Tuesday, July 04, 2006

Budok Teghanung

Ceghite 1

Budak2 terengganu pergi ke koleq naik bas sampai kl pastu naik ketapi mel sampai kk. Bas bertolak dari k.trg. Budak kemamang (ruff & zadin) akan naik kat kemamang. Kira bas ni akan berenti kat situ la.

So ada skali masa f2, aku suro toje pegi bagitau ke drebar suro singgah kemamang amik diorang. Toje dgn konpiden nyer menjawab dgn serius..

"Drebar tu tau doh, doh memang kheje dia, dia tau la.."

2 hari selepas itu di new hostel aku dikejutkan oleh ruff & zadin nak pukol aku sbb tak amik diorang. Diorang tunggu dari kul 11 sampai 2-3 pagi tepi jalang kemamang, pastu terpaksa cari tiket gi kk yg kehabisan.

Ceghite 2

Bas dari kl ke trg bertolak waktu mlm dari masjid negara. Memang sejuk gila. Ada skali tu, separuh perjalanan bas dah sampai takat beku. Tingkap bas dah berair2. Dengan suara terketar-ketar ruff mintak bantuan wong kalu ada apa2 bole pakai wat selimut.

Wong bagi kat dia tuala mandi dia yg basah dan busuk + bau sabun. Dalam keadaan daif tu, ruff pakai jugak la tuala tu.

Ceghite 3

Ada skali bas dah start jalan dari k.trg, semua tgh lambai2 family/parents. Tiba2 pintu bas kena ketuk gila babi. Bas pun berenti mengejut. Semua terdiam, pintu bas pun dibuka perlahan2.

"Doh mu tak mboh giiii????" (dah, kau tak nak pergi?)

Sergah drebar bas kepada hamba yg kat pintu bas tu. Pastu nampak la ketua kontijen trg naik tersengeh2, hasmawe pakwe (hasmawi pawi)

Ceghita 4

Kalu bas dari kl ke trg, budak kemamang/paka kena la bagitau drebar kalu nak turun. Ada skali tu semua org penat gila, tido mati. Bas dah sampai dungun. Paka & kemamang dah terlepas. Shahrin pun mula gelabah sbb dia nak turun paka. Budak kemamang cool je, belasah tido lagi. Tapi shahrin berkeras gak nak turun.

Last2 drebar bas nampak ada patrol car polis, tahan, pastu suro polis antar shahrin balik paka. Maka kitorang pun melambai2 shahrin ditangkap polis.

3 comments:

Noni Kapet said...

Ha ha ha aku gelak macam nak mati!

Giler kau ingat lagi Awie.

Yang Wong bagi towel busuk tu masa kita Form 4 aku rasa, cinabeng punya Wong.

Lepas tu aku ingat selalu berhenti kat restoran zarina kat kemaman and borak2 and kononnya usha2 budak2 sbp lain (tkc ke, ssp ke) - masa tu masa innocent tak kenal jambu lagi. Lepas tu haram nak tengok...

tapi yg shahrin tu classic laaaa.... ha ha ha sampai sekarang boleh gelak tergolek2 lagi ha ha

- awi said...

yg shahrin tu mestila ingat, dah wong asyik ulang2 je kutuk shahrin sampai dah melekat kat otak aku. dah jadi data yg write protected.

Wong said...

dah dekat raya..ingat balik..dulu-dulu balik kampung !