerita - "... kau jgn sentuh adik aku ! ")
  • berlatih sukan di sekitar kuala kangsar waktu terawikh - ekhem ekhem
ps - aku rasa ada lg kesalahan2 kelakar, lupa la... sapa ingat tlg input kat comment

Night Court

some comments for "Of Distorted Tradition" posted on koleq9094.blogspot.com
addendum ada kat bawah

  • The Class of 94 never called the place 7 Knights' Court anyway as it was created by the batch immediately before us.
  • And yes, Night Court sounds lame enough, unless you conduct your "trials" there...
# posted by Setinggan Overfloor

  • in 1994, 16B corridors was more favorable than 7B corridors.
  • reason? ntah...
# posted by abu_harraz
  • Ada kaplak besar rules kat situ...ha..ha...ha.. Sape ekk?? sendri mau ingat la...kuang...kuang...kuang
# posted by Anonymous
  • Betul..memang ada insiden "kepala kat situ..dan "kepala" juga pernah digunakan sebagai alat hukuman..Penah skali aku tengok ngan mata "kepala" aku snirik, Zahadin yang macho telah menjatuhkan hukuman "head" butt..ke atas kepala sorang f3, yg dianngap kapla batch dia time tu...Pas tu aku tengok Zahadin gosok2 dahi dia sambil muka berkerut...impact baik punya haraharhar..and at that very moment,concept momentum yang Munizam ajar terserlah mcm screen kat depan mata aku....
# posted by Anonymous
  • Zahadin "the head butt" Zidane??
# posted by Anonymous
  • another distortion of history, dear anonymous...
  • zahadin hedbutted budak f4 class of 95, depan muzium, masa kita tgh sibuk settle kan isu kecurian besar2an yang dilakukan umpama sindiket...
# posted by Setinggan Overfloor
  • uish... kalau ya pun nak hukum takkanlah sanggup mengheadbutt?
  • aiyo... what a punishment, i wonder if this enuff hehe
  • boleh tahan keganasan 9094...
  • huhuhu
# posted by kawaii_desu
  • No stinggan over"flow"..kat muzium tu prosiding mahkamah "majistret" yg lain..ini kat 7 knights court..tempat tinggal aku spanjang 94. On that night..aku terpaksa rampa sebab yg duty tu kalau tak silap aku sam hong...heheh anyway..Zahadin mmg Zidane...
# posted by Anonymous
  • klu buat mcm ni skrng dah masuk lock-up. apa la bosan skrng, dulu best2 je headbutt orng, ok je kan.
# posted by Anonymous
  • Woi Zdin kena clarify ni, banyak "distorted" version... kau mendahului zidane by 10++ years.
  • bangga aku ngan budok gong limaaaa...
# posted by Noni Kapet

xxxxxxxxxxxxxxx End of Comment xxxxxxxxxxxxxxx

Berikut adalah beberapa recollection on that event
  • kadak duk lempang2+maki hamun budak2 f4 tu, pastu ada sorang ni kena tengking
    • "apsal kau senyum? haa ! apsal senyum?"
    • budak itu adalah jani.... muka dia mmg gitu dah
  • ayul satusatuenam pula menggunakan teknik "hikmat membasuh baju di sungai"
    • contoh aksi hikmat itu boleh ditonton di bawah


Thursday, November 16, 2006

Urban Legend : Muta Patah Tangan

Haha...cerita masa hujung F2.... still terpahat dlm kepala otak aku...

Aku main ragbi kat belakang new hostel...main saja2 je... mmg betul tak expect it would get competitive...Yang aku still ingat... I was running with the ball... then TOJE (penjahat dalam cerita ini) came from behind... couldn't get hold of any parts of my body and resorted to grabbing my t-shirt.... then, I was thinking... ni main saja2 je....takkan sampai nak berkoyak2 baju.... so aku lepaskan je la bola and stopped running... hoping that Toje would release my shirt. Tapi... memang aku tak expect Toje langsung tak ada mercy dgn aku... aku dah berenti lari... aku ingat dia pon berenti la...


BUT instead.... dia grabbed my body... then humban aku tah macam mana ntah. It ended up with both of us on the ground... my left arm trapped underneath my body... with Toje on top of me.



The next thing I knew... I wanted to get up... but couldn't support the weight of my body with my left arm. Why? Pasal dah patah.Yes... it was a very horrific sight for me to endure... macam tak percaya tgn yg aku guna hari2... dah bengkok ~30 degrees kot... u know... lebih kurang mcm 8 o'clock. For few minutes, I was hysterical... menjerit mintak tolong.

Then, some of u guys came to the rescue.... mmg terharu jugak bila korang tolong aku masa ni... JKK :-).

And aku still ingat korang angkat aku with extremely great care... bawak aku ke common room... then sapa ntah antara korang yg panggil MI ke situ. Then, FIDO (hero dalam cerita ini) dtg... bawak 2 kayu kecik dgn anduh PBSM utk bagi aku 1st aid. Thx Fido :).

Lepas tu... MI bawak aku pegi jumpa bomoh patah... tak silap aku Wong (tak pasti apa peranan dia tapi rasanya saja excuse ponteng prep) ikut teman aku. Thx Wonggek :).

Hmmm... kat sini kot silap aku. Actually, MI gave me 2 options... either pegi hospital atau pegi jumpa bomoh patah. He recommended pegi jumpa bomoh... pasal boleh dpt treatment instantly... unlike kalau pegi hospital.... it would be very likely that I'd have to stay overnight... sebelom org2 kat hospital dpt treat aku.

So... aku pon took that bomoh option la. Aku rasa... pasal aku jumpa bomoh ni la... aku punya rehabilitation susah... pasal tgn tak berplaster... dia main balut dgn kayu je. And the fracture wasn't even healed properly when MI took me for the 2nd time to the bomoh to have the balutan removed. So, for the next couple of weeks... aku still tak buleh guna my left arm. Then, cuti hujung tahun masa tuh...

Masa masuk F3, aku ingat tangan aku dah ok dah... so aku pon pegi main bola game hours mcm biasa. Tapi... then aku jatuh sket je... and tried to use my left arm to support my body... and it was proven... the arm was still weak because it didn't heal properly. Tangan aku patah buat kali kedua :(

As told by MUTA...

edited/additions by Epit..

Tuesday, November 07, 2006

Asal Usul Butterfingers

Contributed by Loque

"... my fav. pastime masa kat koleq dulu was to find names by reading dictionaries kat Perpustakaan hmm apa nama ah aku dah lupa la..

aku tau ada nama special...

biasa la... evrytime aku nak escape class aku lepak library... but instead of 'tidur-tapi-pose-mcm-baca-buku" aku suka menelaah Dictionary/thesaurus...dari form 2 lagi. somehow aku developed ths passion towards 'names'.. mcm nama2 scientific batch2 smua thoroughbred/ urbanbred/ular/naga/apalagi? barracus (siapa ingat WAI?) hahah ...

ok sorry

.. cut to the chase...

we went thru various name-changes frm loque's Tail up to 'NIneveh'.. mula2 slps METALLOQUE days(zmn main ENter Sandman/Patience GNRoses).. aku nak namakan the band with something Grungy .. jadi aku came up with names like ...one of em was :yg aku ingat//DIMUNITIVE GERMS..

...masa tu demam Grunge punk Sedang melanda Kuala LUmpur/kuala kangsar... jadi nama band pun nak kena alaa ala trend time tu la..

thn aku balik KL....somehow spoke to emmett, (thnks to FAha& shahid) .. bincang punye bincang.. thn came up with a few names lagi.. like SWEET MARJORAM/ PAVLOVA/ MULBERRY and at last we settled for NINEVEH( nama ruins of some Candi Hindu mana ntah)...pasal nak dekat dekat dgn NIRVANA ajhhahahahaha.. poseur maut tak ingat punye ni.(emmett siap buat LOGO lagi tu, tampal kat bilik dia.

............. BALik kOLEQ.

chck dictionary lagi. saw tht word 'butterfingers' .hmmmmmm ok gak ni... takde mcm nirvana SGT... tak mcm siape siapa, tak la macho sgt mcm nama2 band metal.. hmmm chck meaning dia... CLUMSy? hmmmmmm menarik! thn i called EMmett( tak leh reverse Charge pasal ni kawan Baru) tell him about the- new-found-name. he said whteva.

and thts about it kot....

officially declared ourselves as 'butterfingers'....

masa old boys weekend Form Five, we were about to play ths nirvana tune... blakang Enche RAFIZI laaa masa tu dia MC... dgn confidentnye dia announced

"mempersembahkan/we present you, the present boys band...."BUTTERFLY"! yeah!

and the rest is history.......... hahahahahahahah

slamat,
loQue."

Wednesday, October 18, 2006

Memoir Puru Part I: "Ini Budak Ingat Dia Sudaaa Pan-deeiiii..."

