Thursday, July 27, 2006

Broken Hailer

Waktu kelas add math, kelihatan cikgu mail meronda dari meja ke meja melihat anak2 muridnya tekun menjalankan latihan add math. Dengan gaya memegang 'hailer' dia bertanya

"Ada masalah? mcm mana... ada masalah?"

Tiba di meja aiwa, dia juga bertanya jika aiwa ada masalah tanpa menyedari beberapa titisan liur telah mengalir keluar dari celah2 'hailer' ciptaan beliau.

Aiwa yang terkejut melihat buku latihannya dinodai titisan2 jernih itu, dengan muka terpegun merenung cikgu mail.

Menyedari perkara itu cikgu mail terus berlalu pergi meninggalkan aiwa yg tak abih2 memanggil cikgu utk menerangkan kejadian itu...

"Cikgu...cikgu...apa ni cikgu..."



Di waktu yang lain masa kelas add math, semua budak Sc4 tgh tekun menyelesaikan masalah add math yg payah. Tiba-tiba....

"YES!!!!"

Jerit monger sambil berdiri menggenggam penumbuk kerana berjaya menyelesaikan masalah itu. Semua org terpinga2 termasuk beliau sendiri yg kemudiannya kembali duduk semula.

Di waktu yg lain dan di kelas Sc5, Au Yong telah frust kerana budak Sc5 yg bebal tak dapat menyelesaikan masalah kebarangkalian. Lalu beliau pun menyelesaikan masalah itu di papan hitam. Baru separuh jalan dia berhenti menulis lalu berkata,

"Kebarangkalian adalah subjek paling susah dalam add math"

Lalu dia pun keluar kelas utk bertanyakan kepada Cikgu Tan.

Wednesday, July 26, 2006

Nota Rahsia

Waktu kelas, kat 5Sc4, aiwa telah menerima sepucuk surat dihantar secara tersembunyi daripada ayul. Di luar surat itu tertulis,

"Jangan bagitau Fadhil....RAHSIA"

Dalam keadaan cemas, aiwa membuka surat itu dengan berhati2 supaya tidak dikesan oleh cikgu yang tengah mengajar kat depan. Mungkin rahsia ini sangat merbahaya kerana perlu dirahsiakan daripada ketua pengawas. Setelah membuka surat, terdapat satu lagi nota kecil bertulis,

"ini tahi hidung.."

dan berhampiran nota itu kelihatan objek2 kecil yang sedang bergolek2.

Sunday, July 23, 2006

Pool Party

Walaupun slalu tak tido mlm, lambat gi sekolah, tido kat prep dan lain2 perkara kemalasan, entah mengapa, batch 94 ni rajin la pulak bangun semayang subuh kat masjid atau saod pada pagi ahad. Kita slalu mulakan hari ahad dgn ceria untuk menghabiskan saki-baki weekend. Salah satu aktiviti pagi ahad ialah mandi ramai2 di swimming pool.

Masa 93, kita slalu buat aktiviti ni, ramai (batch lain) tak tau sbb ramai tido je pagi ahad. Kita lak duk berparti di swimming pool pagi ahad. Piker2 balik mcm geng mafia berkumpul mcm dlm"Donnie Brasco" sbb ada byk karektor boleh dilihat disini. Ada yg duk termenung je kat tepi, ada 2-3 org duk borak sirius mcm ada plan rahsia, tapi selebihnya mcm beruk la.

So ada satu pagi tu seperti biasa kita berkumpul la kat swimming pool. Semuanya batch kita je kat situ. Tiba2 dari jauh ternampak adalah sorang manusia terkinja2 berlari dgn towel ala2 superman dari west wing menuju ke swimming pool. Sampai di gate swimming pool dia pun jerit dgn gembira....

"Wei blah la korang....apsal tak ajak aku......"

Suasana sunyi sepi tiba2. Orang itu adalah mile-8993. Dia juga ternganga bila melihat dia dikelilingi 9094 sahaja. Dalam keadaan hubungan 8993 & 9094 yg dingin itu, semua serba salah tak tau nak cakap apa. Nak ajak dia join skali pun segan jugak. So dia pun terus berjalan ke toilet swimming pool tanpa berkata apa2. Tak lama lepas tu nampak kelibat seseorang panjat gate belakang swimming pool dan balik ke west wing.

nota,
  • gambar swimming pool dari KNO's Fotopage
  • aku tak ingat sebenarnya sapa, tapi rasa2 cam betul kut
  • dia cool actually, tapi sbb hubungan dingin antara batch + kedatangan mengejut tu jadi kelakar la pulak
  • ya, aku kadang2 mmg tak gi training basketball ari ahad.....dan juga beberapa hari lain

Saturday, July 22, 2006

Sue 27

Sapa tak kenal anak dara makcik kantin, SUE. Aku taktau nama penuh dia. Tapi ramai gak yang suka kacau-kacau dia. Ye la, kat koleq mana ada stok pompuan. Jambu bersepah la kan..

Sue memang selalu study atau buat homework dia kat kaunter kantin waktu petang. So, menjadi tatapan ramai la yang datang beli nasi goreng berlaukan sambal daging (pedas gila) waktu sebelum prep petang, tak pun waktu orang tengah lunch kat dining hall. Ada certain hari yang aku tak pergi lunch kat dining hall pasal dah lambat abis kelas, for sure ikan goreng dalam tray dah kena rembat ngan kucing takpun orang.

Scene 1
Ada sekali tu masa prep petang, sue tengah study kat kaunter kantin. Peah & Kalai pegi la usik2 sue. Tanya macam-macam kat sue. Kalai tanya sue,

"Bila your exam??"

Dengan lohgat perak yg pekat, lalu Sue menjawab :

"TWENTI SEBEN"

Hahahah. Kerana tak dapat nak cover gelak depan sue (konon nak polite la), kalai & peah terus LARI sambil gelak terbahak-bahak sampai masuk kelas. Sure Sue terpingga-pingga.

Scene 2
Macam biasa, Kalai selalu datang kantin nampak sue mesti nak kacau sue. Ntah apa tah kalai duk kacau dia, dia tersenyum. Kalai terpaku,

Kalai terpaku kerana ternampak ada secebis cili melekat kat gigi depan sue.

Lepas tu, kes cili kat gigi memang jadi bahan lawak la kat kelas V Sc V.

Aku sampai sekarang, isu cili lekat kat gigi ni dah menjadi satu big turn-off pada aku. Bayangkan la, awek lawa gila, sexy gila, rambut terbang2 ditiup angin. Sekali dia senyum, nampak ada cili melekat kat gigi.

As posted by e99

Spirit of Coin - Part II

Selepas ramai dah pandai main spirit of coin, permainan ni dah jadi macam board game (macam saidina, sahiba) kat kelas V Sc V. Ada sekali tu masa prep petang, V Sc V ada 4 board spirit of coin dimainkan secara langsung.

Selalunya kitaorg dapat spirit yg tak reti nak eja. Pening nak paham. Maybe yang masuk coin tu hantu jepun. Main spirit of coin ni ambik masa dlm 3-4 hari gak nak jumpa spirit yang friendly. Aku tak ingat apa budak2 ni bagi nama kat satu spirit ni. Once dia masuk je. Semua seronok gile. Macam2 la budak2 ni tanya soalan mengarut tapi yang ngerinye most jawapan betul (kecuali soalan toje pasal result exam kimia dia). Dalam ngeri2 tu seronok gak. Itu yang jadi gian tu. Spirit yang friendly ni la jadi org tengah kitaorg bila kitaorg nak panggil dead celebrities suruh masuk coin, ada la dpt panggil kurt cobain, albert einstein etc,

Scene 1 - Prep Malam
Dalam banyak2 spirit yg aku saksikan, spirit Einstein yg paling aku kagum. Setelah dapat dijemput oleh Spirit Org Tengah ni, coin terus gerak punya la laju tak ingat, aktif pusing keliling board. Banyak kali jari terlepas pegang coin tu (bahaya kalau terlepas pegang, pasal ada orang cakap coin tu akan boleh terpelantik dan spirit tu akan muncul). Mula2 suruh Einstein eja nama dia, laju gila dia eja. Takde nye pergerakan mencari huruf, coin dia bergerak straight ke huruf ke huruf. Kamjat gak la.

Then, kami suruh dia eja formula dia yg famous tu, laju je coin gerak ke petak huruf "E" then coin pusing laju gila keliling board macam cari something. Semua jari budak2 yg pegang tu dah berpeluh kerana tak dapat mengawal pergerakan. Nasib baik sapa ntah boleh tanya spirit tu, Are you looking for the equal sign?? Coin tu straight ke "Yes". Then, coin tu laju straight ke "M", "C", then sekali lagi, coin pusing keliling board laju tak ingat punya. Masa tu sapa ntah jerit ? Goto the number, goto the number ?. Zzuupp coin ke petak "2". Rupa-rupanya dia cari "kuasa dua".

Believe it or not.

Scene 2 - Big School
Masa ni, main Spirit of Coin dah jadi melampau. Ramai sangat yg main. Masa tu jualan manila kad laku kat koop. Even budak F3 pun join F5 main spirit gak. Ada satu malam, satu spirit dah kasi last warning yang kita ni dah melampau sangat. Yang aku ingat kita ada terima threats yang hantu2 ni akan balas dendam dan merasuk budak dan ada yang akan dibunuh.

Bila dah kena warning macam tu, semua orang jadi takut. Malam tu gak (masa tak ingat, yang pasti selepas lights off) aku ada dengar bunyi mengilai masa aku jalan kat tangga Dorm 21. Then aku lari pergi common room overfloor, ramai orang berkumpul kat situ, baru lepas main spirit dan kena warning. Masa lepak kat corridor overfloor, tiba2 kami nampak ada satu kereta mercedez putih masuk koleq dari entrance kat pavi then pusing big school 2 kali. Kami nampak ada dua orang dalam kereta tu, sorang tu pakai lebai haji. Masa tu seram gila.

Aku pun lari la ke dorm 19 aku. Sampai je dorm, aku terus kejut F3 aku pasal nak suruh kejutkan aku pukul 6.45am pagi nanti. Tak pasal2 budak F3 ni melompat terkejut. ?Eh Bang! Bukan tadi abang dah tido dalam kelambu katil abang ke?? Aaarrgghh sudah? aku check katil aku, cadar masih lagi stretch.. sapa pulak tadi dalam kelambu aku?

As posted by e99

Saturday, July 15, 2006

Cempedak Goreng 30 sen

Sampai skarang, setiap kali aku beli cempedak goreng aku teringat kisah ni. Masa F1 uncle david jual cempedak goreng tu, bau dia boleh sampai ke dorm c. Memang tak boleh tahan. Tapi apakan daya, mana la ada duit sangat masa tu. 30 sen, dua bijik cempedak.

