Saturday, July 15, 2006

Cempedak Goreng 30 sen

Sampai skarang, setiap kali aku beli cempedak goreng aku teringat kisah ni. Masa F1 uncle david jual cempedak goreng tu, bau dia boleh sampai ke dorm c. Memang tak boleh tahan. Tapi apakan daya, mana la ada duit sangat masa tu. 30 sen, dua bijik cempedak.

Maka melilau la aku dan rakan karibku, mengemis sekeliling prep school. Tanya org ni takde duit, tanya org tu pun dah abih wat beli cempedak. Pastu timbul lah akal, bila org sidai seluar kat railing, selalunya lupa check poket. Maka merayaulah kami sekeliling prep school. Memang betul, kalu tengok bawah railing mesti ada duit siling bersepah. Cukup 30 sen je terus gi beli. Berlari2 cari uncle david. Pastu makan dengan lahap, bijik cempedak tu pun aku telan. Pastu merayau lagi, jumpa 30 sen, beli lagi.

Rakan karibku itu sebenarnya adalah ruff. Jadi kalu korang ada terasa banyak ilang pitih masa F1, boleh wat claim ngan dia skarang. Hahahaha....

30 sen, juga harga bagi sekeping kek cekelat hiro. Yg mana kalu gagal gi snack dining hall, boleh wat beli cucur + sirap. Hiro tu hanya utk special occasion. Aku pernah mintak ngan aiwa sket hiro dia. Dia dgn baik hati bagi la, sambil berkata,

"Aku beli 30 sen ingatkan boleh makan 30 sen, tapi ada org tu pulak..."

Memang panas telinga, tapi takpelah, asalkan dapat makan hiro.

5 comments:

Noni Kapet said...

masa baca tu pun, aku dah berdebar. ni sure ada kena mengena ngan aku ni.

ni scheme nak blackmail aku ke ni?

halal berhalal laa woi...

(actually aku rasa tak yah bayar cempedak tu, bukan sebab kita punya cempedak from dining hall ke?)

sawi said...

ha? bila masa lak kita ada ration cempedak? tak kira, mu bertanggungjawab jugak.

e56 said...

haha, ruff cuak...

masa F1, korang ingat lagi ke kertas ada gambar poron (sex position kot)? sapa punya tuh haaa? maybe ruff boleh clarify kot.. haha

sawi said...

jumpa kat stor dorm a. ruff/wong yg jumpa. siap ada secret gathering kat dorm e nak tgk kertas tu. ramai2 kerumun katil ruff gilir2 menatap kertas tu. masa tu aku rasa cam kena kemas stor sbb con atau gotong royong.

Noni Kapet said...

and aku dah move on since then in terms of quality of porns!

don't worry, my collection is a lot better than that ever since...