Since I was so put off by the bad week it has been in office, let me try to jump start the collection of cerita2 bell (yes, I am early in office but can't be bothered to think about work)

Venue : Language Lab (yang didermakan Japanese government tapi selalu jadi mangsa Wong and Aiwa pecah masuk kot ceiling tengok... ehem ehem)

Time: Morning period, sometimes in 1992 (masa F3), set A

Macam biasa lah once a week masa English period kena pegi Language Lab. Aku pun tak pernah paham apa guna pergi Language Lab tu, sebab although equipment dia canggih manggih (by our standard masa tu laa), tapi haram sepanjang seumur hidup aku kat koleq pernah pakai any of the equipment.

Selalunya Puru akan bagi a sheet of paper and dia dok membebel dengan peribahasa-peribahasa dia (Puru pre-dates Karam Singh Walia in this department - Note 1), lepas tu kalau lucky sikit dia pasang laa tape conversation apa2. So masuk Language Lab tu kira nak merasa air cond laa, bukan properly use pun.

Dah laa Language Lab tu for each seat ada cubicle (kononnya nak bagi privacy bila concentrate dengar audio ngan headphone laa), so kalau duduk belakang and Puru the almighty duduk depan control console dia tak pernah bergerak, perfect place to lentok laa...

Cerita pasal Puru ni, dia touchy feely sikit pasal Language Lab ni. Use of eraser was banned ha ha, sapa2 nak cari pasal ngan dia bawak laa masuk eraser dalam Languange Lab.

Tapi cerita ni bukan pasal eraser, tapi pasal love affair Chamat and Fazurin (2 top students English) ngan Puru ha ha..

Aku tak ingat sangat the seating, but I was on the left hand part of the class, aku nya deskmate in Set A dulu tak ingat. Tapi rasanya Chamat and Fazurin, deskmates, duduk betul2 depan mata Puru.

So satu hari di dalam 1992 itu, Puru seperti biasa nya membebel pasal something laaa.... tiba2 dia berhenti. So semua orang pelik and suspens laa, ada budak bawak eraser lagi ke dalam Language Lab.

Semua mata then tertumpu kepada Chamat....

Chamat dengan selambanya, macam Puru tak de ke depan tu, baca buku cerita (bukan Tom Clancy or Danielle Steele) masa Puru mengajar. And even lepas Puru dok stare pun, Chamat still dok baca non-chalantly.

Pada masa tu lah Puru mengeluarkan kata-kata hikmah yang sampai sekarang diquote apabila berdepan dengan anak buah2 di ofis yang perasan pandai (tapi Chamat memang betul2 pandai):

"Ini budak ingat dia sudaaaaa pan-deeeiiiii, bak itu rotan"

PIAP! PIAP!

Kitorang tak tanya la pulak Chamat bahana kepandaian dia kat his backside that day.

In other case, aku pun tak ingat sangat apa yang Fazurin buat (maybe bawak eraser dalam Language Lab kot), tapi tiba2 je Puru saman ke depan.

Seperti biasa....

PIAP! PIAP!

Tapi tak cukup dengan tu, masa Fazurin dah nak balik ke tempat dia, Puru panggil balik and... jeng jeng jeng...

Rubbing Fazurin nya backside, dia merasa2. But no worry, tak de kena mengena ngan case paedophilia, Puru suspicious Fazurin letak buku dalam his pants ha ha ha (punya lah paranoid Puru).

Since that day, kitorang suspect Fazurin sebenornya jambu Puru.

Nota 1:
Antara quotations famous Puru which pre-date Karam Singh Walia:

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kennnnnaaaaaa jugaaaa..."

"Bagaikan anjing menyalak pasirrrr..."

(yang selebihnya kena tanya Wong, dia archive semua Puru punya peribahasa)

Tuesday, October 17, 2006

Minah Rempit

From Auzir:

" Ni aku cerita ni pasal kenangan lama la

Chamat, I may not be close to you but I have a few fond memories dgn kau...hmmm..

Kau ingat tak kau pernah naik moto dgn aku dan either mat top / haris muhkri / radin (kita orang naik 3 orang) kat kampung aku. Kau duduk kat tengah tengah. Pastu aku lepas tangan.. kau menjerit sakan. Hahaha

Ada ingat tak? Masa tu form berapa tak ingat dah..

Aku jugak tak pernah fly sampai Ipoh, but masa ada cuti pendek sebelum SPM yang suppose parents datang ke apa tah..Chamat ajak aku pegi tgk wayang citer the MASK kat Ipoh. Naik bas..pastu balik naik kete api. Pagi baru sampai kat Kuala..

Aku rasa Chamat terer giler sebab walaupun aku orang kuale..aku tak pernah naik bas pegi Ipoh.. Ipoh pun jarang jarang pegi.

al maklum la aku orang Jawang."

Monday, September 25, 2006

Lirik Lagu Baru Loque

ni lirik lagu baru aku...

harus berwaspada sayang,
hari kiamat semakin dekat aku Semakin Sesat
Di hutan Batu,
Nabi Musa membelah Lautan tapi sayang kau membelah hatiku,
harap maaf siaran tergendala lalu jalan Sehala,
ke pintu Syurga,ke pintu Syurga..

gila korang smua networking zaman gelap siut... ok ok ok.... peace!kang aku ckp lebih lebih kang kena tembak betul pulak nanti!btw....

siapa berminat utk chck lagu2 baru aku, sila lah kehttp://www.myspace.com/monoloque... dan dgr lah lagu lagu aku yg mengkhayalkan lagi mengasyikkan..oooooooops.......hahahahh(gelak setan)hahahahhahah ooopsi did it again....

Lagi Sajak Daripada Negara Matahari Terbit

Sajak caleng:

aku caleng
engkau caleng
aleng caleng
semua orang caleng
tapi sapa pencaleng
mencalengkan
pencaleng
calenggggg...


p/s Moral dari sajak : Kalau anda caleng bulan puasa anda akan jadi seperti Aleng.

GAMBOR...

FROM GADAP WITH LOVE...

Abu Usama to koleq9094 - p/s Yang pakai spek tu macho giler........

Monday, September 18, 2006

An Equal Language

A friend of mine frequently rails against the numerous pronouns we have in Malay and how this perpetuates the feudal mentality among Malay speakers. For the first person alone, we have several words, ranging from the casual aku to the royal beta. We also have a few words for the second person like kau, kamu and awak, but since it is considered rude to address people directly in the second person unless you know them very well or are deliberately trying to be rude, the use of these words is limited. The Malay speakers' obsession with politeness and social decorum has engendered a situation where the English word "you" could be translated in more than 20 ways into Malay, all depending on the social status and age of the person being addressed.

If I wanted to borrow my uncle's car, I would never say, "I would like to borrow your car." Instead I would use the oblique-sounding form "I would like to borrow uncle's (pak cik) car." And this applies throughout. When forced to address another person directly in the second person, a Malay speaker would instinctively look for a title that applies to the person and use is rather than say awak or kamu (you). (Yes, forced. For in case you haven't noticed, we tend to drop the noun altogether whenever we can). As a result, even the lowliest specimens on the social ladder would get the honorific title abang (elder brother), if he's older, or adik (little brother), if he's younger, or the slightly more formal encik (mister). What sticklers for propriety we are, the Malays. Thus, a sentence like "What is your opinion on the rise of Big Mac consumption among the young?" could be translated in Malay as "Apakah pendapat (cross as appropriate) tuan/puan/encik/Dato'/Tan Sri/Puan Sri/Datin/Datin Sri/Tok Puan/Tuan Haji/Yang Mulia/Toh Puan/Tun/Tuanku/abang/adik/mak long/mak su/pak ngah/abang andak tentang meningkatnya pemakanan Big Mac di kalangan muda-mudi?", depending on who you're speaking to.

And of course, in a country where there is a proliferation of noble titles both deserved and undeserved, the question of using the right titles to replace the second person pronoun can be a bewildering to the unitiated. Imagine having to say something like "You are most welcomed to give comments or any views you may have on this matter or any other issues that have been brought forward to your attention by your stakeholders." in Malay to a Tan Sri or a Dato'. It's small wonder that people prefer doing business dealings in English in this country. The use of English is not just a question of obviating the hassle of social propriety: it also involves the question of equitability. Having to address someone by his noble title in every other sentence may seem like a small concession, but subconsciously, it already affects the dynamics of the conversation, an important consideration in million ringgit business negotiations.

The use of titles is a constant reminder of the difference in social status, and by extension, of power, real or imagined, among the speakers. This is what my friend meant when he avers that the use, or rather the disuse, of pronouns in Malay perpetuates the feudal mentality among the Malays; for how can there be lords if there are no servants? This gave me food for thought. When Malay was adopted as the national language for all Indonesia by the Indonesian independence movement in 1928, it was chosen not only on account of its status as an established lingua franca, but also because it was seen to be free of the hierarchical inhibitions that bedevilled Javanese, the actual majority language of Indonesia. In short, Malay was adopted in Indonesia because it lends itself more readily to democratic principles and equality for all.

Ironic, don't you think?

AHMAD FAZURIN

p/s : This article was originally posted in Fazurin's blog. Aku re-post kat sini without permission. Maafkan aku...