Maka melilau la aku dan rakan karibku, mengemis sekeliling prep school. Tanya org ni takde duit, tanya org tu pun dah abih wat beli cempedak. Pastu timbul lah akal, bila org sidai seluar kat railing, selalunya lupa check poket. Maka merayaulah kami sekeliling prep school. Memang betul, kalu tengok bawah railing mesti ada duit siling bersepah. Cukup 30 sen je terus gi beli. Berlari2 cari uncle david. Pastu makan dengan lahap, bijik cempedak tu pun aku telan. Pastu merayau lagi, jumpa 30 sen, beli lagi.

Rakan karibku itu sebenarnya adalah ruff. Jadi kalu korang ada terasa banyak ilang pitih masa F1, boleh wat claim ngan dia skarang. Hahahaha....

30 sen, juga harga bagi sekeping kek cekelat hiro. Yg mana kalu gagal gi snack dining hall, boleh wat beli cucur + sirap. Hiro tu hanya utk special occasion. Aku pernah mintak ngan aiwa sket hiro dia. Dia dgn baik hati bagi la, sambil berkata,

"Aku beli 30 sen ingatkan boleh makan 30 sen, tapi ada org tu pulak..."

Memang panas telinga, tapi takpelah, asalkan dapat makan hiro.

Friday, July 14, 2006

Spirit of Coin

Masa musim kejahilan main spirit of coin, butcher ajak main. Dia pun cepat2 lukih board utk spirit tu. Pastu start la panggil roh (haha) Tak lama pastu bila coin ni dah start gerak2, ianya melilau tak tentu pasal. Ejaannya jadi mcm mengarut. Semua dah risau.

Tak lama pastu baru perasan, board tu takde huruf "N".

Pastu nak repair la board tu, kononnya kena la hantar spirit tu balik ke "HOME". Kalu tak nanti spirit tu kluar dari coin (haha) Tapi coin ni melilau jugak. Ah..hantu ni tanak balik ke. Tengok2, "HOME" pun tak dak. Sure bengang spirit mana yg masuk coin tu.

Di masa yg lain toje main spirit coin, sambil tu dia tanya result kimia dia. Esoknya dgn gembira dia tanya cikgu kimia,

"Cikgu, spirit of coin cakap saya dapat A1 kimia. Betul ke?"

"Mmmm...aa, maaf, awak fail"

Thursday, July 13, 2006

Jangan ketawa bila nak makan

Satu petang di hari ahad, aku berjalan ke kapet untuk mengisi perut. Dlm perjalanan dari Pavi aku terserempak noradli parsada dari arah bertentangan di kolam renang bell belakang West Wing. Aku cuba menegur, tapi dibalas dengan wajah yang bengis. Matanya merah menyala.

Menghampiri kapet aku terdengar hilai tawa pelanggan2 setia kapet. Apabila masuk ke kapet, aku tengok pada lantai laluan tengah ke kaunter kapet dipenuhi dengan mangkuk dan maggi yang berselerak. Semua orang tengah gelak sakan.

Ceritanya, maggi tu noradli yg punya. Lepas maggi telur dia siap, dia seronok sangat nak makan. Dengan muka riak dia tayang maggi dia kat org lain yg tengah tunggu order. Pastu dia ketawa sambil berjalan, ha ha ha ha…..

Zup! Bedebuk!

Jatuh terlentanglah adli dgn mangkuk maggi kat mukanya.

Sirap di atas padang

Seperti kebiasaan petang, Ayul dan rakan-rakan Form 5 lain beriadah di halaman Asrama Besar untuk bermain bola sepak bersama junior Form 3.

Dan seperti kebiasaan, Ayul yang seperti Marsyal Yau (Alam Perwira) akan memerintahkan Form 3 untuk membeli sirap bungkus di Capet.

"PEGI BELI SIRAP KAT AKU. AKU HAUS. KO PAKAI DUIT KAU !"

Lepas dapat apa yang dihajati, Ayul bermain bola dengan tangan kanannya kemas menggenggam tali ikatan air sirap yang dibeli. Beliau menggelecek pemain pertahanan dengan air sirap terhoyong hayang yang kadangkala mengenai muka pertahanan. Selang beberapa saat, beliau menyedut air sirap dan kembali menggelecek.

Tidak lama kemudian...

Sedang pihak lawan pula sedang menggelecek ...Tiba-tiba...THUDD !! Satu rembatan yang mengenai air sirap Ayul... Lantas terlepaslah air sirap berkenaan dari tangan Ayul dan jatuh ke tanah.

Dengan selamba, semua orang gelak sakan (termasuk Form 3 yang lupa dengan sikap semulajadi Ayul yang bengis terhadap junior yang dianggap hanya sebagai Kura Naga sahaja) Hilaian ketawa semakin kuat.

Ayul yang sedang marah (dlm mata ada api) memerhatikan mangsa terdekat.

Yaaa.... kelihatan Capoe sedang ketawa gila !!! Hahaha...Seronok ketawa ya...

Lalu Ayul lantas mencapai Mejar Capoe dan telah mengenakan buah lutut beberapa kali (seperti Sagat - street fighter) Thuk ! Thuk ! Thuk ! Tanpa belas kasihan. Tanpa balasan dari Capoe.

Suasana hening untuk beberapa ketika. Dan petang itu, semua orang main dengan penuh ketakutan.. (Biarla Ayul sorang yang gelecek bola itu)

- from toy's recollection
- written by aiwa

- Nota gambar hiasan
Ken (capoe) terbungkang kena belasah ngan Sagat (ayul) menggunakan teknik "Tiger Crush atau Tiger Knee"

awi says - hanya kerana sirap...

Tuesday, July 11, 2006

Encounter With The 5th Kind: KR

Necessary Background Reading
  • KR - short form for "She Who Must Not Be Named", a spooky character feared even worse than Voldemort who (or which?) wrecked havoc in koleq in 1990-1991. Conventional wisdom at the time believed (and concluded) that she (or it?) was a wild spirit.
  • NA - short form for the equivalent of Wormtail (servant to a villainous Dark Lord), a batch member of Class of 94 who fell victim to KR's wandering spirit and befriended her (or it?) during the period of 1990-1991
  • Wonggek - a Mad-Eye Moody-like character, a member of Class of 94, who was and is really mad. Among his many accolades were the break in of AVA room, the phone tapping scandal that cost thousands to koleq, underground "bisness order" that went as far as Prep School and New Hostel from its Pavi base
  • Ja - (hmmm tak dak laa pulak character from Harry Potter yang aku boleh assign to Ja!) Budak Teghanung spek mate besor (imagine Nobita, suara kasar, gelak sampai lelah, itulah Jasmang Hassang)
  • Prefect A - Chief Spiritual Leader among the prefects at Prep School 1990, who in a way fancied himself as Dumbledore, but when it comes to KR, was more like Ron ha ha
  • Prefect B,C,D ,E- all other prefects at Prep School

Venue : Prep School vicinity, gymnasium and padang Prep School

Date/Time: Satu malam dalam tahun 1990, dalam pukul 2 am

PENAKUT WARNING: Ni bukan cerita kelakar or bell, ni cerita hantu.

Prep School in 1990 was in a way made memorable not because of many sweet memories, but the one experience that not many batches had had the "privilege" to go through. In our midst was a case of Prep School vs. KR - though the extent of the truth, or the manner of possession could never be ascertained.

I had never witnessed any physical or material evidence that could substantiate the truth in the claim that NA was possessed and a wandering spirit, referred to as KR, was roaming free - except this one experience that I was forced into (of which I am going to tell next). But it was a sensational story in koleq and we were still asked about the story even after we had reached Form 4.

NA sat in front of me in 1 PK 1 and I was his class monitor. His deskmate was R. Awie was deskmate and behind me were the two fatsos - Epit and Taufik.

I cannot recall much the beginning of the year until the news/story was belatedly told to me, despite the fact that I was seating right behind NA and was his class monitor. Like many F1s, I was too engulfed with my own home sickness (and the overthrowing of Rembell did take some efforts too ha ha).

What triggered the attention was R suddenly leaving the school. R was Prefect E's favourite, some sort of murid contoh to all of us. Me, on the other hand, is a nightmarish character for some of them. R and NA kept counsel to themselves and though they seemed to be very close between them, they were remote figures to us in 1 PK 1.

I was also very much still attached to my Teghanung clique, whose notoreity was only rivaled by Utagha clique. We were told from the very beginning by the prefects that "cliques" were not good - and it didn't help when Wonggek kept on shouting "astaga walgelebek nyeng was stepek wek" to the unamused batch; or picked a fight with Ameoba early in the year ha ha. To cut things short - we were the first candidates for "potential trouble makers".

I cannot recall much what had happened when KR allegedly ran amok. There were many nights we had to sleep in the surau, or when we had to recite Yassin non-stop (though there were occasions I blissfully slept in the sick bay unaware of what was alleged to have taken place).

KR was also spin-savvy.

There were a series of threats issued through letters, naming particular prefects, with Prefect A high on the hit list - as next "targets". You can imagine the atmosphere of spookiness engulfing the whole batch and how perhaps innocent stories evolved into urban legends that survive till this very day - of timid and weak boy, when possessed, became super strong that could jump a high window or break doors, or over powered 10 people etc. etc.

What I can be sure was that by the time it was all over, the real facts were too muddled with made up stories that it was very difficult to sift the truth from myth. I reiterated that I had never witnessed anything physical that can substantiate any of the claims.

Things went on like this until at one point, I guess the school decided to act on it considering the disturbance it created.

So one night, Wonggek, Ja and me (most probably Toje too, since Awie claimed he wasn't among us - the only other celebrated members of the clique were Zadin and Toje, but I was sure it wasn't Zadin, so must be Toje) were summoned for an audience with the high and mighty Prefect A. We were told we had an assignment and were given a term of reference - the details of which all escaped my memories now. Tracing back, I guess we were told to follow NA in one of his nightly errand to meet KR - since he (NA) had been waking up in the middle of the night wandering around for some time already.

I guess they needed some material witnesses who can related what actually happened, or corroborated some of the claims. Looking back, I know my value to my prefects then ha ha - "send in the scums who we can afford to lose ha ha".

My relationship was cordial with NA (even after we parted from koleq), so when one of us met him (I must remind you this is at 2 am) and told him we wanted to join him to play volleyball (he played volleyball then) - he did not object. I was quite surprised at how casually he took the whole thing - as playing volleyball in darkness at 2 am in the morning, in anticipation of an appearance of a wandering spirit; is not something you do every day.

So off we went, walking from Dorm C.

It was 2 am so the night was quiet.

But I have to say one of the spookiest moments of my life happened right when NA and us stepped outside Prep School boundary towards the tarmac in front of surau - for suddenly the dogs began barking (anjing betul la, bukan yang kat cube). All of a sudden dogs around the KK town began barking and I would be lying if turning back did not cross my mind. I can't remember what was the motivation, but somehow we went on walking towards the gymnasium amidst the loud barking.

NA was quiet all along.

We went on to play and did some digging, picked the ball etc. (the fact that it was played in front of gymnasium, the venue for so many horror movies e.g. the half human, half wolf character often associated with gymnasium compounded the spookiness).

