Thursday, July 27, 2006

Broken Hailer

Waktu kelas add math, kelihatan cikgu mail meronda dari meja ke meja melihat anak2 muridnya tekun menjalankan latihan add math. Dengan gaya memegang 'hailer' dia bertanya

"Ada masalah? mcm mana... ada masalah?"

Tiba di meja aiwa, dia juga bertanya jika aiwa ada masalah tanpa menyedari beberapa titisan liur telah mengalir keluar dari celah2 'hailer' ciptaan beliau.

Aiwa yang terkejut melihat buku latihannya dinodai titisan2 jernih itu, dengan muka terpegun merenung cikgu mail.

Menyedari perkara itu cikgu mail terus berlalu pergi meninggalkan aiwa yg tak abih2 memanggil cikgu utk menerangkan kejadian itu...

"Cikgu...cikgu...apa ni cikgu..."



Di waktu yang lain masa kelas add math, semua budak Sc4 tgh tekun menyelesaikan masalah add math yg payah. Tiba-tiba....

"YES!!!!"

Jerit monger sambil berdiri menggenggam penumbuk kerana berjaya menyelesaikan masalah itu. Semua org terpinga2 termasuk beliau sendiri yg kemudiannya kembali duduk semula.

Di waktu yg lain dan di kelas Sc5, Au Yong telah frust kerana budak Sc5 yg bebal tak dapat menyelesaikan masalah kebarangkalian. Lalu beliau pun menyelesaikan masalah itu di papan hitam. Baru separuh jalan dia berhenti menulis lalu berkata,

"Kebarangkalian adalah subjek paling susah dalam add math"

Lalu dia pun keluar kelas utk bertanyakan kepada Cikgu Tan.

7 comments:

Anonymous said...

Kesian kat cikgu(Au Yong) ni siap bawak kek utk budak sc5 supaya dapat concentrate blaja admath, hampeh!!! Lagi ngantuk ada la, perut dah kenyang apalagi....tido la

Noni Kapet said...

woi tipu laaa au yong tau foo (waa ni bell giler) the add maths sifu tak leh solve add maths question.

ni kalau au yong tahu ni...

ni urban legend je ni, aku refuse to believe. after all au yong recommendkan tuition institut sains zahari....

Anonymous said...

tunggu hucs verified kan...aku tau penah berlaku, tapi piker balik mungkin gak dia nak boost kan moral budak2 ni.

Abu S.H said...

aku tak leh nak verify...tak ingat la plak..maybe aku tgh tido masa tu..or aku tak de dlm kelas...or otak aku dah gi merayau...

e99?? boleh recall??

Anonymous said...

Aku jugak tak percaya how Au Yoong Sau Fan tak leh solve Add maths..keberangkalian dia tak leh solve add maths question is as small as keberangkalian Ustaz Rock jadi English 1119 Lecturer.
Comparison ini bukan untuk merendahkan keteraan Uztadz Rock in English but sekadar menunjukkan keteraan au yong dalam add maths....so how ?

R33F said...

kejadian broken hailer tu masa kat kelas 5sc4 ker? atau masa form 4?

Anonymous said...

seingat aku.. mmg betul ada au yong tiba2 kantoi takleh nak solve add math kat blackboard. tak sure lak subject kebarangkalian ke idak..

rasanya kantoi lebih dari sekali..