Wednesday, September 13, 2006

aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi

tatkala harga minyak dunia melambung tinggi,
ku ingat ini berita gembira duniawi,
kerna negaraku minyaknya kaya sekali,
namun kegembiraan ku terhenti disini,
bila terpaksa membeli dgn harga yang tinggi,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

aku bangga dalam senyap sendiri,
bila hasil minyak negara mampu berbakti,
menaja insan pilihan pertiwi ,
menuntut ilmu kemana sahaja yang diingini,
tapi kini tawaku terhenti,
bijak pandai tajaan entah ke mana pergi,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

cambah jurutera, ramainya sarjana seri,
bangsaku kini bukan calangan lagi,
ku tunggu mereka menabur bakti,
agar negaraku mampu berdikari,
tapi impianku tidak menjadi,
jangankan berbakti mereka terus diam menyepi,
hasilnya yang untung bukan sendiri tapi israeli,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

aduh kasihan sekali bangsaku yang bijak bistari,
imbuhan diberi untuk diam menyepi,
jangan sekali mendedahkan bukti,
biarlah harta negara diboloti SCOMI,
asal saja cukup bulan gaji diberi,
apa nak jadi jangan peduli,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi,

bulan puasa menjelang lagi,
aku menanti bukannya hari aidilfitri,
tapi iklan di TV yang menyentuh hati ,
tiap tahun aku manangisi,
iklan yang cukup memberi erti,
berbalar kesan kepada sanubari,
aku menangis kerana PETRONAS yang kusayangi lagi.

ABU USAMA...

p/s Nukilan ketika tengah berak.

Tuesday, September 12, 2006

Abang Chibiok...

Good one from Gadap...

"Abu Usama to koleq9094;
Tak sangka Petet ada abang kerja kat Jepun yang kebetulan dekat dengan tempat aku tinggal.
p/s Tengok gambar"

Saturday, August 19, 2006

Cheering Lesson


Year: 1991
Venue: TAR Hall
Time: Morning
Involvement: Batch 9094

Kisah ni berlaku pada sebelah pagi hari Sabtu. Lepas "Saturday's inspection", satu batch dikerahkan pergi TAR Hall. Ramai yang menyumpah-yumpah, ingat dah boleh keluar town, rupa-rupanya kena practice cheering. Cheerleaders (is this the correct description albeit the fact they did not wear skimpy clothing and carry pom-pom - which would be lead to an even more gruesome sight) adalah dari geng ganas batch 8791. So as you can imagine, with these sort of combination, it was not an enjoyable experience at all… (at least for me).

I couldn't remember the exact details that happened during that time, but the most memorable quote was " Macam tahi!!! Bla…bla….bla…Macam tahi!!!..... Macam tahi!!!" from our senior named Z*** of batch 8791. Kita cheering tak sama saja, tepuk tak sama, berhenti tak sama, kenala maki dengan mamat ni. And that was his favourite curse. Mula-mula aku kira gak berapa kali dia cakap, but lost count after 15 times. Itulah satu-satunya pengalaman aku dengar paling banyak perkataan "tahi" digunakan dalam satu masa.

After 3,4 hours of grueling intimidation and verbal abuse from the seniors, ramai yang hilang suara dan sakit tangan pasal tepuk banyak sangat. The good thing that came out of it - we managed to memorize the lyric and not be an embarrassment to koleq when cheering for our team. Plus, kita sempat keluar town hari tu….woohoo!!!


As a memento of that day, attached are the scanned images of the original copy of the "cheering chronicles" that we received on that day. Aku simpan sikit punya lama, dah jadi collector's item by now. You will find the name of the so–called culprit group printed on the paper.

Author : ska

Awi says...
  • click image for larger view
  • D'Omerta Mob Rules, what the hell???
  • akibat dari latihan ni, kita boleh tepuk tangan dgn synch sampai la F5. Dlm DVD, masa assembly pun bertepuk mcm cheering

Friday, August 18, 2006

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Dato Bahaman Pahlawan Melayu ( Sempena sambutan kemerdekaan negara tercinta )

aku rentasi rimba aku susuri belukar tebal
darah mengalir keringat bercucuran
hati tidak rela bangsa ku dijajah
aku pejuang kau tuduh penderhaka celaka


aku tidak pandai berselindung dengan sembangan dan senandung suaraku tak mungkin semerdu seruling
aku tidak mengharap belas kasihan dan sanjungan ramai
aku tidak mengharap rakan beribu
aku tidak mengharap pangkat dan darjat
wang ringgit dan kuasa bukan pilihan ragaku
cukup tuhanku cukup keredhaanNya


aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
aku tak rela bahasa Melayuku dituduh bodoh dan bangsat

aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
aku tak rela Islam agamaku dipermain dan di sesatkan
islam hadari, islam moden, islam toleran
persetan semua pengkhianat agama


Dato Bahaman dari Pahang namaku
tujuh lapis langit terpikul di bahu
tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
urat nadi dan darahku adalah melayu
kusandarkan jiwa ku pada agama yang satu


gelanggang silat adalah tempat inapan ku
tempat aku memperlimaukan diri
keris dan lembing adalah permainanku
menggenggam bara meniti mata pedang
bersedia mencemar darah pengkhianat
jangan cuba mempermain bangsaku
jangan cuba mempermain agamaku


aku pulang dengan siap sedia asal mula
sebagai lelaki anak jantan perkasa
aku siap sedia menitiskan darah ke ranting bunga raya
ini tanah darahku, tak akan kurela kau kikis habis
aku asap keris ku bersedia terhunus
tidak ku hirau kamu Melayu atau pendatang
tidak ku hirau kamu bangsawan atau hartawan
tidak ku hirau jika Temasik di belakangmu
mata kerisku hanya mengenal pengkhianat
mata lembingku hanya mengenal kekafiran
akan ku amuk demi keadilan
akan ku amuk demi bangsaku
kezaliman tiada tempat ditanah tumpah darahku
biar jasad ku dicincang punah ranah luluh hancur
namun berganjak setapak tidak sekali

inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke bumi

ringkik angin topan, sedialah kauakan kuamuk kegetus kantung nyawaku
kalaupun aku mati di tangan bangsaku
aku mati sebagai pembela sejati
ALLAHUAKBAR.

Nukilan :Abu Usama
18 Ogos 2006, 01:30 ,kyushu Japan

Wednesday, August 16, 2006

Haris Mukhri - Keeper of the Key

Salah satu aktiviti tambahan di prep mlm adalah melados di Naga Port. Naga Port adalah bilik band di blok F4. Sebagai langkah keselamatan, beruk2 ini mengunci diri mereka sendiri di dalam Naga Port dengan mangga dari luar. Jadi mereka memerlukan seseorang untuk mengunci pintu itu.

Pada suatu prep malam, 116, kalai & aiwa sedang asyik menikmati nikotin di Naga Port. Setelah puas mereka pun menunggu Keeper of the Key untuk membuka pintu tersebut dari luar pada waktu yang telah dijanjikan. Masa pun berlalu. Jam kian menghampiri 11 mlm dan mereka terpinga-pinga di dalam kegelapan bilik itu memikirkan hari sekolah esok dlm keadaan berbaju melayu, berkain pelikat. Apalah nasib mereka nanti....

10.40 - Haris Mukhri puas menikmati santapan di karpet lalu pulang ke dorm. Tiba di katil, beliau pun mengeluarkan barang2 dlm poket utk menyalin uniform tido. Maka terdamparlah kunci Naga Port di atas locker itu. Zassss....

10.50 - Kelihatan naga-naga berjalan deras pulang ke big school dgn wajah bengis. Turut bersama, keeper of the key....

Monday, August 14, 2006

Roadblock Goblok

Kejadian ni berlaku banyak kali jugak... aku rase aku yg start...hahaha... Aku terpikir nak buat sebab dari pemerhatian aku, bilik tu adalah short cut dari koridor belakang dining hall nak ke main road tepi padang.

Bila habis dinner, geng2 junior akan cepat2 cross ikut situ utk berduyun-duyun ke bargreaves ball nak tgk wayang. Yg syoknyer, bilik tu kalau tak bukak lampu memang gelap. Bayangkan bila ramai gila yg berpusu-pusu lalu kot situ, berapa ramai yg tertonggeng bila terlanggar bangku yang ngam2 paras tulang kering tu dalam gelap, memang diaorg takkan nampak bangku tu bila diorang redah ramai-ramai. Tapi yg aku kagum, walaupun sakit ya amat, diorang terus bangun, dan still rushing utk ke dewan sebab takut tak dapat tempat duduk. Tapi otw tu memang diaorg menyumpah-nyumpah laa... hahaha...

Sampai kat dewan, akan kelihatan mangsa2 tu tadi duk selak kain pelekat masing2 utk urut tulang kering yg lebam tu.

Tapi yg aku herannyer, aku buat 2 kali ajer... pastu aku tak tahu saper yg teruskan kesinambungannye sebab lepas tu ada lagi berlaku sehinggalah diaorg alihkan terus bangku2 tu dari bilik tu.

p/s
  • aku rase ko kena edit sikit sebelum bubuh dlm blog... harap2 takde la batch kita yg jd mangsa bangku tu...