I can't remember (banyak laa yang aku tak ingat) how long we played, but all of a sudden NA wanted to run. So we the dumb ass had to follow him and off we went again to padang Prep School.

I think we were in the process of "warming up" (don't laugh, I know I am fat now) when suddenly it seemed the cows that were sleeping around padang Prep School were running towards the small gate connecting to Azizam's house (before the present F4 block was built). It was then that I recalled that NA mentioned something about KR dah sampai - and it was then that we could not take it any longer and decided to excuse ourselves and went back to Prep School.

Till this day, I am not sure whether it was a figment of my imagination (that part with the cows) or it really happened. I think the only sound that was so loud at that time was my own heart-beat. I don't think the 4 of us (cheee waaah macam cerita Sleepers laa pulak) ever spoke at length to compare notes - so if Wonggek, or Ja could substantiate my version, it would be good. I can put to rest once and for all whether it really did take place, or was my own imagination.

But the part on the dogs barking was real - and I considered that as a material proof that there was something spooky, whether or not all the urban legends did take place. The fact that I never encountered NA's transformation or super human strength cannot make me forget the spookiness of the night (or ponder on whether the decision to send us as guinea pigs that night was really wise - regardless of what some people's perception of the bleakness of our future in koleq was).

Taukeh Minyak

Fadli called from LA just now, so while talking terkeluar lah this story about dia jual minyak. Since it was so "menjelekkan", I must make a point to post as soon as possible lest I forget.

Timeline: Balik koleq for Speech Day 1995 (our first summer)
Venue: Koleq (yaaa haaaa), Pavi to be specific
Actors: Moi, Allen, Fadli, Chamat, Jita, Madad, Aslam, Fazurin etc.

We went back for the Speech Day and it was the first time we came back to koleq since SPM. Some of us left for overseas before the results were announced, so it was like making a grand entrance back to koleq (well not yours truly who screwed up pretty badly ha ha).

Anyway, biasa laah balik koleq kan, especially senior2 yang dapat scholarship, dapat prize masa Speech Day and so on - ada laa 2-3 orang yang tanya khabar.

The planning took a while back before kitorang balik Tanah Melayu lagi pun. Jita, myself, Allen and Fadli were in the same school in Scotland and the exact details of our return to koleq occupied a substantial portion of our post exam free time during A-Levels.

Anyway, to cut the story short - while some of us were quite realistic in what we wanted to do to "melepaskan geram and rindu balik koleq" (e.g. makan cendol, jumpa cikgu, jumpa ex-jambu etc.), Fadli (yang record masa Form 5 "clean" sangat sebab kerja menjual minyak tak habis-habis either to junior or senior) dengan istiqamah-nya maintained his policy position as follows:

"Aku malu laaa nak balik koleq lama-lama. Aku nak masuk sekejap je, jumpa cikgu and cabut. Tak nak jumpa junior ke sapa-sapa"

(Awal2 lagi kitorang dah shout whole-heartedly: YEAHHH RIGHT)

Anyway, summer pun sampai laa and kitorang balik laa koleq, duduk kat bilik Jaqman (to those the uninitiated ones - ni Cikgu, nama dia Razak Rahman, tapi sporting ngan kitorang so lepak macam member) kat Pavi tu (masa tu tak berduit lagi so boleh lah tolerate jamban kotor koleq, tak macam last reunion when jamban Safari pun still di-classify as kotor).

Dah habis ambik prize semua, kitorang (aku, Chamat, Fazurin, Jita, Aslam, Allen etc.) pun plan lah nak gi tengok wayang ramai-ramai, sebab masa tu Braveheart tengah showing. Ye lah kan, baru balik from Scotland (which mak cik kantin masa tu cakap "kat Amerika nooo..." lepas aku cakap aku kat Scotland lepas dia tanya aku kat mana masa tu..) sure laa nak eksyen pasal Scots' national hero. After all one of the first things we visited in Scotland was the Wallace Monument in Stirling.

So kitorang pun ajak laa Fadli, after all ni dah plan berbulan-bulan ni.

Tiba-tiba je Fadli tak sedap badan pulak, macam nak demam. Dia jawab:

"Aku demam laa, korang pegi laa aku nak berehat"

Aku dah giler pelik sebab tadi masa Speech Day, amboi tak ingat dunia senyum sana senyum sini, snap sana snap sini - tiba-tiba dah tak sihat. Tapi husnul dzan punya pasal, kitorang pun tak tanya panjang and pi lah tengok Braveheart kat Capitol.

Sekonyong-konyong kemudian (lebih kurang 3 jam lepas tu), dah dekat2 dengan games hour dah, kitorang pun balik.

Aku dari jauh boleh merasakan jalan licin seolah-olah minyak tumpah, I wouldn't have been surprised kalau ada lori terbalik depan crossing koleq tu.

And then - dari jauh nampak macam ada sekumpulan budak2 muda tengah lepak kat payung bawah Pavi tu (ni masa still ada payung besi bawah besi).

Maka tahu lah kitorang bukanlah lori yang terbalik - tapi ada orang tengah jual minyak dengan junior2 and jambu2 from Class of 96 (masa tu aku vividly remember Shihab ada sekali). One part of the mystery dah solve i.e. bukan lori terbalik ada orang jual minyak, cuma nak tahu sapa laa yang jual minyak.

Kitorang punya lah nak muntah bila tengok di celah2 budak2 junior ni ada lah Fadli yang tak sedar kitorang tengah peghati dia, so kantoi laaa dia tengah jual minyak tak ingat dunia.

Yang jual minyak tu tak de lah kisah lagi, tapi the fact that dia sanggup pura2 sakit sebab nak bolot all the time kitorang tak de nak jual minyak........ kalah taukeh minyak Aramco macam ni!

So lepas tu, kalau Fadli cakap dia malu nak balik koleq, kitorang muntah on the spot. Most of the time kalau balik koleq melibatkan dia, kitorang discount ajak dia tengok wayang....

Monday, July 10, 2006

Double "Aaoooowwwhhhh !!"

Kelas : 2PK2
Period : Kelas Gazza (perdagangan?)

Wawa duduk row depan, paling kanan dekat pintu. Di belakangnya adalah geng tengkorak maut - ajiz, azim chan, ajak dll. Tiba2 kedengaran bunyi kentut.

"Aaaooowwwhhh !! Hahaha wawa kentut !" (suasana kecoh dengan hilai tawa meraikan wawa kentut.

Pastu, ghazi suro semua diam. Semua senyap dan sambung belajar...tetapi tidak berapa lama selepas itu,

"AAAOOOWWWHHH !!!!! Woi busuk gila ah!"
"Uweekk!!!"

Kesan sampingan kentut yg lambat.

Friday, July 07, 2006

"Abang Butcher......Gedebe!"







Jangan Main Mercun
Sabri dan Busu a.k.a aiwa & safarel

Masa bulan posa 94, main lawan mercun pavi vs big school/west wing. Ending dia budak pavi nak abiskan dgn mercun "Air Bomb" yg mahal dibeli oleh butcher. Mercun itu diletak di padang kecik antara pavi ngan court tennis yg bell. Warga pavi tanpa mengira batch beratur di koridor bersama2, bersorakan dengan gembiranya mcm beruk utk memberi sokongan. Butcher dgn bangganya berjalan megah ke arah mercun untuk dinyalakan.

Apabila butcher tiba di mercun itu, dia melambai2 kepada penyokong2nya. Dan apabila dia mula membakar sumbu mercun itu, sorakan bertambah hebat. Dalam kekecohan sorakan itu, beliau tidak tahu apa benda yg dijerit oleh beruk2 pavi ini. Cuma apabila sumbu telah menyala, maka terdengarlah suara kecil yg langsing & nyaring disebalik suara2 bass yg lain, suara F3 Hafiz Mat Jusoh.

"Abang Butcher......Gedebe!"

Tatkala itulah butcher mengangkat kepala dan melihat kelibat seseorang sedang menanggalkan tali pinggang di gajah menyusur. Maka bertempiaranlah sekalian manusia diiringi jeritan gedebe dan cahaya kilat dan letupan mercun yg hebat itu.

MCCC Movie Award

The Shining (1980) - Jack Nicholson
  • Berjaya menarik penonton turut serta dlm movie. Semua kecoh gila bila budak main beskal tu berenti depan pintu bilik berantu tu. Ada yg jerit "Blah la bodoh! Bahaya!"
  • Pastu ramai start conteng "REDRUM" merata tempat.
  • Ada part bogel, tapi tiba2 bertukar jadi mayat kembong. Ahh..potong stim gila
Footloose (1984) - Kevin Bacon
  • Cerita ni biasa je, tapi aku tau la'ba tengok wayang citer ni. Puncanya aku bagitau dia footloose ni citer horror mengisahkan seorang pemuda yg hilang kaki nya digilis ketapi. Kemudian kaki itu berjalan sendiri mencari tuannya sambil membunuh penduduk tempatan. (tah cemane kaki tu nak bunuh org pun aku tak tau)
  • Aku tak tengok, gi prep. Aku wat promosi kat la'ba je.
The Pink Panther (tak sure yg mana satu)
  • Ramai gi tengok (termasuk aku) sebab ingatkan citer katun. Maka duduklah kat padang depan bargreaves ball tu sbb hall takleh guna. Alih2 citer penyiasatan bell gila 70's.
  • Baru skarang aku tau, rupanya inspector tu cari diamond yg ada flaw rupa mcm panther kaler pink. Actually katun pink panther berasal dari citer ni.
The Terminator (1984) - Arnie
  • Ada part poron. Robot2 tu tak kesah ngat.
Spaceballs (1987) - Mel Brooks
  • Frust tak dapat tgk waktu F1. Aku tak ingat reason fect tak bagi tgk. Semua monyok je muka kat prep.
  • 2-3 tahun pastu dapat tengok balik. (ke aku tengok kat tv?)
Aku rasa list ni panjang lagi. Sapa2 tolong sambung kat comments.