- as posted by mr capoe

awi says...
  • bilik yg dimaksudkan adalah Junior Com.
  • bangku yg dimaksudkan itu adalah bench2 kuning yg selalu diterbalikkan buat tahan bola pingpong
  • kalau ada batch kita yg jadi mangsa... napa dia lalu situ? jual minyak kah?

Wednesday, August 02, 2006

"Oh my face !! My face !!!"

Musim main lastik lepas SRP.Common room Ahmad

Aku, aiwa & rakan2 sedang menguji dan membandingkan kehebatan lastik masing2. Kitorang guna kertas soalan SRP sebagai target practise. Lastik masing2 berfungsi cemerlang kerana dapat menembusi kertas soalan yang tebal itu. Inilah dia soalan bocor.

Tiba2 tembakan aiwa gagal membocorkan kertas soalan. Kerana terasa malu aiwa membidik semula kertas dgn serius (Orang ini hanya serius dlm hal2 ngarut begini). Kemudian dia pun menarik lastiknya dgn kekuatan yg maksimum....

Zassss....!


Menggelupurlah aiwa di lantai kerana lastik itu telah putus dan menyebat muka nya yg tebal itu sambil menutup muka & meraung dalam bahasa inggeris walaupun dia hanya set F shj. Lagi 20mm je nak kena mata. Kalu tak boleh panggil dia si buta dari gua hantu.

Di waktu & tempat yg lain, noradli telah memajukan teknologi lastik menggunakan peluru special drpd dawai hanger. Setelah menguji peluru itu pada seekor cicak, peluru itu di 'ban' kan penggunaannya kerana cicak itu terputus dua. Yg menarik & kejam nya, kedua2 bahagian cicak itu masih melekat di dinding pada jarak 40mm antara kedua nya.

Ada satu malam lepas lights off, budak2 pavi bersama F5 92 bermain perang lastik. Butcher telah menyorok bawah katil dgn gaya sniper. Tiba2 pasukan musuh berkumpul kat dorm tu sambil berbincang. Pastu salah sorang musuh nampak dia nyorok bawah katil, maka berkumpullah pasukan musuh sekeliling butcher yg meniarap bawah katil ni lalu menembak nya beramai2 dan bertalu2. Butcher menggelupur bawah katil sampai terangkat2 katil itu bersama2 hamba yg sedang tido atas katil tu.

Thursday, July 27, 2006

Broken Hailer

Waktu kelas add math, kelihatan cikgu mail meronda dari meja ke meja melihat anak2 muridnya tekun menjalankan latihan add math. Dengan gaya memegang 'hailer' dia bertanya

"Ada masalah? mcm mana... ada masalah?"

Tiba di meja aiwa, dia juga bertanya jika aiwa ada masalah tanpa menyedari beberapa titisan liur telah mengalir keluar dari celah2 'hailer' ciptaan beliau.

Aiwa yang terkejut melihat buku latihannya dinodai titisan2 jernih itu, dengan muka terpegun merenung cikgu mail.

Menyedari perkara itu cikgu mail terus berlalu pergi meninggalkan aiwa yg tak abih2 memanggil cikgu utk menerangkan kejadian itu...

"Cikgu...cikgu...apa ni cikgu..."



Di waktu yang lain masa kelas add math, semua budak Sc4 tgh tekun menyelesaikan masalah add math yg payah. Tiba-tiba....

"YES!!!!"

Jerit monger sambil berdiri menggenggam penumbuk kerana berjaya menyelesaikan masalah itu. Semua org terpinga2 termasuk beliau sendiri yg kemudiannya kembali duduk semula.

Di waktu yg lain dan di kelas Sc5, Au Yong telah frust kerana budak Sc5 yg bebal tak dapat menyelesaikan masalah kebarangkalian. Lalu beliau pun menyelesaikan masalah itu di papan hitam. Baru separuh jalan dia berhenti menulis lalu berkata,

"Kebarangkalian adalah subjek paling susah dalam add math"

Lalu dia pun keluar kelas utk bertanyakan kepada Cikgu Tan.

Wednesday, July 26, 2006

Nota Rahsia

Waktu kelas, kat 5Sc4, aiwa telah menerima sepucuk surat dihantar secara tersembunyi daripada ayul. Di luar surat itu tertulis,

"Jangan bagitau Fadhil....RAHSIA"

Dalam keadaan cemas, aiwa membuka surat itu dengan berhati2 supaya tidak dikesan oleh cikgu yang tengah mengajar kat depan. Mungkin rahsia ini sangat merbahaya kerana perlu dirahsiakan daripada ketua pengawas. Setelah membuka surat, terdapat satu lagi nota kecil bertulis,

"ini tahi hidung.."

dan berhampiran nota itu kelihatan objek2 kecil yang sedang bergolek2.

Sunday, July 23, 2006

Pool Party

Walaupun slalu tak tido mlm, lambat gi sekolah, tido kat prep dan lain2 perkara kemalasan, entah mengapa, batch 94 ni rajin la pulak bangun semayang subuh kat masjid atau saod pada pagi ahad. Kita slalu mulakan hari ahad dgn ceria untuk menghabiskan saki-baki weekend. Salah satu aktiviti pagi ahad ialah mandi ramai2 di swimming pool.

Masa 93, kita slalu buat aktiviti ni, ramai (batch lain) tak tau sbb ramai tido je pagi ahad. Kita lak duk berparti di swimming pool pagi ahad. Piker2 balik mcm geng mafia berkumpul mcm dlm"Donnie Brasco" sbb ada byk karektor boleh dilihat disini. Ada yg duk termenung je kat tepi, ada 2-3 org duk borak sirius mcm ada plan rahsia, tapi selebihnya mcm beruk la.

So ada satu pagi tu seperti biasa kita berkumpul la kat swimming pool. Semuanya batch kita je kat situ. Tiba2 dari jauh ternampak adalah sorang manusia terkinja2 berlari dgn towel ala2 superman dari west wing menuju ke swimming pool. Sampai di gate swimming pool dia pun jerit dgn gembira....

"Wei blah la korang....apsal tak ajak aku......"

Suasana sunyi sepi tiba2. Orang itu adalah mile-8993. Dia juga ternganga bila melihat dia dikelilingi 9094 sahaja. Dalam keadaan hubungan 8993 & 9094 yg dingin itu, semua serba salah tak tau nak cakap apa. Nak ajak dia join skali pun segan jugak. So dia pun terus berjalan ke toilet swimming pool tanpa berkata apa2. Tak lama lepas tu nampak kelibat seseorang panjat gate belakang swimming pool dan balik ke west wing.

nota,
  • gambar swimming pool dari KNO's Fotopage
  • aku tak ingat sebenarnya sapa, tapi rasa2 cam betul kut
  • dia cool actually, tapi sbb hubungan dingin antara batch + kedatangan mengejut tu jadi kelakar la pulak
  • ya, aku kadang2 mmg tak gi training basketball ari ahad.....dan juga beberapa hari lain

Saturday, July 22, 2006

Sue 27

Sapa tak kenal anak dara makcik kantin, SUE. Aku taktau nama penuh dia. Tapi ramai gak yang suka kacau-kacau dia. Ye la, kat koleq mana ada stok pompuan. Jambu bersepah la kan..

Sue memang selalu study atau buat homework dia kat kaunter kantin waktu petang. So, menjadi tatapan ramai la yang datang beli nasi goreng berlaukan sambal daging (pedas gila) waktu sebelum prep petang, tak pun waktu orang tengah lunch kat dining hall. Ada certain hari yang aku tak pergi lunch kat dining hall pasal dah lambat abis kelas, for sure ikan goreng dalam tray dah kena rembat ngan kucing takpun orang.

Scene 1
Ada sekali tu masa prep petang, sue tengah study kat kaunter kantin. Peah & Kalai pegi la usik2 sue. Tanya macam-macam kat sue. Kalai tanya sue,

"Bila your exam??"

Dengan lohgat perak yg pekat, lalu Sue menjawab :

"TWENTI SEBEN"

Hahahah. Kerana tak dapat nak cover gelak depan sue (konon nak polite la), kalai & peah terus LARI sambil gelak terbahak-bahak sampai masuk kelas. Sure Sue terpingga-pingga.

Scene 2
Macam biasa, Kalai selalu datang kantin nampak sue mesti nak kacau sue. Ntah apa tah kalai duk kacau dia, dia tersenyum. Kalai terpaku,

Kalai terpaku kerana ternampak ada secebis cili melekat kat gigi depan sue.

Lepas tu, kes cili kat gigi memang jadi bahan lawak la kat kelas V Sc V.

Aku sampai sekarang, isu cili lekat kat gigi ni dah menjadi satu big turn-off pada aku. Bayangkan la, awek lawa gila, sexy gila, rambut terbang2 ditiup angin. Sekali dia senyum, nampak ada cili melekat kat gigi.

As posted by e99

Spirit of Coin - Part II

Selepas ramai dah pandai main spirit of coin, permainan ni dah jadi macam board game (macam saidina, sahiba) kat kelas V Sc V. Ada sekali tu masa prep petang, V Sc V ada 4 board spirit of coin dimainkan secara langsung.

Selalunya kitaorg dapat spirit yg tak reti nak eja. Pening nak paham. Maybe yang masuk coin tu hantu jepun. Main spirit of coin ni ambik masa dlm 3-4 hari gak nak jumpa spirit yang friendly. Aku tak ingat apa budak2 ni bagi nama kat satu spirit ni. Once dia masuk je. Semua seronok gile. Macam2 la budak2 ni tanya soalan mengarut tapi yang ngerinye most jawapan betul (kecuali soalan toje pasal result exam kimia dia). Dalam ngeri2 tu seronok gak. Itu yang jadi gian tu. Spirit yang friendly ni la jadi org tengah kitaorg bila kitaorg nak panggil dead celebrities suruh masuk coin, ada la dpt panggil kurt cobain, albert einstein etc,

Scene 1 - Prep Malam
Dalam banyak2 spirit yg aku saksikan, spirit Einstein yg paling aku kagum. Setelah dapat dijemput oleh Spirit Org Tengah ni, coin terus gerak punya la laju tak ingat, aktif pusing keliling board. Banyak kali jari terlepas pegang coin tu (bahaya kalau terlepas pegang, pasal ada orang cakap coin tu akan boleh terpelantik dan spirit tu akan muncul). Mula2 suruh Einstein eja nama dia, laju gila dia eja. Takde nye pergerakan mencari huruf, coin dia bergerak straight ke huruf ke huruf. Kamjat gak la.

Then, kami suruh dia eja formula dia yg famous tu, laju je coin gerak ke petak huruf "E" then coin pusing laju gila keliling board macam cari something. Semua jari budak2 yg pegang tu dah berpeluh kerana tak dapat mengawal pergerakan. Nasib baik sapa ntah boleh tanya spirit tu, Are you looking for the equal sign?? Coin tu straight ke "Yes". Then, coin tu laju straight ke "M", "C", then sekali lagi, coin pusing keliling board laju tak ingat punya. Masa tu sapa ntah jerit ? Goto the number, goto the number ?. Zzuupp coin ke petak "2". Rupa-rupanya dia cari "kuasa dua".

Believe it or not.

Scene 2 - Big School
Masa ni, main Spirit of Coin dah jadi melampau. Ramai sangat yg main. Masa tu jualan manila kad laku kat koop. Even budak F3 pun join F5 main spirit gak. Ada satu malam, satu spirit dah kasi last warning yang kita ni dah melampau sangat. Yang aku ingat kita ada terima threats yang hantu2 ni akan balas dendam dan merasuk budak dan ada yang akan dibunuh.

Bila dah kena warning macam tu, semua orang jadi takut. Malam tu gak (masa tak ingat, yang pasti selepas lights off) aku ada dengar bunyi mengilai masa aku jalan kat tangga Dorm 21. Then aku lari pergi common room overfloor, ramai orang berkumpul kat situ, baru lepas main spirit dan kena warning. Masa lepak kat corridor overfloor, tiba2 kami nampak ada satu kereta mercedez putih masuk koleq dari entrance kat pavi then pusing big school 2 kali. Kami nampak ada dua orang dalam kereta tu, sorang tu pakai lebai haji. Masa tu seram gila.

Aku pun lari la ke dorm 19 aku. Sampai je dorm, aku terus kejut F3 aku pasal nak suruh kejutkan aku pukul 6.45am pagi nanti. Tak pasal2 budak F3 ni melompat terkejut. ?Eh Bang! Bukan tadi abang dah tido dalam kelambu katil abang ke?? Aaarrgghh sudah? aku check katil aku, cadar masih lagi stretch.. sapa pulak tadi dalam kelambu aku?

As posted by e99

Saturday, July 15, 2006

Cempedak Goreng 30 sen

Sampai skarang, setiap kali aku beli cempedak goreng aku teringat kisah ni. Masa F1 uncle david jual cempedak goreng tu, bau dia boleh sampai ke dorm c. Memang tak boleh tahan. Tapi apakan daya, mana la ada duit sangat masa tu. 30 sen, dua bijik cempedak.

Maka melilau la aku dan rakan karibku, mengemis sekeliling prep school. Tanya org ni takde duit, tanya org tu pun dah abih wat beli cempedak. Pastu timbul lah akal, bila org sidai seluar kat railing, selalunya lupa check poket. Maka merayaulah kami sekeliling prep school. Memang betul, kalu tengok bawah railing mesti ada duit siling bersepah. Cukup 30 sen je terus gi beli. Berlari2 cari uncle david. Pastu makan dengan lahap, bijik cempedak tu pun aku telan. Pastu merayau lagi, jumpa 30 sen, beli lagi.

Rakan karibku itu sebenarnya adalah ruff. Jadi kalu korang ada terasa banyak ilang pitih masa F1, boleh wat claim ngan dia skarang. Hahahaha....

30 sen, juga harga bagi sekeping kek cekelat hiro. Yg mana kalu gagal gi snack dining hall, boleh wat beli cucur + sirap. Hiro tu hanya utk special occasion. Aku pernah mintak ngan aiwa sket hiro dia. Dia dgn baik hati bagi la, sambil berkata,

"Aku beli 30 sen ingatkan boleh makan 30 sen, tapi ada org tu pulak..."

Memang panas telinga, tapi takpelah, asalkan dapat makan hiro.

Friday, July 14, 2006

Spirit of Coin

Masa musim kejahilan main spirit of coin, butcher ajak main. Dia pun cepat2 lukih board utk spirit tu. Pastu start la panggil roh (haha) Tak lama pastu bila coin ni dah start gerak2, ianya melilau tak tentu pasal. Ejaannya jadi mcm mengarut. Semua dah risau.

Tak lama pastu baru perasan, board tu takde huruf "N".

Pastu nak repair la board tu, kononnya kena la hantar spirit tu balik ke "HOME". Kalu tak nanti spirit tu kluar dari coin (haha) Tapi coin ni melilau jugak. Ah..hantu ni tanak balik ke. Tengok2, "HOME" pun tak dak. Sure bengang spirit mana yg masuk coin tu.

Di masa yg lain toje main spirit coin, sambil tu dia tanya result kimia dia. Esoknya dgn gembira dia tanya cikgu kimia,

"Cikgu, spirit of coin cakap saya dapat A1 kimia. Betul ke?"

"Mmmm...aa, maaf, awak fail"

Thursday, July 13, 2006

Jangan ketawa bila nak makan

Satu petang di hari ahad, aku berjalan ke kapet untuk mengisi perut. Dlm perjalanan dari Pavi aku terserempak noradli parsada dari arah bertentangan di kolam renang bell belakang West Wing. Aku cuba menegur, tapi dibalas dengan wajah yang bengis. Matanya merah menyala.

Menghampiri kapet aku terdengar hilai tawa pelanggan2 setia kapet. Apabila masuk ke kapet, aku tengok pada lantai laluan tengah ke kaunter kapet dipenuhi dengan mangkuk dan maggi yang berselerak. Semua orang tengah gelak sakan.

Ceritanya, maggi tu noradli yg punya. Lepas maggi telur dia siap, dia seronok sangat nak makan. Dengan muka riak dia tayang maggi dia kat org lain yg tengah tunggu order. Pastu dia ketawa sambil berjalan, ha ha ha ha…..

Zup! Bedebuk!

Jatuh terlentanglah adli dgn mangkuk maggi kat mukanya.

Sirap di atas padang

Seperti kebiasaan petang, Ayul dan rakan-rakan Form 5 lain beriadah di halaman Asrama Besar untuk bermain bola sepak bersama junior Form 3.

Dan seperti kebiasaan, Ayul yang seperti Marsyal Yau (Alam Perwira) akan memerintahkan Form 3 untuk membeli sirap bungkus di Capet.

"PEGI BELI SIRAP KAT AKU. AKU HAUS. KO PAKAI DUIT KAU !"

Lepas dapat apa yang dihajati, Ayul bermain bola dengan tangan kanannya kemas menggenggam tali ikatan air sirap yang dibeli. Beliau menggelecek pemain pertahanan dengan air sirap terhoyong hayang yang kadangkala mengenai muka pertahanan. Selang beberapa saat, beliau menyedut air sirap dan kembali menggelecek.

Tidak lama kemudian...

Sedang pihak lawan pula sedang menggelecek ...Tiba-tiba...THUDD !! Satu rembatan yang mengenai air sirap Ayul... Lantas terlepaslah air sirap berkenaan dari tangan Ayul dan jatuh ke tanah.

Dengan selamba, semua orang gelak sakan (termasuk Form 3 yang lupa dengan sikap semulajadi Ayul yang bengis terhadap junior yang dianggap hanya sebagai Kura Naga sahaja) Hilaian ketawa semakin kuat.

Ayul yang sedang marah (dlm mata ada api) memerhatikan mangsa terdekat.

Yaaa.... kelihatan Capoe sedang ketawa gila !!! Hahaha...Seronok ketawa ya...