Baiklah monyet!!! and 1991 U14 SBP Karnival other stories

Occasion : SBP Zon Utara – 1991
Location :Syed Putra, Kangaq, Peghelih

Time: Arrival day (Thursday petang kot)
A group of Koleq contigent gi makan malam…..
Suma gi amik tray…..makan, gelak2..borak2..
Habih makan…suma blah..tinggal tray atas meja , sbb kat koleq tak yah angkat..
Org keja dining hall punye lah bebulu….and yang kena marah budak2 koleq yang makan kemudian dari the first group…

Time: Berak Time
Location : Toilet
Buntut di hurungi nyamuk sepanjang sessi berak

Time: Final Hockey
Badut nak amik penalty flick , tapi dia over confident..
Sebelum amik, siap sempat toleh kat supporter, and then,,garu bontot..
Bila amik……tak masuk!!!!
Sia2 je dia jadi glamer masuk warta SBP hari tu…


Time : around 7:30am
Location: Dorm tempat menumpang
Seperti biasa, budak2 F2 yg terlepas dari kandang NH, mula menunjukkan belang. Tak kurang jugak budak F1 yang beberapa kerat.
Aku tak sure brapa orang yang semayang subuh hari tu but maybe close to 90% tak bangun untuk semayang Subuh.
Sungguh teruk skali…
So, bebudak STAR Ipoh (who was staying across the balcony) pun polak la nengok gaya budak koleq ni….
Salah seorang pun menjerit, “ Woi Kafir! Bangunlah”
Kitorang pun buat tak kisah..malas nak layan..
Suddenly…..selepas beberapa kali di provoke ajaque pun dengan selambanye menjawab “Baiklah monyet!!!!!” (ala2 kartun sang kancil dengan monyet yang amat popular satu ketika dulu)

Of course it lead to the spark between the two rivals, sampai ke final Tenis. (ada ke patut, antara sport yang paling civilized, jadi medium supporter nak bergadoh…..hehehehe…)
Tapi we had the last laugh la kan……Sungguh Gemilang Kolejkuuuuu….

Ada satu lagi quote “Biarkan dia coba” – budak ragbi SEMESTI

Final result:
Tenis – Champion
Hockey – Champion
Chess – First runner up
Footbal – semi-final (or izit first runner up???)
Ragbi – x sure…….

As recalled by Badut and ditokok tambah by Pyan

Sapa nak tolong tambah??

Thursday, July 06, 2006

Ikan bakar & Ular!

Year: 1993
Location: Lab Bio & Taman Sains sebelahnyer
Time: Pagi


Pasal ikan bakar nih aku tak ingat sapa punyer idea.. tapi ada laa 3-4 orang budak 4Sc.2 diskas camna nak tangkap ikan dalam kolam kat tengah2 taman sains tuh.. Nak pakai tali rafia laa.. Nak pakai ubat stapler as mata kali laa.. Tak masuk akal lansung!! Tapi ntah cam mana, ada laa sorang mamat nih telah berjaya menangkap sekor ikan dan kuar laa idea utk buat ikan bakar fresh menggunakan penunu bunsen!(Ikan tu letak atas tungku kaki 3 jer, takde alas apa2) Aku rasa ikan tu macam ikan talapia, kalau ikan kap ada orang sanggup makan ker?!(dah laa air kolam tuh hijau pekat) So lepas bakar ikan tuh dalam lab bio dan agak2 dah masak, tiba lah masa utk makan.. Haram takde sorang berani nak start dulu.. Last2 sorang volunteer utk test rasa.. "Manissss..." Kata beliau dengan muka penuh tak yakinnyer... so masuk tong sampah laa ikan tu akhirnya..

Cite ular nih laks jadi pada hari lain.. Citenyer gini, aku, Indra aka Safarel dan Rohaizal(dia duduk koleq tak sampai setahun pastu chow balik perlis,F4 baru) tengah ronda2 taman sains carik apa2 serangga yg bleh dieksperimenkan utk kelas bio.. Kalau korang ingat, ada satu shack atau hut kecik tempat simpan barang kat dalam taman sains tuh.. kecik jer dalam 5kaki x 5kaki.. So Rohaizal ngan Safarel masuk dulu dan aku laks lepak kat pintu masuk shack tuh.. tengah diorang selak2 barang dalam tuh, Rohaizal gi selak 1 tile bumbung atas tanah.. rupa2nya ada ular melingkar bawah tuh(Rohaizal claim ular kapak lepas tu, macam laa dia kenal ular kapak tu rupa camner).. Rohaizal pon melompat laa apa lagik, kemudian pusing ke aku dengan muka paniknyer menjerit "ULARRRRRR!! Lari!! Lari!!" Safarel yg tak nampak pon ular tu pon cuak sama dan cuba kluar tapi aku block diorang dua tu dari kluar seraya berkata
"Mana? Mana? Mana??? Tak nampak pon!!"

5 saat lepas tu kitorang bertiga dah ada dalam lab bio tercungap2.. Rohaizal & Indra marah aku apsal tak lari cepat2.. Aku cakap aku tak puas hati tak dapat tengok ular tuh.. hahahah..

Dosa-dosa Silam Aiwa - Maafkan Aku !

Aku dah tak ingat sangat macamana cerita ni boleh berlaku. Yang aku tau, pada masa tu aku mmg deskmate Muta. Kitorang gurau-gurau waktu prep ptg. Lepas tu aku sorokkan kasut muta dalam locker. Tiba-tiba aku teringat nak gi tea. Aku sudah lupakan Muta yang tak perasan kasut dia kena sorok.

Malam tu aku gi prep macam biasa. Dengar citer orang kecoh-kecoh nampak benda putih kat blok Form 3. Kak Ramlah returns?

Awie tengah study kat PK2. Tiba-tiba ada benda putih melintasi pintu kelas. Sekilas pandang... macam tak jejak tanah. Awie memberanikan diri dia untuk mengekori benda tu (dia berpengalaman masa form 1).

Masa tu ramai lagi tak gi prep. Bayangan putih tu terus naik ke atas (toilet). Lepas tu bila fect on duty dah abih round kelas, bayangan tu turun ke kelas 3pk1. Bila didekati, rupa-rupanya lembaga itu adalah Muta yang masih memakai baju seragam sekolah. Beliau sedang gelabah tak balik lagi dari prep petang kerana kasut dia yang disorok di dalam locker gagal dijumpai.

Aku rasa bersalah.....Ishh.. banyok sungguh dosa-dosa silam aku.

Ada sekali aku jumpa ubat sedut Imran/buncit (ubat lelah/healer). Aku tok tau tu ubat lelah. So aku main-main macam spray nyamuk. Ptg Sabtu aku tengok imran duk tidur dalam kelas merengkok macam tenggiling sebab dia tok jumpa ubat yang aku main-main tu. Kesian dia. Aku tak sengaja.

- as posted by aiwa

Sleeping Beauties

Ada skali tu waktu kelas sejarah ngan jongos a.k.a zulqof a.k.a zulkarnain, kalai lentok kat meja. Pastu jongos jalan pegi belakang kalai, tarik bahu kalai kasi dia duduk tegak, pastu urut.

Sc5 gelak tgk kalai, pastu makin kuat gelak, bukan sebab dia kena urut, tapi sebab dia tgh menggelupur kerana dari mulut hingga meja, terdapat titian air liur yg bergantungan, berayun2. Kalai cuba putuskan titian itu dgn menggoyangkan kepala, namun gagal.

Bila jongos perasan ada sesuatu tak kena, dia intai kalai, pastu

"Heishh ! Pengotor la kamu ni !"

Aku pun penah kena baling duster sebab tido. Pok pek pula penah isap kapur mcm rokok yg diletak jongos kerana tido ternganga. Bila dia terjaga, dia tak perasan ada kapur kat mulut. 2-3 saat baru dia sedar. Anip pun terra gak tido, sbb takde org tau. So bila Sc5 tau dia gunakan kedudukan kat belakang kelas + saiz dia yg minute itu, kitorang pakat2 jerit "bangun semua!" utk tgk dia bangun tergesa-gesa. Tapi dia terpaksa duduk balik cepat2 sbb dia pun ada titian air liur jugak.

Toje ada masalah tido waktu F5. Dia mmg berusaha gila tanak tido waktu sekolah, siap tido awal lepas lights off, namun gagal. Ada skali tu waktu takde kelas, dia pun tido. Meja dia tepi pintu depan skali. Tiba2 sabre rider lalu. Aku duk belakang toje cuba kejut toje tapi tgk sabre wat tak tau je berlalu terus. Terkejut beruk aku bila sabre tiba2 ngintai sambil tersenyum di balik pintu. Kira mcm dia kata "suprise!". Dia tenung toje dgn penuh senyuman. Pastu dia amik pen cucuk muka toje pastu dia nyorok. Pastu intai balik, cucuk muka toje, nyorok sambil gelak2. Lepas toje bangun, dia pun blah. (???) Aku rasa mcm masuk twilight zone lak. Sbb tadi tu sabre, org yg pernah tampar toje waktu srp. Tapi apsal dia wat lawak?

Masalah tido makin kronik bila ada period agama last skali sblm balik. Ada skali ust. rock pun dah bosan, dia tido bersama budak sc5. Tiba2 ust latib lalu terkejut tgk satu kelas tido. Dia baru nak marah tapi ust rock tiba2 bersuara

"Apahal?"

Akibat pitching lari

Pada satu weekend yang ceria…
Delirium (nama band ajaque, awie, radin, jalie and pyan – yang kitorang je kot tau..hehe..) pergi berlatih di studio Zai Am.

Ada la sorang mamat ni join..aku tak ingat sapa…tapi ajaque cam tak suka dia join..
Masa tu F3 pun ada dua orang (Rama ngan ajis (aidil) kot)....berhimpit di bilik yang besor sket (RM15)

Biasa la….lagu warm up mesti la lagu “Bau seperti semangat remaja”

Kitorang pun bermainlah dgn begitu syok sendiri skali..
Namun rupa-rupanya…ada yang lagi syok sendiri..
Mamat yang aku tak ingat nama tadi(dia bukan dari band delirium)…….amik mike and melalak la sepuas hati….mengalahkan kurt cobain…
Sampai sakit tinga suma orang..

And climaxnye…

Fuuuusssyyyhhhh….gedagang!!!!

Ajak membaling drumstick sekuat hati kearah mamat tu sbb suara yang amat tak sedap, lari key, pitching ke laut and so on….
Sib baik tak kena, and sib baik tak kena F3 yang tgh melopong masa tu..

"Kuar!! Kuar!!!",
Ajaque begitu berang sekali….

Dan, mamat itu pun akur..
Yang kelakornye..F3 dua orang tu pun tertunduk-tunduk keluar, sbb ingat ajaque marah and balik drumstick kat diorang..

Hehehe..gitulah….

p/s ko ingat ke awie sapa mamat tu..?? aku serious tak leh recall….Sian pulak nengok…

Wednesday, July 05, 2006

The Friendly Midnight Caller

Bila tukido ada duit baki lepas wat call order nasi kat public phone waktu malam, dia akan buat friendly call secara rawak nombor penduduk tempatan kuala kangsor. Nombor ni lagi rawak dari no. lucky draw waktu dinner 2005.

Tut..tut......tut..tut..... <---bunyi dial tone

Org kuala : Hello....(suara makcik tua, lemah, baru bangun tido)
Tukido : Hello...Ha Ha Ha...
Org kuala : Hello... siapa ni ?
Tukido : Ha Ha Ha, aku lah serigala malam.. HAH HAH HAH !
Org kuala : Siapa ni ? Kenapa ganggu saya ?
Tukido : PAH ! PAH ! PAH ! <---ni suara dia jerit2 ngarut dia stail geng tengkorak maut
Org kuala : Kenapa ni ?
Tukido : PAH ! PAH ! PAH !....

tuuuuuuuuttt....

p.s - aku tak sure dia kata serigala malam ke drakula malam. anyway, sgt jahat lagi kejam.