Lalu Ayul lantas mencapai Mejar Capoe dan telah mengenakan buah lutut beberapa kali (seperti Sagat - street fighter) Thuk ! Thuk ! Thuk ! Tanpa belas kasihan. Tanpa balasan dari Capoe.

Suasana hening untuk beberapa ketika. Dan petang itu, semua orang main dengan penuh ketakutan.. (Biarla Ayul sorang yang gelecek bola itu)

- from toy's recollection
- written by aiwa

- Nota gambar hiasan
Ken (capoe) terbungkang kena belasah ngan Sagat (ayul) menggunakan teknik "Tiger Crush atau Tiger Knee"

awi says - hanya kerana sirap...

Tuesday, July 11, 2006

Encounter With The 5th Kind: KR

Necessary Background Reading
  • KR - short form for "She Who Must Not Be Named", a spooky character feared even worse than Voldemort who (or which?) wrecked havoc in koleq in 1990-1991. Conventional wisdom at the time believed (and concluded) that she (or it?) was a wild spirit.
  • NA - short form for the equivalent of Wormtail (servant to a villainous Dark Lord), a batch member of Class of 94 who fell victim to KR's wandering spirit and befriended her (or it?) during the period of 1990-1991
  • Wonggek - a Mad-Eye Moody-like character, a member of Class of 94, who was and is really mad. Among his many accolades were the break in of AVA room, the phone tapping scandal that cost thousands to koleq, underground "bisness order" that went as far as Prep School and New Hostel from its Pavi base
  • Ja - (hmmm tak dak laa pulak character from Harry Potter yang aku boleh assign to Ja!) Budak Teghanung spek mate besor (imagine Nobita, suara kasar, gelak sampai lelah, itulah Jasmang Hassang)
  • Prefect A - Chief Spiritual Leader among the prefects at Prep School 1990, who in a way fancied himself as Dumbledore, but when it comes to KR, was more like Ron ha ha
  • Prefect B,C,D ,E- all other prefects at Prep School

Venue : Prep School vicinity, gymnasium and padang Prep School

Date/Time: Satu malam dalam tahun 1990, dalam pukul 2 am

PENAKUT WARNING: Ni bukan cerita kelakar or bell, ni cerita hantu.

Prep School in 1990 was in a way made memorable not because of many sweet memories, but the one experience that not many batches had had the "privilege" to go through. In our midst was a case of Prep School vs. KR - though the extent of the truth, or the manner of possession could never be ascertained.

I had never witnessed any physical or material evidence that could substantiate the truth in the claim that NA was possessed and a wandering spirit, referred to as KR, was roaming free - except this one experience that I was forced into (of which I am going to tell next). But it was a sensational story in koleq and we were still asked about the story even after we had reached Form 4.

NA sat in front of me in 1 PK 1 and I was his class monitor. His deskmate was R. Awie was deskmate and behind me were the two fatsos - Epit and Taufik.

I cannot recall much the beginning of the year until the news/story was belatedly told to me, despite the fact that I was seating right behind NA and was his class monitor. Like many F1s, I was too engulfed with my own home sickness (and the overthrowing of Rembell did take some efforts too ha ha).

What triggered the attention was R suddenly leaving the school. R was Prefect E's favourite, some sort of murid contoh to all of us. Me, on the other hand, is a nightmarish character for some of them. R and NA kept counsel to themselves and though they seemed to be very close between them, they were remote figures to us in 1 PK 1.

I was also very much still attached to my Teghanung clique, whose notoreity was only rivaled by Utagha clique. We were told from the very beginning by the prefects that "cliques" were not good - and it didn't help when Wonggek kept on shouting "astaga walgelebek nyeng was stepek wek" to the unamused batch; or picked a fight with Ameoba early in the year ha ha. To cut things short - we were the first candidates for "potential trouble makers".

I cannot recall much what had happened when KR allegedly ran amok. There were many nights we had to sleep in the surau, or when we had to recite Yassin non-stop (though there were occasions I blissfully slept in the sick bay unaware of what was alleged to have taken place).

KR was also spin-savvy.

There were a series of threats issued through letters, naming particular prefects, with Prefect A high on the hit list - as next "targets". You can imagine the atmosphere of spookiness engulfing the whole batch and how perhaps innocent stories evolved into urban legends that survive till this very day - of timid and weak boy, when possessed, became super strong that could jump a high window or break doors, or over powered 10 people etc. etc.

What I can be sure was that by the time it was all over, the real facts were too muddled with made up stories that it was very difficult to sift the truth from myth. I reiterated that I had never witnessed anything physical that can substantiate any of the claims.

Things went on like this until at one point, I guess the school decided to act on it considering the disturbance it created.

So one night, Wonggek, Ja and me (most probably Toje too, since Awie claimed he wasn't among us - the only other celebrated members of the clique were Zadin and Toje, but I was sure it wasn't Zadin, so must be Toje) were summoned for an audience with the high and mighty Prefect A. We were told we had an assignment and were given a term of reference - the details of which all escaped my memories now. Tracing back, I guess we were told to follow NA in one of his nightly errand to meet KR - since he (NA) had been waking up in the middle of the night wandering around for some time already.

I guess they needed some material witnesses who can related what actually happened, or corroborated some of the claims. Looking back, I know my value to my prefects then ha ha - "send in the scums who we can afford to lose ha ha".

My relationship was cordial with NA (even after we parted from koleq), so when one of us met him (I must remind you this is at 2 am) and told him we wanted to join him to play volleyball (he played volleyball then) - he did not object. I was quite surprised at how casually he took the whole thing - as playing volleyball in darkness at 2 am in the morning, in anticipation of an appearance of a wandering spirit; is not something you do every day.

So off we went, walking from Dorm C.

It was 2 am so the night was quiet.

But I have to say one of the spookiest moments of my life happened right when NA and us stepped outside Prep School boundary towards the tarmac in front of surau - for suddenly the dogs began barking (anjing betul la, bukan yang kat cube). All of a sudden dogs around the KK town began barking and I would be lying if turning back did not cross my mind. I can't remember what was the motivation, but somehow we went on walking towards the gymnasium amidst the loud barking.

NA was quiet all along.

We went on to play and did some digging, picked the ball etc. (the fact that it was played in front of gymnasium, the venue for so many horror movies e.g. the half human, half wolf character often associated with gymnasium compounded the spookiness).

I can't remember (banyak laa yang aku tak ingat) how long we played, but all of a sudden NA wanted to run. So we the dumb ass had to follow him and off we went again to padang Prep School.

I think we were in the process of "warming up" (don't laugh, I know I am fat now) when suddenly it seemed the cows that were sleeping around padang Prep School were running towards the small gate connecting to Azizam's house (before the present F4 block was built). It was then that I recalled that NA mentioned something about KR dah sampai - and it was then that we could not take it any longer and decided to excuse ourselves and went back to Prep School.

Till this day, I am not sure whether it was a figment of my imagination (that part with the cows) or it really happened. I think the only sound that was so loud at that time was my own heart-beat. I don't think the 4 of us (cheee waaah macam cerita Sleepers laa pulak) ever spoke at length to compare notes - so if Wonggek, or Ja could substantiate my version, it would be good. I can put to rest once and for all whether it really did take place, or was my own imagination.

But the part on the dogs barking was real - and I considered that as a material proof that there was something spooky, whether or not all the urban legends did take place. The fact that I never encountered NA's transformation or super human strength cannot make me forget the spookiness of the night (or ponder on whether the decision to send us as guinea pigs that night was really wise - regardless of what some people's perception of the bleakness of our future in koleq was).

Taukeh Minyak

Fadli called from LA just now, so while talking terkeluar lah this story about dia jual minyak. Since it was so "menjelekkan", I must make a point to post as soon as possible lest I forget.

Timeline: Balik koleq for Speech Day 1995 (our first summer)
Venue: Koleq (yaaa haaaa), Pavi to be specific
Actors: Moi, Allen, Fadli, Chamat, Jita, Madad, Aslam, Fazurin etc.

We went back for the Speech Day and it was the first time we came back to koleq since SPM. Some of us left for overseas before the results were announced, so it was like making a grand entrance back to koleq (well not yours truly who screwed up pretty badly ha ha).

Anyway, biasa laah balik koleq kan, especially senior2 yang dapat scholarship, dapat prize masa Speech Day and so on - ada laa 2-3 orang yang tanya khabar.

The planning took a while back before kitorang balik Tanah Melayu lagi pun. Jita, myself, Allen and Fadli were in the same school in Scotland and the exact details of our return to koleq occupied a substantial portion of our post exam free time during A-Levels.

Anyway, to cut the story short - while some of us were quite realistic in what we wanted to do to "melepaskan geram and rindu balik koleq" (e.g. makan cendol, jumpa cikgu, jumpa ex-jambu etc.), Fadli (yang record masa Form 5 "clean" sangat sebab kerja menjual minyak tak habis-habis either to junior or senior) dengan istiqamah-nya maintained his policy position as follows:

"Aku malu laaa nak balik koleq lama-lama. Aku nak masuk sekejap je, jumpa cikgu and cabut. Tak nak jumpa junior ke sapa-sapa"

(Awal2 lagi kitorang dah shout whole-heartedly: YEAHHH RIGHT)

Anyway, summer pun sampai laa and kitorang balik laa koleq, duduk kat bilik Jaqman (to those the uninitiated ones - ni Cikgu, nama dia Razak Rahman, tapi sporting ngan kitorang so lepak macam member) kat Pavi tu (masa tu tak berduit lagi so boleh lah tolerate jamban kotor koleq, tak macam last reunion when jamban Safari pun still di-classify as kotor).