TENS..

Overheard on the rugby pitch...

Mark Howell (the Kiwi appointed as Koleq's rugby coach) : Hussein (Blanka), how many minutes we have left?

Blanka, dengan muka selamba, sambil mengembangkan kesemua jarinya, dengan confidentnya menjawab, "...TENS..."...

Last Action Hero

Year: 1994
Location: Lab kimia bawah library
Time: Pagi
Class yg terbabit: 5 Sc.4


On 1 fine morning.. Clear skies.. Kelas 5 Sc. 4 ada double period kimia.. So bila loceng bunyik kitorang pon gerak laa ramai2 gi lab.. Bila masuk kelas, kitorang tak bau apa2 lagik, tapi bila semua dah seated baru laa perasan ada bau GAS.. Cikgu (cikgu pompuan cina aka Lalat < dari recollection E116) pon ada tanya kelas ada bau tak.. Lepas check setiap gas valve atas meja masing2, memang takde yg terbukak so proceed laa dengan kelas..

Eksprimen hari tuh melibatkan kertas turas tapi aku tak sure ada melibatkan api ke tak tapi konpem ada budak 5 sc. 4 yg started the explosion! Sebabnyer dia bakar kertas turas tu dan kemudian campak dalam sink, aku rasa Chibiok kot yg start(tapi E116 cakap mamat sebelah dia yg start), aku dengar dari mulut Chibiok(his recollection of events before the explosion started) dia nampak kertas turas terbakar tu jatuh dalam sink macam SLO-MO dalam movie jer dan lepas tu terus gas tu tangkap! 1 'minor' fire gas explosion, bunyi dia bukan macam bom meletup, ala.. fire bomb dalam movie tuh.. Bunyi Whooshhhhhh yg kuat giler+fireball blasting up towards the ceiling..

Sekali meletup semua terkujat tapi ok lagi sebab ingat its just 1 explosion.. Rupa2nya banyak lagi!! Bila sink sebelah laks kuar api+meletop semua dah muka cuak.. Bila sink ketiga kuar fireball(macam merry go round!!), terdengar laa jeritan "LARIIIIII!!!!" & "Kluar woi kluarrr!!!" Berterabo laa semua lari nak menyelamatkan diri masing2.. Mana yg antara terakhir kluar dari lab terpaksa melompat over 2 chairs that was toppled over near the door and landed with a few feet to spare!(Kalau ukur sure bleh cecah kategori high points utk sukantara acara lompat kijang)..

Dalam kitorang sibuk menyelamatkan diri (Lalat pon lari sama!!), Danny Devito aka brader lab assistant yg melepak kat bilik belakang terus tutup the main gas valve.. Rupa2 piping gas bocor dan gas yg bocor nih terkumpul dalam saluran longkang kecil yg lalu bawah lab and connects all the sinks! Lepas tu semua balik ke kelas, kelas kimia kensel.. Keadaan kelas masa tu senyap jugak.. Nak kata trauma tu tak laa but nampak macam semua takde mood nak citer banyak.. 5 minutes later Lalat show up kat kelas dan tanya semua orang ok ke tak? anyone injured? terbakar? Pengetua pon stop by tak silap aku.. A Last Action Hero moment i will always remember.. Heheheh..

E116 said - giler klakar bila teringat crita nih...aku malas nak crita banyak sebab aku tau sapa culprit yg start the fire dan confirm bukan chibiok. Kesian chibiok jadi scapegoat. Brader culprit tu duduk sebelah chibiok dlm lab kimia. Muahahahahahahaha... mana ada lalat gi tutup gas valve.. member menggelupur gila terus lari keluar..

Cibiok said - Aku dah cakap dulu ..... tak caya ..... kambing jugak aku jadi ...


Atfie said - betul,brader lab yg tutup... bukan chibiok ke?(yg start) abissape? yg aku ingat, kertas tu jatuh dekat ngan lubang longkang tu... api naik sampai siling... even bebudak kat library pun lari keluar... bergegar...


Aiwa said - Sapa Ayul ? Aku ke? aku ada sebelah chibiok. Aku mmg confirm dia yang bakar sebab dia yang tunjuk kat aku. "Aiwa, ni aku bakar kertas turas ni!". Aku duk sebelah dia aku tengok je dia bakar. Bila time dia pegang kertas turas, api dah merebak ke kesuluruhan kertas turas sampai dia tak tau kat mana nak pegang. Lepas tu dia lepas. Lepas tu meletup. Lepas tu dia tengok aku, aku tengok dia. Lepas tu meletup banyak kali. (Meletup setiap meja). Yang aku ingat masa tu pagi. Ramai yang insaf sampai ada yang kata , nasib baik aku hidup lagi. Aku tak mandi wajib lagi ni....


Sca said - Cite psal lab terbakar ni aku ingatla gak... especially part semua org sibuk lari keluar dari lab... muka sekor2 pucat... (of course la aku skali)... time tu kat luar library ada lubang diorang gali nak buat fountain ke aper aku tak sure... adalah 5, 6 mamat yg lompat dalam lubang yng depth tak sampai lutut pun psal nak cari cover... diorng ni first batch yg lari dulu, sadly to say aku pun 1 of them, from this vantage bila kitaorg tgk balik kat lab tu nampakla ada sorang, dua yg terkial2 nak keluar ikut pintu belakang yg terkunci tu... nampak kepala ngan tangan jer nak try beria-ria nak selit keluar dari "daun pintu tu" tak berjaya pun... yela, dah panik sangat sampai lupa buka selak kat bawah pintu dulu...last2 lari keluar ikut pintu depan gak...tapi expression muka diorang kat celah pintu tu memang priceless... (forgive me for taking pleasure at others misery ...hehehehhe..ala, mana ada kemalangan jiwa masa tu, so we can joke about it now...)

Kene jemur..

Year: 1993
Location: Padang depan lab fizik..
Time: Pagi
Class yg terbabit: 4 Sc.2


Munizam bawak turun satu kelas dari lab fizik on the first floor ke padang kat depan lab tuh.. dia nak demo rocket propulsion system dengan satu rocket plastic/toy.. Masa munizam tengah explain, cuaca panas terik so aku ngan indra slow2 undur ke belakang dan akhirnya lepak bawah gajah nyusur.. Sejuk sket tapi nampak obvious aku ngan indra dah jauh 2,3 kaki dari group of students yg tengah kusyuk dengar explanation munizam.. Skali habis jer sesi demo munizam jerkah aku ngan indra,
"Hah! korang dua buat apa bawah tuu.. mari sini.. berdiri kat sini sampai saya panggil awak naik!"

So kene jemur laa aku ngan indra.. masa nih aku relaks lagi.. ala paling kuat pon 10 minit jer nih aku rasa.. Tapi bila dah dekat 20 minit mula laa rasa cuak alamak kene jemur 1 period ke?! Skali tak silap aku allen panggil dari atas suruh naik.. Sampai atas kene gelak ngan satu kelas.. Rupanya munizam lupa ada student dia kene jemur kat bawah! Munizam siap gelakkan aku ngan indra dan sound "Padan muka!".. Akakakakaa.. Munizam oh munizam..

Pedal Pyan !!! Pedal!!!

PJ masa F2 ialah PJ yang paling tak best skali.
Setiap kali PJ, kalau Yeop Zain Abdan bawak, mesti nak suruh berenang.
Pas tu nak kena lengkap bawak sabun, syampoo and mcm2 lagi.

Aku masih ingat , ada satu session ni, budak2 yang tak tahu berenang kena terjun kat area 8 kaki, pegang floating board, and swim across the corners….pendek je….sekali lompat, pedal2 sket2 dah bleh dah….

When it was my turn, aku dah glabah dah…..
Aku pun terjun…
Gedebush!!!!!....argh…..floating board aku terlepas!!!!
Mati!!....abis !!!
Aku tak nampak apa dah…
Aku ingat, Cuma nampak muka Zadin (pun tak tahu berenang gak)…
Aku buat muka kesian, mintak tolong…dia pun buat muka takot nak tolong…
Aku panic…

Yeop Zain panic…terus dia campak pelampung hitam (tiub tayar)
Aku ingat dah slamat….tapi..takde angin!!!!..
Skali lagi aku tenggelam…
Ntah tiba2 sapa ntah baling floating borad kat aku..aku dpt grab…..and keja Yoep Zain senang je..
Dari jauh dia jerit , “ Pedal Pyan pedal!!!!”
Hampeh..

Aku sampai skang tak tau sapa yg baling..Adakah mu zadin???sbb aku tak ingat aku nampak muka org lain masa tgh bertarung nyawa tu….

p/s - Aku jumpa Yoep Zain baru2 ni kat restoran jejantas sg buloh. Dia dah jadi cikgu khas teknikal sukan utk skolah sukan malim nawar...kira sama level ngan pen kanan..aku tak ingat nama jawatan tu.

“Aku ada serunding…….nanti aku amik…..”

Year : 1994
Location : Dorm 16B , Overfloor
Time : 1am – 4am

Radin , Mat Top and Pyan masak dalam dorm.

Preparation:
Siang : Beli Sardin, Telur and Beras and Firestarter (burner) kat area bazaar
After lights off : Pecah masuk Scout Den, pinjam mes tin (betul ke eja ni?)

Starting from 2am until 4am , masak nasik, telur and sardine.
Ada satu je mes tin, so kena masak satu2….nasik je dah dua round..punye lah lama nak makan suma tu…

Bila dah siap…everyone was very hungry..Lapaq tak terkira..
Radin ajak kichi skali….Waktu nak mula makan je….tetiba terdengar suara…..

“Aku ada serunding…….nanti aku amik…..”
Fendie a.k.a Big Andy memecah kesunyian awal pagi. Rupanya dia purak purak tido, and only bersuara bila makanan dah siap….
And of course there’s no such thing as free lunch…..or in this case “free serunding”

Tetiba je dia pun join kitorang makan makanan yang limited tu…..cheh..tak yah serunding pun takpe kalau cam tu…..
Dah la preparation susah payah………..supply serunding je dah bleh join….
But we made him to cuci the mestin and kemas the place...

Garfield 869094

Pyan post lagu2 cheering kat sini. Salah satunya adalah "Heathcliff"
Tapi dia tulih garfield......

Comment from ruff,
  • heathcliff laaa... ada ke garfield...
  • ha ha ha aku gelak tergolek2 - imagine cheerleaders jerit -> "koleqq.....GARFIELD"....
  • garfield gives a connotation of malas and cute, memang x sesuai ngan sports...
p.s - tapi kira gempaque gak sbb dia still hafal semua tu

Tido dgn Selipar, Blackwar & Snickers

Cerita ni berlaku pada masa kita form 2. Masa tu weekend tapi ramai yang balik kampung. Bukan balik kampung suka-suka, tapi balik kampung sebab sakit mata. Yang tinggal saki baki je lebih kurang 10%. Warden bertugas sepanjang tahun = Sem Keng a.k.a Samserk.