Dah habis ambik prize semua, kitorang (aku, Chamat, Fazurin, Jita, Aslam, Allen etc.) pun plan lah nak gi tengok wayang ramai-ramai, sebab masa tu Braveheart tengah showing. Ye lah kan, baru balik from Scotland (which mak cik kantin masa tu cakap "kat Amerika nooo..." lepas aku cakap aku kat Scotland lepas dia tanya aku kat mana masa tu..) sure laa nak eksyen pasal Scots' national hero. After all one of the first things we visited in Scotland was the Wallace Monument in Stirling.

So kitorang pun ajak laa Fadli, after all ni dah plan berbulan-bulan ni.

Tiba-tiba je Fadli tak sedap badan pulak, macam nak demam. Dia jawab:

"Aku demam laa, korang pegi laa aku nak berehat"

Aku dah giler pelik sebab tadi masa Speech Day, amboi tak ingat dunia senyum sana senyum sini, snap sana snap sini - tiba-tiba dah tak sihat. Tapi husnul dzan punya pasal, kitorang pun tak tanya panjang and pi lah tengok Braveheart kat Capitol.

Sekonyong-konyong kemudian (lebih kurang 3 jam lepas tu), dah dekat2 dengan games hour dah, kitorang pun balik.

Aku dari jauh boleh merasakan jalan licin seolah-olah minyak tumpah, I wouldn't have been surprised kalau ada lori terbalik depan crossing koleq tu.

And then - dari jauh nampak macam ada sekumpulan budak2 muda tengah lepak kat payung bawah Pavi tu (ni masa still ada payung besi bawah besi).

Maka tahu lah kitorang bukanlah lori yang terbalik - tapi ada orang tengah jual minyak dengan junior2 and jambu2 from Class of 96 (masa tu aku vividly remember Shihab ada sekali). One part of the mystery dah solve i.e. bukan lori terbalik ada orang jual minyak, cuma nak tahu sapa laa yang jual minyak.

Kitorang punya lah nak muntah bila tengok di celah2 budak2 junior ni ada lah Fadli yang tak sedar kitorang tengah peghati dia, so kantoi laaa dia tengah jual minyak tak ingat dunia.

Yang jual minyak tu tak de lah kisah lagi, tapi the fact that dia sanggup pura2 sakit sebab nak bolot all the time kitorang tak de nak jual minyak........ kalah taukeh minyak Aramco macam ni!

So lepas tu, kalau Fadli cakap dia malu nak balik koleq, kitorang muntah on the spot. Most of the time kalau balik koleq melibatkan dia, kitorang discount ajak dia tengok wayang....

Monday, July 10, 2006

Double "Aaoooowwwhhhh !!"

Kelas : 2PK2
Period : Kelas Gazza (perdagangan?)

Wawa duduk row depan, paling kanan dekat pintu. Di belakangnya adalah geng tengkorak maut - ajiz, azim chan, ajak dll. Tiba2 kedengaran bunyi kentut.

"Aaaooowwwhhh !! Hahaha wawa kentut !" (suasana kecoh dengan hilai tawa meraikan wawa kentut.

Pastu, ghazi suro semua diam. Semua senyap dan sambung belajar...tetapi tidak berapa lama selepas itu,

"AAAOOOWWWHHH !!!!! Woi busuk gila ah!"
"Uweekk!!!"

Kesan sampingan kentut yg lambat.

Friday, July 07, 2006

"Abang Butcher......Gedebe!"







Jangan Main Mercun
Sabri dan Busu a.k.a aiwa & safarel

Masa bulan posa 94, main lawan mercun pavi vs big school/west wing. Ending dia budak pavi nak abiskan dgn mercun "Air Bomb" yg mahal dibeli oleh butcher. Mercun itu diletak di padang kecik antara pavi ngan court tennis yg bell. Warga pavi tanpa mengira batch beratur di koridor bersama2, bersorakan dengan gembiranya mcm beruk utk memberi sokongan. Butcher dgn bangganya berjalan megah ke arah mercun untuk dinyalakan.

Apabila butcher tiba di mercun itu, dia melambai2 kepada penyokong2nya. Dan apabila dia mula membakar sumbu mercun itu, sorakan bertambah hebat. Dalam kekecohan sorakan itu, beliau tidak tahu apa benda yg dijerit oleh beruk2 pavi ini. Cuma apabila sumbu telah menyala, maka terdengarlah suara kecil yg langsing & nyaring disebalik suara2 bass yg lain, suara F3 Hafiz Mat Jusoh.

"Abang Butcher......Gedebe!"

Tatkala itulah butcher mengangkat kepala dan melihat kelibat seseorang sedang menanggalkan tali pinggang di gajah menyusur. Maka bertempiaranlah sekalian manusia diiringi jeritan gedebe dan cahaya kilat dan letupan mercun yg hebat itu.

MCCC Movie Award

The Shining (1980) - Jack Nicholson
  • Berjaya menarik penonton turut serta dlm movie. Semua kecoh gila bila budak main beskal tu berenti depan pintu bilik berantu tu. Ada yg jerit "Blah la bodoh! Bahaya!"
  • Pastu ramai start conteng "REDRUM" merata tempat.
  • Ada part bogel, tapi tiba2 bertukar jadi mayat kembong. Ahh..potong stim gila
Footloose (1984) - Kevin Bacon
  • Cerita ni biasa je, tapi aku tau la'ba tengok wayang citer ni. Puncanya aku bagitau dia footloose ni citer horror mengisahkan seorang pemuda yg hilang kaki nya digilis ketapi. Kemudian kaki itu berjalan sendiri mencari tuannya sambil membunuh penduduk tempatan. (tah cemane kaki tu nak bunuh org pun aku tak tau)
  • Aku tak tengok, gi prep. Aku wat promosi kat la'ba je.
The Pink Panther (tak sure yg mana satu)
  • Ramai gi tengok (termasuk aku) sebab ingatkan citer katun. Maka duduklah kat padang depan bargreaves ball tu sbb hall takleh guna. Alih2 citer penyiasatan bell gila 70's.
  • Baru skarang aku tau, rupanya inspector tu cari diamond yg ada flaw rupa mcm panther kaler pink. Actually katun pink panther berasal dari citer ni.
The Terminator (1984) - Arnie
  • Ada part poron. Robot2 tu tak kesah ngat.
Spaceballs (1987) - Mel Brooks
  • Frust tak dapat tgk waktu F1. Aku tak ingat reason fect tak bagi tgk. Semua monyok je muka kat prep.
  • 2-3 tahun pastu dapat tengok balik. (ke aku tengok kat tv?)
Aku rasa list ni panjang lagi. Sapa2 tolong sambung kat comments.

Baiklah monyet!!! and 1991 U14 SBP Karnival other stories

Occasion : SBP Zon Utara – 1991
Location :Syed Putra, Kangaq, Peghelih

Time: Arrival day (Thursday petang kot)
A group of Koleq contigent gi makan malam…..
Suma gi amik tray…..makan, gelak2..borak2..
Habih makan…suma blah..tinggal tray atas meja , sbb kat koleq tak yah angkat..
Org keja dining hall punye lah bebulu….and yang kena marah budak2 koleq yang makan kemudian dari the first group…

Time: Berak Time
Location : Toilet
Buntut di hurungi nyamuk sepanjang sessi berak

Time: Final Hockey
Badut nak amik penalty flick , tapi dia over confident..
Sebelum amik, siap sempat toleh kat supporter, and then,,garu bontot..
Bila amik……tak masuk!!!!
Sia2 je dia jadi glamer masuk warta SBP hari tu…


Time : around 7:30am
Location: Dorm tempat menumpang
Seperti biasa, budak2 F2 yg terlepas dari kandang NH, mula menunjukkan belang. Tak kurang jugak budak F1 yang beberapa kerat.
Aku tak sure brapa orang yang semayang subuh hari tu but maybe close to 90% tak bangun untuk semayang Subuh.
Sungguh teruk skali…
So, bebudak STAR Ipoh (who was staying across the balcony) pun polak la nengok gaya budak koleq ni….
Salah seorang pun menjerit, “ Woi Kafir! Bangunlah”
Kitorang pun buat tak kisah..malas nak layan..
Suddenly…..selepas beberapa kali di provoke ajaque pun dengan selambanye menjawab “Baiklah monyet!!!!!” (ala2 kartun sang kancil dengan monyet yang amat popular satu ketika dulu)

Of course it lead to the spark between the two rivals, sampai ke final Tenis. (ada ke patut, antara sport yang paling civilized, jadi medium supporter nak bergadoh…..hehehehe…)
Tapi we had the last laugh la kan……Sungguh Gemilang Kolejkuuuuu….

Ada satu lagi quote “Biarkan dia coba” – budak ragbi SEMESTI

Final result:
Tenis – Champion
Hockey – Champion
Chess – First runner up
Footbal – semi-final (or izit first runner up???)
Ragbi – x sure…….

As recalled by Badut and ditokok tambah by Pyan

Sapa nak tolong tambah??

Thursday, July 06, 2006

Ikan bakar & Ular!

Year: 1993
Location: Lab Bio & Taman Sains sebelahnyer
Time: Pagi


Pasal ikan bakar nih aku tak ingat sapa punyer idea.. tapi ada laa 3-4 orang budak 4Sc.2 diskas camna nak tangkap ikan dalam kolam kat tengah2 taman sains tuh.. Nak pakai tali rafia laa.. Nak pakai ubat stapler as mata kali laa.. Tak masuk akal lansung!! Tapi ntah cam mana, ada laa sorang mamat nih telah berjaya menangkap sekor ikan dan kuar laa idea utk buat ikan bakar fresh menggunakan penunu bunsen!(Ikan tu letak atas tungku kaki 3 jer, takde alas apa2) Aku rasa ikan tu macam ikan talapia, kalau ikan kap ada orang sanggup makan ker?!(dah laa air kolam tuh hijau pekat) So lepas bakar ikan tuh dalam lab bio dan agak2 dah masak, tiba lah masa utk makan.. Haram takde sorang berani nak start dulu.. Last2 sorang volunteer utk test rasa.. "Manissss..." Kata beliau dengan muka penuh tak yakinnyer... so masuk tong sampah laa ikan tu akhirnya..

Cite ular nih laks jadi pada hari lain.. Citenyer gini, aku, Indra aka Safarel dan Rohaizal(dia duduk koleq tak sampai setahun pastu chow balik perlis,F4 baru) tengah ronda2 taman sains carik apa2 serangga yg bleh dieksperimenkan utk kelas bio.. Kalau korang ingat, ada satu shack atau hut kecik tempat simpan barang kat dalam taman sains tuh.. kecik jer dalam 5kaki x 5kaki.. So Rohaizal ngan Safarel masuk dulu dan aku laks lepak kat pintu masuk shack tuh.. tengah diorang selak2 barang dalam tuh, Rohaizal gi selak 1 tile bumbung atas tanah.. rupa2nya ada ular melingkar bawah tuh(Rohaizal claim ular kapak lepas tu, macam laa dia kenal ular kapak tu rupa camner).. Rohaizal pon melompat laa apa lagik, kemudian pusing ke aku dengan muka paniknyer menjerit "ULARRRRRR!! Lari!! Lari!!" Safarel yg tak nampak pon ular tu pon cuak sama dan cuba kluar tapi aku block diorang dua tu dari kluar seraya berkata
"Mana? Mana? Mana??? Tak nampak pon!!"

5 saat lepas tu kitorang bertiga dah ada dalam lab bio tercungap2.. Rohaizal & Indra marah aku apsal tak lari cepat2.. Aku cakap aku tak puas hati tak dapat tengok ular tuh.. hahahah..

Dosa-dosa Silam Aiwa - Maafkan Aku !

Aku dah tak ingat sangat macamana cerita ni boleh berlaku. Yang aku tau, pada masa tu aku mmg deskmate Muta. Kitorang gurau-gurau waktu prep ptg. Lepas tu aku sorokkan kasut muta dalam locker. Tiba-tiba aku teringat nak gi tea. Aku sudah lupakan Muta yang tak perasan kasut dia kena sorok.

Malam tu aku gi prep macam biasa. Dengar citer orang kecoh-kecoh nampak benda putih kat blok Form 3. Kak Ramlah returns?

Awie tengah study kat PK2. Tiba-tiba ada benda putih melintasi pintu kelas. Sekilas pandang... macam tak jejak tanah. Awie memberanikan diri dia untuk mengekori benda tu (dia berpengalaman masa form 1).

Masa tu ramai lagi tak gi prep. Bayangan putih tu terus naik ke atas (toilet). Lepas tu bila fect on duty dah abih round kelas, bayangan tu turun ke kelas 3pk1. Bila didekati, rupa-rupanya lembaga itu adalah Muta yang masih memakai baju seragam sekolah. Beliau sedang gelabah tak balik lagi dari prep petang kerana kasut dia yang disorok di dalam locker gagal dijumpai.

Aku rasa bersalah.....Ishh.. banyok sungguh dosa-dosa silam aku.

Ada sekali aku jumpa ubat sedut Imran/buncit (ubat lelah/healer). Aku tok tau tu ubat lelah. So aku main-main macam spray nyamuk. Ptg Sabtu aku tengok imran duk tidur dalam kelas merengkok macam tenggiling sebab dia tok jumpa ubat yang aku main-main tu. Kesian dia. Aku tak sengaja.

- as posted by aiwa

Sleeping Beauties

Ada skali tu waktu kelas sejarah ngan jongos a.k.a zulqof a.k.a zulkarnain, kalai lentok kat meja. Pastu jongos jalan pegi belakang kalai, tarik bahu kalai kasi dia duduk tegak, pastu urut.

Sc5 gelak tgk kalai, pastu makin kuat gelak, bukan sebab dia kena urut, tapi sebab dia tgh menggelupur kerana dari mulut hingga meja, terdapat titian air liur yg bergantungan, berayun2. Kalai cuba putuskan titian itu dgn menggoyangkan kepala, namun gagal.

Bila jongos perasan ada sesuatu tak kena, dia intai kalai, pastu

"Heishh ! Pengotor la kamu ni !"

Aku pun penah kena baling duster sebab tido. Pok pek pula penah isap kapur mcm rokok yg diletak jongos kerana tido ternganga. Bila dia terjaga, dia tak perasan ada kapur kat mulut. 2-3 saat baru dia sedar. Anip pun terra gak tido, sbb takde org tau. So bila Sc5 tau dia gunakan kedudukan kat belakang kelas + saiz dia yg minute itu, kitorang pakat2 jerit "bangun semua!" utk tgk dia bangun tergesa-gesa. Tapi dia terpaksa duduk balik cepat2 sbb dia pun ada titian air liur jugak.

Toje ada masalah tido waktu F5. Dia mmg berusaha gila tanak tido waktu sekolah, siap tido awal lepas lights off, namun gagal. Ada skali tu waktu takde kelas, dia pun tido. Meja dia tepi pintu depan skali. Tiba2 sabre rider lalu. Aku duk belakang toje cuba kejut toje tapi tgk sabre wat tak tau je berlalu terus. Terkejut beruk aku bila sabre tiba2 ngintai sambil tersenyum di balik pintu. Kira mcm dia kata "suprise!". Dia tenung toje dgn penuh senyuman. Pastu dia amik pen cucuk muka toje pastu dia nyorok. Pastu intai balik, cucuk muka toje, nyorok sambil gelak2. Lepas toje bangun, dia pun blah. (???) Aku rasa mcm masuk twilight zone lak. Sbb tadi tu sabre, org yg pernah tampar toje waktu srp. Tapi apsal dia wat lawak?

Masalah tido makin kronik bila ada period agama last skali sblm balik. Ada skali ust. rock pun dah bosan, dia tido bersama budak sc5. Tiba2 ust latib lalu terkejut tgk satu kelas tido. Dia baru nak marah tapi ust rock tiba2 bersuara

"Apahal?"

Akibat pitching lari

Pada satu weekend yang ceria…
Delirium (nama band ajaque, awie, radin, jalie and pyan – yang kitorang je kot tau..hehe..) pergi berlatih di studio Zai Am.

Ada la sorang mamat ni join..aku tak ingat sapa…tapi ajaque cam tak suka dia join..
Masa tu F3 pun ada dua orang (Rama ngan ajis (aidil) kot)....berhimpit di bilik yang besor sket (RM15)

Biasa la….lagu warm up mesti la lagu “Bau seperti semangat remaja”

Kitorang pun bermainlah dgn begitu syok sendiri skali..
Namun rupa-rupanya…ada yang lagi syok sendiri..
Mamat yang aku tak ingat nama tadi(dia bukan dari band delirium)…….amik mike and melalak la sepuas hati….mengalahkan kurt cobain…
Sampai sakit tinga suma orang..

And climaxnye…

Fuuuusssyyyhhhh….gedagang!!!!

Ajak membaling drumstick sekuat hati kearah mamat tu sbb suara yang amat tak sedap, lari key, pitching ke laut and so on….
Sib baik tak kena, and sib baik tak kena F3 yang tgh melopong masa tu..

"Kuar!! Kuar!!!",
Ajaque begitu berang sekali….

Dan, mamat itu pun akur..
Yang kelakornye..F3 dua orang tu pun tertunduk-tunduk keluar, sbb ingat ajaque marah and balik drumstick kat diorang..

Hehehe..gitulah….

p/s ko ingat ke awie sapa mamat tu..?? aku serious tak leh recall….Sian pulak nengok…