Malam tu lepas lights off, benda paling menarik ialah "Malam ni kita borak" atau "All night long". Malam tu aku, Fitt, Bobo dan lain-lain borak kat dorm. Tengah rancak berborak sakan, terdengar suara halus tapi tegas mengatakan Sem Keng! Sem Keng tengah rounding! rampa geeeeh!!!
Dengan tidak semena-mena, aku dan budak Dorm 5 pun berlari di atas dinding (macam matrix reloaded) melompat ke katil asal. Aku terus melompat ke katil aku manakala Bobo pun landing di atas katil dia jugak. Buat-buat tidur. Selang beberapa saat, kedengaran bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dari katil ke katil.

Yaa... Betul la. Sem Keng. Aku buat-buat pejam. Pas tu sebelah katil, aku dengar SemKeng tengah kejut Bobo.

"Bangun! Bangun! Bobo,bangun!"

Lepas tu Bobo pun bangun dengan muka blur.

Bobo : Apa ni Cikgu ? Apa ni cikgu ? Apa yang berlaku...
Sem Keng : Awak tak tido lagi. Awak borak dengan kawan-kawan ye?
Bobo : Mana ada... apa nih? Saya baru bangun. Saya tak tau apa-apa. Apa yang berlaku? Saya tak salah, saya tak salah...
Sem Keng : Dah la tu, tak payah nak berlakon. Orang tido, mana ada pakai selipar atas katil!!!

- as posted by aiwa

awi says - dialog "bangun bobo bangun" (maybe) hanya untuk sedapkan cerita. mcm citer katun walt disney lak, "wake up bobo, wake up"

which bring us to another story,

Fire drill the same year. Semua org turun lambat beratur kat padang hoki. Jadi fect NH suro kita naik balik dorm utk wat fire drill skali lagi dan ada hint kita akan kena lari padang pastu. Mungkin diorang tak cukup pertuduhan nak kenakan kita mlm tu, tu buat delay tu.

Menggunakan akal cerdiknya, azim chan siap2 pakai black war sbb gila leceh lari padang basah 2-3 pagi pakai selipar tat sing.

Seperti yg dirancang, fire drill pun start skali lagi. Si cerdik ni pulak boleh beratur depan2 tayang black war dia.

Fect NH : apsal awak pakai black war?
Azim Chan : saya tak sempat fect

Ingat balik crite bobo tadi, aku penah berlakun tido pada comang, fect prep school dorm c. Ada skali tu lepas lights off aku makan snickers dlm kelambu sbb kalu makan waktu normal mesti kena pau. Bila bukak wrapper tu ada pulak bunyi. Masa tu dah larut mlm sepi, jadi bunyi wrapper tu jelas kedengaran. Comang yg tgh study pun jerit, "Sapa tu hah?"

Sunyi sepi. Aku buat aksi membekukan diri. Comang kena tipu.

Pastu dia tanya lagi. Senyap gak. Pastu dia tak puas ati dia gi kat setiap katil. Dari katil gadap sampai katil aku dia sergah setiap satu. Siap ada satu katil tu dia geletek budak tu sbb dia convince budak tu yg tgh makan. Tak pasal budak tu tgh tido kena geletek.

Nampaknya aku kena perhebatkan lakunan ku ini. Snickers ku sorok dibawah bantal dgn rapi dan aku pun buat2 tido meniarap supaya aku senang kawal ekspresi muka. Dan tiba lah comang di katil aku. Selepas puas ati dia kacau shahrin kat katil atas, tibalah giliran aku.

C : Hah awi....saya tau awak yg makan
A : Hmmfffmm (mengeluh stail org ngigau)
C : Saya dengar bunyi tadi kat sini
A : Haa..eh? Sapa ni? Ada apa fect?
C : Awak makan dlm katil kan?
A : Hmmmffmmm (buat mengeluh balik pastu tido, kononnya aku btul2 tgh ngigau)

Dialog ini berterusan sehingga 2-3 menet. Dah mcm2 gaya aku guna. Siap buat2 kesat taik mata, kesat air liur. Aku semakin tertekan kehabisan idea. Tapi akhirnya, aku berjaya, dia meneruskan cariannya ke katil lain. Punyelah seronok bila aku nak sambung tido balik aku dah lupa, aku terseret tangan aku bawah bantal, maka berbunyilah snickers itu.

Malu gila ah, sebab aku wat lakunan bodoh tu. Gelak gila babi kitorang tatkala org lain tgh tido. Last2 comang tak amik pun snickers tu, aku siap amik satu lagi pun dia tanak.

Bini toje pernah study kat itm kelantan, bila kitorang describe comang, dia terus boleh tau sapa comang yg lecturer kat situ. He's still the same. Org yg berwajah bersih dan baik hati.

1st bedmate aku, Sapet

Ada skali tu waktu F1, cheering ke aktiviti apa tah kat padang big school kena pakai games attire, sapet pakai short sukan koleq kaler hitam.

"hei sapet, shorts kau terbalik la"

Sapet kedip2 mata tgk shorts dia. Shorts dia terbalik dari luar ke dalam.

"Hei sapet, shorts kau terbalik luar dalam depan belakang !"

Shorts dia bukan sahaja terbalik luar-dalam, depan-belakang pun terbalik, ada nampak line jahitan poket seluar kat depan.

Sapet kedip2 mata.

Pastu ada skali tu waktu F2 pergi cheering ragbi kat Ipoh, cheerleader musyil mustapha letak satu tin utk tanda line cheering pastu dia sound kita semua berdiri ikut line dari tin tu. Tiba-tiba je ref tiup wisel foul, sapet yg speret ragbi marah gila terus tendang tin depan musyil. Sapet kena tarik gi bawah pokok belakang kita.

Semua buat2 tak kenal sapet supaya tak kena marah sama dan sapet tetap kedip2 mata nya. Pada yg tak kenal sapet, kalu pernah tgk movie office space, ada satu karektor tu spek tebal suka kedip2 mata mcm sapet.

Dorm E Variety Show: Part I

Dorm E dulu considered dorm paling busuk, paling hujung and on top of that dapat prefect paling *tut tut tut tut* (entah banyak komen tu ha ha, suffice to say although nickname dia Iron, satu batch panggil dia ID = Iron Devil)

A few recollections:

i) Apa kaitan Asar and fire drills?

Scene: Baru habis petang, habis ambik tea makan cucuk kodok tak sedap, balik nak pi sembahyang Asar before games hours

Main actors: Sharap kat luar, ID kat dalam cube

Main victims: Satu batch!

Orang tengah giler kelam kabut cepat2 nak pi sembahyang Asar sebab games hours dah dekat. Tengah-tengah orang semua dok sibuk kelam kabut tukar short and pakai kain pelikat, tiba-tiba ada laaa sorang star ni melenggang-lenggang je masuk dorm from pintu depan.

Ada laaa mamat mana entah (aku pun tak ingat, tapi aku rasa Champ sebab dia suka sikit remind orang ikut rules masa F1 ni, kelas bawah sikit je from Barieng & Birdie bab bab tu) cakap kat Sharap suruh dia pun tukar cepat-cepat, nanti lambat.

Sharap dengan macho (and kuatnya) cakap:

"RILEKS LAAA.... ASAR LAMBAT LAGI"

Aftermath

In our blissful ignorance, kitorang pun tido la not suspecting apa-apa malam tu.

Tiba-tiba tengah syok2 mimpi Birdie, sayup-sayup bunyi..

"Kring".... "Kring".... "Kring kring kring"...

Cis fire drill lagi. So berkumpul lah kita, tengah mamai tu pikir laa apa pulak batch aku buat this time.

Datang laaa ID, dia pun single out Dorm E. Sudah, takkan Che Tam gaduh ngan Ameba lagi kot pasal tak nak sapu katil.

Dah lepas kena dera separuh mati, kitorang still tak leh pikir apa laa dosa kitorang, nak bertaubat nasuha ni....

Kemudian ID pun spilled the beans laaa... ghupa-ghupanya satu batu batch kena fire drill sebab Sharap punya remarks that "Asar lambat lagi..."

Post script: Sharap lepas tu straight jadi budak contoh and jadi prefect masa F4, dah tak main-main dah, Asar saf depan sekali (yang ni aku exaggerate).

Batch Meeting Blunders: Part I

Quotations from batch meeting in F2 (kat Dining Hall New Hostel), as recalled by Fazurin:


"Berkat tu nama aje Berkat, tapi Cina punya tau tak? Orang Melayu jugak yang pegi Berkat tolong mengayakan orang Cina" - the famous Berkat speech by Pejal.

"Bahagian kulit pada kemaluan lelaki tu adalah bahagian paling sensitive sekali pada badan manusia. Sabun pulak mengandungi alkali. Jadi kalau korang caleng selalu nanti sensitiviti kulit kemaluan korang akan hilang." a speech on the deleterious effects of caleng by the inimitable Tok Guru. (comment: obvious pitfall in this argument is of course, kalau caleng tak guna sabun e.g. minyak zaitun ke, should be ok innit?)

"Korang dok selalu nyanyi lagu wind of change tu, korang cuba hayati sikit words dia. lagu tu kata "we could be so close like brothers". Like brothers tau tak" - the opening speech at the inaugural f2 batch meeting by no other than our president toy.

Tuesday, July 04, 2006

Bukan Aku Yang Kentut...

"...BUKAN AKU YANG KENTUTTTTTTTTTTT..."

...demikian jeritan Ajak kepada kelas PK2, menafikan tuduhan seisi kelas yang tuduh dia melepas. Rasanya, lepas kejadian tu takdak sesapa lagi yang berani tuduh ajak kentut dalam kelas lagi...

"Awak potong kote awak, pergi masuk TKC ! "

M.I berkata pada che mad sebab dia tanak join rugby. Dia nak main basketball gak, or at least his balls.

Naga Meraung, Tsunami Melanda !!

Tajuk gaya alam perwira, tony wong.

Masa tu bas Rasima dari Kota Bharu tak masuk Kuala. Dia drop kitorang di Simpang Kati. Fazz nak kencing. Dia kata,

"Kalau bas datang, panggil aku"

Dia tengah kencing kat belukar kat belakang bus stop. Tiba-tiba masa dia kencing, bas pun datang. Aku jerit,

"FAAAAZZZZZ!!!!! CEPAT!!!!BAS DAH DATANG!!!!"

Fazz jerit "TUNGGGGUUUUUUU AKU!!!!!"

Dia berlari sambil konek terhuyung hayang! <--- mu jangan masukkan ayat ni kat blog. Nanti dia katok kepalo aku dengan but bola dia macam yang epit kena masa lawan bola antara kelas lepas SRP.

Yg ni sambungan cerita sebenar--->Mungkin habis arus air kencing yang tidak sehaluan. Tak tau masa tu dia punya zip terbukak masa tengah berlari ke bus stop.

- as posted by aiwa

Budok Teghanung

Ceghite 1

Budak2 terengganu pergi ke koleq naik bas sampai kl pastu naik ketapi mel sampai kk. Bas bertolak dari k.trg. Budak kemamang (ruff & zadin) akan naik kat kemamang. Kira bas ni akan berenti kat situ la.

So ada skali masa f2, aku suro toje pegi bagitau ke drebar suro singgah kemamang amik diorang. Toje dgn konpiden nyer menjawab dgn serius..

"Drebar tu tau doh, doh memang kheje dia, dia tau la.."

2 hari selepas itu di new hostel aku dikejutkan oleh ruff & zadin nak pukol aku sbb tak amik diorang. Diorang tunggu dari kul 11 sampai 2-3 pagi tepi jalang kemamang, pastu terpaksa cari tiket gi kk yg kehabisan.

Ceghite 2

Bas dari kl ke trg bertolak waktu mlm dari masjid negara. Memang sejuk gila. Ada skali tu, separuh perjalanan bas dah sampai takat beku. Tingkap bas dah berair2. Dengan suara terketar-ketar ruff mintak bantuan wong kalu ada apa2 bole pakai wat selimut.

Wong bagi kat dia tuala mandi dia yg basah dan busuk + bau sabun. Dalam keadaan daif tu, ruff pakai jugak la tuala tu.

Ceghite 3

Ada skali bas dah start jalan dari k.trg, semua tgh lambai2 family/parents. Tiba2 pintu bas kena ketuk gila babi. Bas pun berenti mengejut. Semua terdiam, pintu bas pun dibuka perlahan2.

"Doh mu tak mboh giiii????" (dah, kau tak nak pergi?)

Sergah drebar bas kepada hamba yg kat pintu bas tu. Pastu nampak la ketua kontijen trg naik tersengeh2, hasmawe pakwe (hasmawi pawi)

Ceghita 4

Kalu bas dari kl ke trg, budak kemamang/paka kena la bagitau drebar kalu nak turun. Ada skali tu semua org penat gila, tido mati. Bas dah sampai dungun. Paka & kemamang dah terlepas. Shahrin pun mula gelabah sbb dia nak turun paka. Budak kemamang cool je, belasah tido lagi. Tapi shahrin berkeras gak nak turun.

Last2 drebar bas nampak ada patrol car polis, tahan, pastu suro polis antar shahrin balik paka. Maka kitorang pun melambai2 shahrin ditangkap polis.

Sukantara 1993 - Speret & Betrayal

Ahmad House mase tuh offer sapa yang score point paling banyak akan dapat hadiah. So aku, Aiwa ngan Kandaq speret giler...

Masa tuh tinggal event 800 meter ajer lagi, kitorang bertiga tgh lead points (aku tak tau apsal Araza, Syam etc takde.. maybe diorang bukan all rounders mcm kitorang kot) So Aiwa ngan Kandaq masa tuh dah lepas lari 800 meter, dua-dua dapat High. Sampai giliran aku plak untuk masuk ke balapan.. Aiwa ngan Kandaq pun bagi sokongan moral so nanti kitorang bertiga boleh dapat hadiah.

Dipendekkan cerita, aku semput takde stamina.. dapat Low aje. Dengan perasaan kuciwa aku balik dorm sorang-sorang, rasa macam kena betray ngan Aiwa and Kandaq aje. Bila time maghrib, slalunye pegi masjid ngan Aiwa and Kandaq, tapi kuciwa punye pasal aku pegi ngan Chibix...

Tapi tak lama laa aku buat gitu.. mana tahan berkawan ngan Chibix aje.. die kan 10-11...

- as posted by bobo

Geng Spender Soluna

Bebudak dorm 2 East Wing 1993 (aku, kandaq, aiwa ngan chibix) beli spender jenama sama (brand soluna - cap ayam punye murah giler). Kitorang bertiga beli size L, chibix beli size S (though kalau ikut sumber-sumber yang boleh dipercayai telur chibix besar, apasal die beli size S aku pun tak tau)

Lama kelamaan stock spender kitorang bertiga makin berkurangan. Aku, kandaq ngan aiwa pun buat meeting. Selepas buat root cause analysis baru kitorang tau, chibix sindai spender kat railing 2 keping, bila angkat amik 5 keping.. patut laa kitorang punye hilang..

Lain kali cilok la spender anak dara, jangan cilok spender member...

- as posted by bobo

awi says - perv!

"Sial.. celaka.. #$%^!! *%^&*##$$@@!!!!"

(diikuti dengan bunyi prang! tong!! ping!!krang!)

.. dorm jadi sunyi sepi...

Quoted by

  • Sharap
  • Pengawas Dorm 2, East Wing 1993
  • masa kucing berak dalam cubicle die - hidup mati kucing tu tiada siapa yang tahu
- as posted by bobo

"Ko nie petet, sepuluh ko cakap, sebelas tokleh percaya"

Quoted by
  • unknown (tapi bebudak dorm tuh laa jugak)
  • Dorm 2, East Wing 1993
  • sejak hari tu ada extension kat nickname chibix - "petet 10-11"
- as posted by bobo

Sap...teng! Sap...teng!

  • location : IV science VI
  • time : malam (masa prep malam <----- giler lama dah tak dengar perkataan nih!)
  • yang terlibat : bebudak science VI (masa ni suka pakai roman kan?) plus ada a few budak class lain.
Masa tu tengah main "sap teng". Ala permainan yang gunakan tangan. Duduk dalam bulatan dan start ngan sorang sap teng orang lain, orang yang kena sap teng tu plak kena sap teng orang lain, tak kisah la orang sebelah kiri or kanan. Boleh reverse sap teng lagi. Masa sedang seronok ber sap teng sap teng tuh, "sap teng....sap teng", tetiba terjegil sam hong (warden on duty) kat tingkat belakang kat science VI. Semua senyap (muka biru sebab pucat lesi + tak tau nak buat apa). Sam hong dengan selambanya panggil poq peq, aku tak ingat apsal poq peq je yang kena.......hehehehe

Then tiba-tiba .....PANG! sedar-sedar pok pek dah kena sedas ngan sam hong.......(kena tampaq la!). semua dia membisu........

Semenjak tu dah takde saper lagi main sap teng kat class.....kat dorm aku tak sure la plaks! ahaks!

- as posted by KNO

Monday, July 03, 2006

"Mata merah....tadi tak nak salin"

1 PK 2 - Kelas agama bersama Ust. Daniel

Wong duk kat depan sekali dalam kelas tapi tido. Ustaz Daniel tengah tulis kat papan hitam. (mungkin subjek : Al Ulum mus Syar iiy yah,<----Sila baca dengan suara garau) Bila ust dah padam papan hitam, baru dia gelabah. Dengan sepantas kilat, dia cuba untuk menyalin dengan cepat tapi sudah terlambat. Dengan nada kesal, Ust berkata : " Mata meraaah.... Tadi tak nak salin.. "

- as posted by
aiwa

Ust. Danial telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Ramadhan 1428 (29 September 2007) setelah diserang angin ahmar pada subuh 14 Ramadhan ketika berwuduk untuk solat subuh. Moga Allah ampunkan dosa2 beliau dan balas amalan2 baik beliau dgn syurga dan tempatkan beliau dgn org2 yang beriman.

Al-Fatihah

Kegunaan Jangka Lukis & Locker Kelas

Form 2
  1. Patahkan jangka lukis.
  2. Lekatkan straw atau manila kad kat bahagian yg patah.
  3. Balut dengan muskin tape.
  4. Bukak locker . Kalau boleh locker orang lain (Locker Che Tam)
  5. Lukis bulatan dengan menggunakan marker/kapur kat kat belakang pintu locker siap dgn point skali.
  6. Ambilkan kapur untuk tandakan garisan pada lantai bagi penentuan jarak balingan yang batal/sah.
  7. Pastikan sorang kena rampa (Takut gedebe / Yoep Zain) nampak. Kalau boleh jangan bagi Araza (Presiden Batch) nampak. Nanti dia marah. Kalau Cikgu Mat Ala (Mat Ali Cikgu Geografi) dan cikgu France (Catwoman) tak pe. Diorang tak kisah.
Yang aku tau, Fadhil la yang bersungguh-sungguh. Tapi ada skali tu ada dart kena tepat kat punggung dia. Bonus point.

- as posted by aiwa

Kisah Auzir Mencakar Langit

Baca posting pyan pasal lift teringat masa kita nak blah koleq. Masa tu kita tengah babai antara yg terawal nak chow lepas spm. Kalu tak silap budak kelantan, fazz ngan aiwa ke camtu. Kita hantar lambai2 sambil nangis2 kat depan court tennis. Dah abis tu semua feylong la nak balik dorm smula tapi dengan tiba2 auzir mencuri perhatian.

Dia boleh gi naik lif lak time tu. Pastu tak jadi lak tu. Kira macam panjat 2-3 step, pastu peluk tiang tapi auzir terseret ke bawah. Panjat lagi, peluk tiang, terseret ke bawah. Mcm kartun kucing memanjat. Siap ada kesan kuku auzir lagi kat tiang.

1119 - the exam

Aku tak ingat sapa karektor2 ni. Ini masa lepas exam 1119, pastu cam biasa bincang2 jawapan. Maka berlakulah dialog ni.

A : wah...susah gila 1119
B : tu la, yg essay tu nasib baik ada tajuk pasal ghost. aku pun apa lagi, tulih la cerita kak ramlah, hantu sekeping bla bla bla
C : oih, itu an essay about ghost la, bukan ghost story. kau cerita hantu wat pe?
B : huh ? (terkebil2 - terbayang sijil 1119 melayang2 hilang dibawa angin)

Boleh Dipercayai

Ada satu ujian sekaut tu kena mengembara ke satu tempat ni. Tempat yg dituju tu adalah Sekolah Menora. Pelbagai cerita tentang Menora ni yg dikatakan tempat lepak pontianak. Jadi pada hari itu dari Sayong kitorang pun berjalanlah pakai poncho kadet dgn kayu ala-ala hobbit.

Pelbagai halangan ditempuhi, hujan lebat dll. yg asyik melambatkan kitorang. Maka timbullah perasaan semacam tentang Menora ini. Sampai di Menora kena tidur. Takde cikgu jaga. Sebelum cikgu blah, diorang sempat pesan kalu dengar apa2 buat tak tau je. Oleh kerana tempat ni dah horror sangat, kitorang dibenar tidur dlm kelas.

Nak jadi cerita, mat top nak kencing. Tandas ada kat hujung blok dekat dgn pagar tepi hutan. Sebagai rakan sekaut, aku pun temankan la mat top. Bila mat top dah masuk toilet, aku pun apa lagi, kunci la pintu dari luar sambil gelak setan. Sedang kecoh2 tu tiba2 je ada benda langgar bahagian atas pokok. Suasana sepi sekejap.

Maka, tanpa mengira kawan, aku pun angkatlah kaki melarikan diri meninggalkan mat top meraung2 dlm toilet. Pastu kitorang ramai2 gi rescue mat top.

Kami tidak bertegur sapa lagi semenjak kejadian itu. Sebagai membela diri, aku lari sebab aku ada kat luar. Mat top selamat la dia duk dlm toilet. Aku dah siap kunci dah.

"You can start now" and 1,2,3 pakai jari

Occasion : English Paper One, First Semester
Location : 4 Sc 5

The penjaga peperiksaan was one of the USM trainee teacher. The well-built big size male Indian trainee teacher did put a serious face while distributing the exam paper.

We were all prepared to start the exam…..waiting for the indication to start…..

Takde gelak2 lagi..suma tgh serious.

Suddenly,
“You can start now” (suara macam suara pompuan , keluar dari mulut cikgu lelaki India yang besar, tinggi dan tegap serta gelap itu)

Satu kelas terus tergelak dengan tak de terasa nak menjaga perasaan orang langsung….
Sunggu kurang ajau skali…

Occasion : Photo session with Cikgu Kimia Pompuan (Trainee USM) on her last day in MCKK
Location : Chem Lab,
Class : 4 Sc 5.

As we all excitedly gathering and squeezing for the place around the Cikgu Pompuan tu, for the photo session, the male Indian trainee teacher came to help his colleague to hold the camera.
And as expected….with the suara pompuan dia pun kata “ One…two..three…” followed by the loud laugh from the class…..(memang kurang hajau)
Of course la photo tu tak nampak mcm photo orang nak farewell...Semua tengah tergelak besor.

Then for the next snap onwards, yang buat lagi kelakau was the male Indian trainee teacher only used his fingers to indicate 1,2 ,3 rather than saying it….
Memang obvious dia terperasan…..siannnn…..
Teruk la korang ni 4 Sc 5 1993!!

Lambat bayar buku

During the early days in F4, Au Yong, our add math teacher, ada jual buku latihan add math. All of us in the class agreed to pay. COD lah kan…

When the time come for payment…biasalah…memang liat lah nak suruh suma budak2 ni bayar…

Kalai is one of the culprit.

Au Yong: Khairul, bila awak nak bayar saya buku ni?

Kalai : Cikgu, bapak saya orang susah cikgu. Minggu lepas baru je beli anak ayam, anak kambing, anak lembu nak bela untuk buat hasil.
Nampaknya buat masa ni belum ada hasil cikgu. Ayam pun tak boleh nak bertelur lagi.
Belum boleh ada pendapatan. Nanti lembu dah besar nanti saya bayar la cikgu.

Au Yong to 4 Sc 5 : Betul ke bapak dia macam ini??

Ye la, masa tu dia belum kenal loyar buruk Kalai lagi….hehehe

5 Sc 5 to Au Yong: "Aaaaaaaoooooowwwwwhhhh"

Year : 1994
Time : Add Math Period
Location : 5 Sc 5.

The atmospehere was wonderful.
Everyone was in the most ceria mode as they thought the teacher will not be coming at all. 15 minutes have passed for the two-period add math session for that day.

Suddenly
Ketak! Ketuk, Ketak!, Ketuk!..............Kasut tumit tinggi Au Yong Sau Fan sayup2 kedengaran….and makin lama makin kuat..makin hamper..

As the poor teacher entered the class……
The whole class sighed….
Aaaaaaaoooooooooooooowwwwwhhhhhhh…….(macam supporter England meraung bila carragher tak masuk penalty..hahahah)

I guess it was just a gesture of being so close with the class teacher and add math teacher for two years. We were just ‘usik-usik’ her. Little that we expect yang dia akan merajuk.
But for her, she just can’t believe how these anak2 melayu tak nak belajar..
She was so frustrated, that she did not even say anything…and just turned away , heading back to Bilik Guru….

And at the end, Radin and I went to pujuk her….tinggal lah satu period je…hehehehe..ok la tu…

Tapi ada gak suara2 sumbang yang berbunyi, " Laa..sapa suruh pujuk??"
hehehehe....

Not so user friendly lift in Kuala Kangsar

E70 memang sudah biasa turun ‘lift’ overfloor…

Dia amat berterima kasih kepada kuasa gravity yang membolehkannya turun ke ground floor overfloor dengan cepat sekali..

Tapi, dia mmg tak pernah naik ke tingkat satu overfloor dgn mneggunakan lift.
Karena dia tahu, kuasa tangannya tak dapat menandingi kuasa gravity.

Namun pada satu pagi yang hening, sedang awie nyenyak tido di balkoni overfloor,
Radin, Codak dan Abon telah memberikan kata2 semangat dan dorongan untuk E70 cuba naik lift itu…

Itulah pengalaman naik lift yang paling menyeksakan…

Abon dan radin bekerja keras untuk menolak bontot E70 untuk sampai ke balkoni.
Codak pula hanya menggunakan suaranya utk membuat kecoh…

Awie pulak tersangat la polaknye dgn keriuhan tak tidak diundang…

E70: oii..tolak la lagi!!! Tahan oi..tahan…aku nak jatuh ni…
Codak: Come on **** !! (E70)…sikit je lagi tu..pakai kaki!!! Tolak sikit..
E70: eeeyaahh! Eeyahh!! Jgn lepas ooo.iii….abon….tolak sket lagi…
Abon & Radin : huaarrgghhhhhhhh……….sekuat tenaga..(andaikata mpro boleh supply ubat kuat earlier….tak lah seteruk ini)
Awie : Apa bising sgt ni?? Orang nak tido aaaa….

Dan..
Akhirnya….
E70 berjaya jugak sampai…for the first and last ..naik lift di kuala kangsar….

"Lama lagi ke Mali?"

Space & Time : Dorm aiwa east wing, around noon, SPM week

Aku, fitt, aiwa, toje tgh study atas katil masing2. Kat tgh dorm ada meja, atas meja ada compo utk dimainkan lagu2 feylong. Pastu datanglah Sumali dgn kaset barunya, AMY-Magic

Dia mintak permission nak try kaset barunya itu, dan kitorang pun ok. Mula-mula tu ok, tapi lama kelamaan, amy membuat black magic mengganggu fikiran kitorang yg tgh study (cam la bole score). Semua maintain cool je. Ilek ah. Sket je lagi ni.

Pastu tamat la satu side kaset. Semua mcm "yahoo!" dalam hati. Alih2 mali turn kaset tu dia nak main satu side lagi. Semua maintain cool until....

Fitt : Lama lagi ke Mali ?

Bagaikan mendapat signal, semua org pun meluahkan perasaan dengan penuh perasaan, bertalu-talu.

Suara bercampur aduk :
  • tah mali, bukan best pun
  • tak best kaset ni, tarik tali tape ni, ikat pastu buang je (yg ni aku yakin aiwa)
  • tak de magic pun
  • ini black magic ni
  • aku dah bosan, aku dah bosan (dlm kaset tu pun ada lagu title sama)
Mali dengan sedihnya membawa amy keluar dari dorm itu. Pastu, kami sebulat suara bersetuju, fitt yg bersalah membuat mali kecik ati. Dia yg start dulu.

"Korang kalu nak main, main kat luar la !"

Time & Space : SPM week, 6 p.m, dorm aiwa kat east wing

Fitt tgh layan lagu feylong from compo atas locker dia kat corner. Dia ada buat dance move cam james (F5 92) menari masa lagu hijau.

Kat tengah dorm, aku & aiwa tgh bergasak2 main bola tennis. Aku gelecek, aiwa tekel, aku rampas balik, aiwa rampas balik pastu membuat rembatan desert style... aiwa SCOREEEEEE!!!!

TUAK!!!

Bola tennis score tepat ke mulut/pipi fitt yg tgh feylong.

Selepas kena marah, kitorang gelak perlahan2 kat luar dorm cam anak dara.

Sori fitt...kitorang main kat luar lain kali...

"Wah wak, main bontot la kau malam ni ye.."

Marlino berkata kepada wak dem (F5 92 yg main hoki) di dorm 7 pavi pada hari pertama aku & loque memulakan hidup di pavi. Masa tu kitorang tengah pasang kelambu. Aku dan loque saling berpandangan, terbelalak mata cemas menantikan malam hari nanti. 'The 1st Nite'

Later, we found out that remark was meant for wawi, also F5 92 in the same dorm. For a moment there, loque perzen jambu. Aku tak, aku dah tau dah marlino cakap pasal apa. hohoho.

Saturday, July 01, 2006

Jangan (lupa) Pandang Belakang

Ada satu hari Selasa tu, lepas ko-q, kelihatan 3 org sekaut berjalan ke dining hall utk tea selepas tamat aktiviti sekaut. Salah seorang darinya adalah, Tony Wong. Sambil berjalan, dia bercerita sambil mengutuk/ngumpat seorang junior setahun dari kita. Aku tak ingat sapa. Antara benda yg wong duk kutuk adalah,
  • tak ensem
  • muka buruk+muka nak nangis
  • gelap (aku rasa budak tu lagi cerah dari wong)
  • rambut kerinting mcm org asli
  • dan hampir semua keburukan manusia ada dia kutuk kat budak tu...
Pastu aku rasa cam ada aura kat belakang aku, bila aku pusing rupanya budak yg wong duk kutuk ni ada jalan kat belakang kitorang je. Aku bagitau la kat wong, bila pusing je wong terkejut beruk la, pastu...

Dalam situasi gini kita dah patut rasa nyesal la kan, sori ke apa ke....oh tidak bagi Tony Wong, dia melompat pastu gelakkan kat muka budak tu mcm dia gelakkan pai & hantu sekeping, pastu dia cabut lari sambil kedengaran sayup-sayup suara dia mengilai-ngilai.

"Tapi kami lapar cikgu..."

Cakap pasal order nasi ni, teringat aku pasal incident budak pavi order nasi, masa tu 1993. Order nasi lepas tu ke tangkap ngan Munizam. Masa tu Munizam punya la semangat jadi warden. Munizam panggil ketua order dan semua yang order, semua kena makan nasi tuh atas rumput kat luar pavi (sekarang dah bertar). Kena makan ambil menikmati udara segar pagi buta, sejuk giler plak tuh.


Antara dialogue ketua order (tak ingat aku nama batch 93 tuh)....

munizam : kenapa kamu order nasi malam-malam ni hah?
ketua order nasi : kami lapar cikgu...
munizam : tapi kamu dah tidur kan. camna boleh lapar plak?
ketua order nasi : tapi kami lapar cikgu....
munizam : takkan dah tidor boleh tetiba lapar plak...
ketua order nasi : tapi kami lapar cikgu...

Kalau tak silap aku ketua order nasi tu kena buat announcement kat hargreaves hall masa assembly sambil berikrar tak nak order nasi lagi......

Ni ada satu gambar geng-geng order nasi pagi-pagi buta. gambar depan gate kat pavi. Dah jadi vintage gambar nih.........those were the days.......antara yang famous, che nah che nih.....yang kat station keretapi.

- as posted by KNO